Friday, August 3, 2018

Kemalangan

Assalamualaikum semua... seperti yg dijanjikan Asha akan ceritakan kronologi kejadian kemalangan yg telah berlaku pada kami sekeluarga. 

Asha mulakan cerita dari sebelum kejadian.

Hari Ahad (29/7/18) - Kami bergerak pulang ke KL dari Seri Iskandar, Perak pada waktu tengahari kira lepas lunch. Tapi tak terus balik KL dulu, kami singgah rumah opah suami kat Gopeng sekejap, borak-borak sat sambil makan kuah durian lepas sejam gitu kami minta diri utk pulang.

Sebelum balik tu sempat juga la Opah bagi buah tangan rambutan, durian dn tempoyak utk dibawa pulang.

- Buah tangan dari kg Opah -

Sepanjang perjalanan tu Asha baring je sebab badan rasa penat dan pening, biasala org mengandungkan. Tambahan aroma durian kat bonet belakang tu pulak dah menerawang satu kereta sampai suami beli pewangi kereta la. Kami juga ada cuba petua yg kata letak tangkai durian kt econ kereta tu tapi macam tak berkesan pun.

- Semua cerobong econ kami cucuh tangkai durian nih -

Kami meneruskan perjalanan kami seperti biasa. Pada awalnya suami lalu jalan highway, selepas beberapa jam tu kita pun tak pasti dari simpang mana entah suami susur keluar dari highway masuk jalan kampung atau jalan dalam, yg kita perasan macam start keluar dari Tapah gitu. Sempat singgah solat dalam pukul 6.30pm gitu kat RnR mana entah sunyi sepi je tiada orang, kedai minum pun buka satu jek. Suami ajak minum dan makan kat situ sebab mak mertua ada bekalkan lauk untuk kami tapi Asha yg tak mahu. Asha cakap pada suami Asha nak makan lauk panas2 macam sup sebab perut dah berangin sangat, kalau makan menu yg bersup ni biasanya ramuan dalam sup tu ada lada hitam dan halia so boleh la buang angin dalam badan ni ha. Suami pun bersetuju maka kami pun meneruskan perjalanan pulang kami.

Dalam kul 8.30 malam macamtu kami dah sampai kat area Kuala Kubu Baru, masatu suami dok bergurau ajak pi Fraser Hill, Asha pun berseloroh la kata 'jom la pi tak yah pi keje esok, nak berehat kat ats nun, malas nak keje'.

Sambil-sambil bergurau tu perjalanan kami pun dah terlajak la sampai ke area Hulu Yam Baharu. Ternampak kedai makan, suami ajak singgah makan dulu, kami pun singgah makan, pekena sup daging, telur dadar dgn kailan masin. Ketika sedang menikmati juadah makan malam tu la rasa macam banyak je ambulance dok lalu jalan tepi kedai makan tu, anak kami si Fateh tu memang suka la tengok ambulance ada lampu bunyi2 ni. Asha pun tanya la pada suami 'kenapa banyak sangat ambulance lalu ni abg, rasa macam dah 4 ke 5 buah jugak yg lalu ni'. Suami kata 'ada kemalangan kot kat depan tu'. Asha jawab 'tapi macam banyak sangat pulak, ni kan jalan kampung'. Suami kata 'mungkin ambulance ni nak masuk highway  kot ada kemalangan kat belah sana tapi lalu jalan ni, cpt sikit kot'. Asha pun mengangguk saja tanda setuju dgn kata-kata suami tu. Dah kenyang makan kami pun meneruskan perjalanan.

Setengah jam berlalu, Asha kat belakang  memang dah baring je kat seat tu nak sambung tidur tapi tidur-tidur ayam je, sampai la kat satu tempat ni tiba-tiba terdengar suami sebut 'lajunya...!' sambil memusing stering ke kanan dan memalingkan mukanya memandang kearahku. Asha pun apalagi tergerak nak bangun bila suami cakap perkataan laju tu sebab nak tau apa yg laju tapi tak sempat. Tengah nak bangun tu la tiba-tiba "DOOM!" Terasa ada hentaman kuat pada bahagian belakang tepi belah kiri kereta. Rupa-rupanya keretaku dah kena sondol dengan kereta satria warna kuning. Terus Asha rasa sesak dada dan sakit sangat macam susah nak bernafas, sempat  juga Asha sebut 'ya Allah abg...' sambil pandang muka suami dan pegang perut. Asha cuba nak bangun tapi susah, rasa dada sakit sangat pasal hentakan kuat kot. Cepat-cepat panggil suami sebab rasa tak boleh nak bangun  dan badan rasa sakit sangat sambil sebut 'abg... sakit...' cepat-cepat suamiku buka pintu dan tarik badan kita. Bila dah dapat duduk tu memang terasa tulang belakang, leher dgn kepala sakit sangat x boleh  nak banyak gerak. Sempat tengok keadaan anak macamana, Alhamdulillah Fateh selamat je duduk kat depan dgn abahnya. Kalau Fateh yg duduk kat belakang tu dgn Asha tak tahu la macamana. Fateh diam je duduk kat car seat depan tu dgn biskut merry kat tgnnya lagi. Bersyukur sangat-sangat, nasib baik Asha tergerak tak nak bagi dia duduk belakang. Kebetulan pula kami bawa balik semula car seat baby yg adik ipar pinjam sebelum ni tu dari rumah mertua utk baby pakai nanti. Fateh sibuk nak duduk dalam tu dan kami bagi je la walaupun tak muat sikit. 

Selepas itu, ramai la reporter tak berdaftar datang nak tengok kami, harap-harap takde la yg rakam video dan viralkan ke media sosial pula huhuuu. Sempat juga Asha terdengar suami marahkan si driver yg dah sondol kereta kami tu, suami sebut 'DIAM..!' yela, dah langgar kereta orang bukan nak tanya keadaan org dalam kereta yg dah disondolnya tu, tapi sebaliknya menyalahkan kami pula. Suami pun terus cari fon dan call ambulance sebab aku dah kejung kat seat tak leh nak bergerak, kemudian suami call polis pula. Kami bernasib baik ada ajen towing dari etika insurans kat situ, terus call etika insurans bagi ID ajen tu dan terus setel suruh ajen tu towing kereta sampai bengkel kereta  area Rawang yg telah didaftarkan dibawah etika insurans. Asha cuba gagahkan juga bangun tengok keadaan kereta, bumper kereta tercabut, bonet terbuka sikit, tayar belah kiri belakang bengkok, memang tak boleh nak drive dah kalo gitu rupanya. 

Around pukul 10.30pm - Ambulance tiba ditempat kejadian, Asha cuba berjalan perlahan-lahan ke arah ambulance dan terus paramedik pasangkan aspen kat leher Asha dan baring. Sementara itu, suami pula tengah setelkan apa-apa yg patut dgn ajen insurans dan memberi keterangan pada pihak polis kemudian mengambil barang-barang beharga kami terlebih dahulu dan masuk ke dalam ambulance. Barang-barang kami yang lain memang tinggal dahulu dalam kereta. Siren ambulance pun dipasang, laju terus menuju ke Hospital Selayang. Masa tu Asha kesiankan anak je sebab dia tidur pun kejap je sepanjang perjalanan pulang dari kampung, tup-tup dah jadi macamni entah dia trauma ke tidak, tengok rileks je macam abah dia, langsung tak menangis lepas apa yag berlaku, anak ummi memang kuat, kuat macam abah dan umminya juga.

Pukul 11.00pm - tiba di Hospital Selayang, terus dibawa ke wad kecemasan zon kuning iaitu zon separa kritikal. Walaupun zon kuning, ada je pesakit yg meninggal kat situ sebab kecederaan apa pun tak pasti, sebab Asha tak nampak, tak boleh nak toleh kiri dan kanan hanya suami je la yg nampak dan bagitau org tu kepala berdarah la, yg ni sesak nafas dah nazak la dan macam-macam lagi, Asha cakap elok juga tak nampak tu. Kemudian Nurse bagi baju hospital dan minta Asha tukar. 

Parents Asha dtg tgk kami, masa di tempat kejadian tu dah call mama bgtau. Kita minta mama bertenang dn jgn sedih pula bila kita bgtau berita buruk yg kami eksiden sebelum tu. Fateh kita minta mama dn abah bwk balik, menangis dia tak nak balik.

- kena cucuk benda ni untuk ambil darah dan jika perlu untuk masuk air juga, prosedur hospital kalau kena admit - 


Doktor pakar tulang di bahagian kecemasan datang untuk buat check up pada badan Asha yg mana sakit, check kepala Asha yg terhantuk ni, tengkuk, leher, dada dan tulang belakang. Proses yg sama berulang-ulang dengan doktor pakar yg lain-lain pulak. Sampai lah diorang decide untuk buat xray dan CT scan sebab ada tanda-tanda atau tempat yg doktor tekan tu Asha rasa sakit, doktor detect kemungkinan ada masalah saraf tunjang. Kalau tak dapat result yg betul kemungkinan Asha boleh lumpuh. Oleh kerana case Asha complicated sikit sebab hamil kena refer doktor pakar O&G pula, memang lama la Asha masuk wad sebab macam-macam pakar nak kena refer dulu dari pakar Ortho(tulang), O&G(pakar kesuburan dan perbidanan) dan pakar Pengimejan Diagnostik & Radiologi(pakar scan). 

Actually Asha dah setuju dan dah sign consent utk buat CT scan but then doktor pakar tulang kata pakar O&G tak benarkan jadi sign consent untuk xray pula. Agak lama juga perbincangan dari ketiga-tiga pakar ni, mula-mula dengar pakar O&G tak nak lepaskan buat CT scan sebab pregnant tapi selepas itu pakar O&G dah bagi  pelepasan pula selepas mereka berbincang dgn pakar-pakar yg lain sebab kandungan Asha dah 5 bulan ke atas akan tetapi selepas itu sebaliknya pula pendapat dari Radiologi yang tak benarkan Asha buat CT scan hadoi...bertambah sakit hakak dibuatnya. Tapi yela...masing-masing cuba jalankan tugas mereka sehabis baik untuk pesakit mereka, itu yg aku respek. Aku serahkan nasib aku pada mereka-meraka yang pakar dan bertawakal pada Allah kerana Allah sebaik-baik perancang.

Sebelum buat xray Asha dibawa untuk scan perut terlebih dahulu oleh pakar O&G yg bertugas pada malam tu. Nak check keadaan bayi ok ke tak dalam perut ni, tapi baby pun agak stress juga sebenarnya sebab banyak sangat bergerak malam tu, dia pun terkejut juga agaknya, nasib baik tak de pendarahan atau air ketuban pecah masa kejadian tu, kalau tak pasti beranak tak cukup bulan dah agaknya.

Selesai scan perut dan xray Asha dibawa masuk wad 16C iaitu wad orthopedik dan bermalam disitu. Itupun selepas berjam-jam stay kat wad kecemasan, around pukul 3 baru admit wad ortho.

- sebelum admit wad orthopedik Asha dipakaikan tag ni - 


- Sampai kat katil Asha terus baring nak tidur tapi tak boleh sebab kepala rasa pening kesan dari hentakan kemalangan tu -

30/8/2018(Isnin) - pukul 5.00am nurse buka lampu untuk check up tekanan darah semua pesakit. Baru je nak lelap dah terjaga huhuuu. Tidur-tidur ayam jela gamaknya dengan tidak diberikan bantal kepala sebab doktor nak kita punya belakang ni dalam keadaan lurus je sebab takut nanti tulang lari kot huhuuu, biasala prosedur kalau patah-patah tulang ni. Buat pengetahuan korang ini bukanlah kali pertama Asha admit wad orthopedik, sebelum ni pernah patah kaki akibat eksiden juga jadi dah ada pengalaman dan dah tau proses-proses dan keadaan bagaimana akan berlaku semasa di hospital. Sampaikan nak kena buang air kecik ke air besar ke kena pakai pampers tau. Ha..ini satu cabaran baru buat suami sanggup ke tidak dia nak buat. Dan..dan time tu juga Asha nak terceri-beri adoi...Asha kalau eksiden je mesti macam ni, sama dengan pengalaman yg terdadulu, selepas eksiden je mesti ceri-beri, tak tahu kenapa mungkin usus pun terkejut juga kot atau memang normal kalau eksiden ada rasa begitu sebab ada juga doktor tanya Asha ada rasa nak membuang ke, macam tau2 je mungkin normal la kot begitu. Nak tak nak suami kena buat juga huhuu...masa ni la nak uji kesetiaan dan kasih sayang suami pada isteri ya tak, bukan terima kita masa kita tengah lawa, wangi dan sempurna aje betul tak. Isteri sakit kena la buat juga, sempat juga suami bergurau kata dah macam Fateh dah kena cuci dan tukar pampers, katanya nanti nak bagitau Fateh la ummi pakai pampers macam Fateh hahaha. Kita tengah sakit pun sempat bergurau macam gitu. Sempat juga suami sapukan minyak wangi roll on kat baju tak nak isterinya ni bau busuk lepas tukar pampers. Ikutkan hati tak nak pakai pampers ni, nak je pergi tandas sendiri tapi doktor tak benarkan.


- petang tu pukul 4.00pm sebelum discharge ada sorang ni ajen jual alat-alat hospital datang bawa aspen ni. Terbang la RM280 untuk benda alah ni ha. - 

Asha dibenarkan discharge pada hari tersebut walaupun ada doktor kata aku boleh discharge esok tapi aku malas nak lama-lama kat sini pasal jauh, susah keluarga, sedara-mara or kawan-kawan nak datang melawat, lagipun tiada siapa nak jaga kita, memang harapkan suami je, bila suami cakap nak pergi balai polis dan tgk kereta yg eksiden tu pun dah mencebik je kita. Kat sini nak panggil nurse tolong kita tukarkan lampin atau suapkan kita makan pun susah. Terpaksa la bangun sendiri makan dan minum air pun sikit-sikit je sebab tak nak karang ada rasa nak membuang air kecil tapi suami tiada nak tolong tukarkan pampers, huhuu. 

- sebelum balik dapat ubat panadol ni, doktor bagi panadol je sebab pregnant tak boleh bagi ubat tahan sakit yg lain - 

Pukul 8.00pm Asha discharge, tu pun selepas selesai suami buat pembayaran dan jumpa doktor pakar utntuk mendengar rekod perubatan kita. Nak claim medical insurans tapi macam tak berbaloi sebab kos rawatan RM3 je sebab stay kat wad kelas 3, kalau kena stay lama lagi memang kita minta tukar wad kelas 1 lebih selesa sikit dan baru sedap nak claim insurans. 

- Next check up sehari sebelum masuk keje - 

- dapat cuti rehat selama sebulan - 

Macam-macam dugaan kami untuk tahun 2018 ni. Suami Asha sendiri pun baru je ditimpa kecelakaan bilamana kepalanya luka terkena atap sangkar kucing kami. Kena jahit kepalanya yg berdarah tu. Jahitan pun tak sempat buka lagi. Tup-tup Asha pulak yang ditimpa musibah. 


Kami redha dengan dugaan yg Allah bagi pada kami ini, Asha anggap ianya adalah teguran dari Allah supaya kami lebih mengingatiNya atau ujian buat kami jadi lebih kuat. Asha juga anggap semua yg dah berlaku ini adalah satu hikmah. Insyaallah...selepas kejadian buruk yg menimpa kami ini akan ada sinar kebahagaian di penghujungnya.

"Hikmah disebalik ujian yang menimpa tanda Allah sayang dan makin dekat padaNya..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah: 216)"



2 comments:

Azlinda Azman said...

Memang tertunggu tunggu cerita Asha.. alhamdulillah

Rehat ye Asha..take care

nieja said...

gws asha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...