Friday, August 31, 2018

D.I.Y Hantaran Kahwin

D.I.Y Hantaran Kahwin | Sebagai kakak sulung dari 4 adik beradik Asha telah diberi mandat  oleh mama untuk membantu didalam menyiapkan persiapan perkahwinan adik. Bukan kerja yang mudah lagi-lagi tengah sarat mengandung ni ditambah pula dengan taraf kesihatan sedikit terjejas akibat kemalangan tempoh hari. 

Salah satu tugas yang diberikan oleh mama adalah menggubah hantaran kahwin. Phew...time sendiri bertunang dan kahwin pun hantaran kita gubah sebahagian je tau, selebihnya kita bagi orang lain gubahkan, tapi ini kena buat semua. Nasib baik la hidup dizaman IT ni so nak cari idea google je dan memang banyak idea gubahan hantaran yg kita dapat. 


Memandangkan adik Asha lelaki maka ada 7 dulang hantaran yang perlu dibalas kepada pihak perempuan. Orang kata hantaran perempuan kena lebih dari lelaki dan mesti nombor ganjil. Jadi setelah berbincang dgn adik dan mama kita pun buat la list barang apa yang nak digubah senang Asha nak google idea hiasan dan gubahan bagi setiap satu hantaran tersebut nanti. Bukan apa senang bila dah ada idea baru boleh beli barang-barang gubahan sekali harung je.

Barang-barang hantaran untuk gubahan semua kami beli kat Nilai 3 je dan kebanyakannya dari kedai Thank 'Q' sebab kat sini semua benda ada. Paling rambang mata nak pilih dulang hantaran banyak paten yang cantik-cantik dan ada diskaun pula tu. 

Lastly kami pilih design yang ini sebab murah dan simple. Bunga dulang pun beli kat sini jugak. Barang-barang lain seperti reben, shredded paper bewarna, dan gabus beli kat kedai lain sebab stok banyak dah habis kat sini.

Start buat gubahan hantaran 3 minggu sebelum majlis nikah adik. Tu pun mujur dapat MC sebulan dari Doktor pasal eksiden tempohari punya pasal. Tapi Asha gubah hantaran pun skip skip hari juga, 2 ke 3 hari gubah satu dulang pasal tengkuk dan tulang belakang sakit lagi jadi tak boleh duduk lama-lama sangat.

Peralatan-peralatan yang perlu ketika membuat gubahan - Glue gun mesti ada, lepastu cutter, gunting, sellotape, jarum peniti, riben, dan butang hiasan. Actually tag label hantaran tu Asha design dan print sendiri, amik je mana-mana template kat google image lepastu edit boh nama pengantin dan print.  Dah siap print gunting dan tampal pada pencungkil gigi. 

Tema hantaran untuk dibalas kepada pihak perempuan actually tidak ditetapkan pun oleh pihak perempuan, so kami boleh decide la warna apa yang nak diketengahkan. Bincang dengan mama, mama nak tema hantaran tu biar warna lembut-lembut je so Asha decide warna soft peach, pink and white. Tetiba rasa berkenan pulak warna cenggitu.


Mula- mula tampal reben sekeliling dulang terlebih dahulu baru berseri-seri. Asha decide tampal double riben plain peach + glitter peach(transparent). Cari-cari riben tebal yg dah ada glitter warna yg kita nak tu betul-betul tinggal satu je jadi takut tak cukup pula terpaksa beli dua jenis riben yg plain dan glitter transparent. 

Kemudian balut gabus segi empat dengan kertas pembalut gabus warna silver, Asha sengaja pilih warna silver supaya tak nampak tenggelam dengan warna peach dan pink.


Lepas tu kita gubah pula bunga dulang hantaran warna soft pink & white dan kita mix kan dengan bunga putih kecil-kecil tu kat sudut hujung kanan dulang hantaran. Asha gubah bunga tu dalam 8-10 kuntum per dulang. Depends pada jenis hantaran, mana yang barangnya kecil kita lebih kan 10 kuntun, hantaran yang memerlukan ruang yang besar pada dulang hantaran pula kita minimize kan 8 kuntum je.

Untuk sesetengah barang hantaran yg berkotak atau yg perlukan simple hiasan Asha buat riben macam atas ni je, guna sikit bunga putih kecil yg balance tu dan butang baju sebagai hiasan tambahan. Butang tu Asha beli berasingan.


 Gubahan hantaran pertama - Telekung

Mula-mula ingat nak ikat dengan riben je tapi mengenangkan riben yg Asha beli tu besar terus tak jadi so hias macamni je. Ingat nak gubah bentuk kipas ke bunga ke kan means penutup kotak tu buka sikit so ala-ala kain telekung tu terkeluar sikit la dari kotak gitu, tapi mengenangkan perjalanan nak membawa hantaran ni jauh ke Kelantan so semua hantaran kena gubah ikut kesesuaian juga huhuuu. Karang gubah cantik-cantik bila masuk dalam kereta hantaran dah tak serupa hantaran pulak. 


Gubahan hantaran kedua - Parfum

Sebenarnya plan nak letak parfum ni dalam bakul rotan dah beli pun tapi tak sesuai sebab bila letak  parfum goyang-goyang pula tak stabil. Jadi Asha cari kat kedai Eco bakul kecil plastik kaler pink ni ha baru RM2 dapat dua. Mula-mula letak parfum tu terlentang tapi macam bersepah pula ghopenya jadi Asha ikat dengan riben parfum, lipstick, bedak compact & blusher tu sekali. Shredded paper kaler peach tu memang semua dulang Asha tabur termasuk la dalam bakul parfum ni takdela nampak kosong je ruang dalam tu kan.

Untuk gubahan kasut dan sejadah Asha gubah bunga dulang yg balance tu jadi macamni.

Gubahan hantaran ketiga - Kasut

Kasut tu Asha ikat dengan riben terlebih dahulu then selitkan bunga dulang yg telah Asha gubah tu jadi la macamni.

Gubahan hantaran keempat - Sejadah

Untuk sejadah ni Asha decide nak gubah bentuk simple-simple je seperti bentuk kipas, senang sikit gubahan bentuk kipas ni. Asha gunakan 2 gabus bentuk bulat kecil seperti dalam foto diatas ini untuk bagi tinggi kedudukan sejadah tu nanti, Asha balutkan dengan pembalut silver tu dan gamkan pada gabus dulang segi empat yg kat bawah tu.

Tara...inilah hasilnya sejadah kipas. Asha ikatkan dengan getah terlebih dahulu lepas tu baru senang nak ikat dengan riben. Hiaskan lebihan bunga yg telah siap digubah kat tengah-tengah kipas tu ha. Lepastu Asha cucuk jarum peniti kat celah-celah lipatan kipas sejadah tu pada gabus kecil bulat dua ketul tadi tu ha supaya tak bergerak masa bawa dlm kereta nanti.

Gubahan hantaran kelima - Handbeg

Oleh kerana handbeg agak besar melebihi ruang dulang hantaran maka Asha extend dengan gabus bentuk bulat kat tengah-tengah tu, nasib baik ada beli gabus lebih.

Lepastu boleh la letak handbeg kat atas tu. Asha hias beg tu simple je dgn riben. Kaler handbeg pun dah ngam pulak dengan kaler hiasan dulang hantaran ni.

Gubahan hantaran keenam - Sumi jelly

Satu-satunya hantaran berupa makanan, ni pun mama yg minta satu dulang tu ada makanan atleast ada la manisan. Nampak cantikkan jelly sumi ni tapi bukan kita yg gubah tau, sepupu kita yg belikan sumi jelly ni memang dah siap digubah kat Kedah, kat sana memang ada orang jual gubahan manisan yg dah siap macamni, tinggal pilih design dan kaler yg sesuai dgn tema hantaran je. Lepastu tugas kita tinggal tempek atas dulang tu dengan gam, siap.

Gubahan hantaran ketujuh - Wang hantaran + Mas kahwin & rantai emas untuk batal air sembahyang.

Gubahan yang terakhir ini Asha gubah masa dah tiba kat Kelantan pasal tak boleh letak barang kemas dan wang siap-siap takut hilang. Asha cuma gubah letak bakul dan hiaskan bunga je siap-siap. Bila kat Kelantan baru Asha ikat wang tu dengan riben. Dah siap, simple je semua hantaran kita buat. Dah boleh la kot amik tempahan lepasni hihiii.



2 comments:

Azlinda Azman said...

cantik dan kreatif Asha

adianiez AIDA said...

Cantik! Pink yg menawan...
Teringat dulu aida diy hantaran adik pompuan. Thn 2006, tgh sarat mengandungkan syuhada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...