Friday, July 20, 2018

Jamuan Raya di Kantor

Jamuan Raya di Kantor | Hai readers...harap-harap belum basi lagi la nak cerita pasal Hari Raya huhuuu. Baru ada sedikit masa nak update ni ha. Sebenarnya agak jarang juga Asha nak share pasal aktiviti kerja-kerja di tempat kerja Asha ni. 

Diantara staff tempat Asha kerja - Department Management & Technical. Company tempat Asha kerja ni sebenarnya base pada kerja-kerja pengukuran Tanah & Strata(bangunan), kadang-kadang pokok pun nak kena ukur juga tau. Actually dalam gambar ni ramai bunga je ha, yang kumbangnya takde tapi salah seorang daripadanya yang tgh ambil foto kami ni ha, yang lain-lain kebanyakannya adalah Fieldman. Lepas habis makan deme kena sambung kerja-kerja mengukur di luar pula.



Diantara menu jamuan raya kami, simple je tak pelbagai sangat seperti masa kami buat pot luck 2 minggu sebelum jamuan raya ni. Menu utama nasi minyak, jelatah, rendang ayam, ayam masak merah, kari sayur, sate, nasi impit, buah dan kuih muih. Tu pun dah kenyang.

Bila tengok semula foto ni jadi lapar pula.

Dah habis makan berfoto jela kami. Asha nak memperkenalkan dalam foto atas ni adalah tulang belakang company a.k.a Department Management. Department yang selalu kena mengadap bos hari-hari, kena tiow hari-hari pun iya. Sebarang kerja teknikal tak jalan atau projek payment tak dapat memang kami la kena dula harharhar.

Berfoto di depan receptionist pun jadi, tu je area yg lawo, masuk dalam opis bersepah dgn pelan sana sini dah macam rupa alas kaki je kengkadang tu.

Hope next year ada lagi la jamuan raya seperti ini dan trip-trip company iya. 

1 comment:

Safeni Feni said...

Makanan tu sedapnye. Rasa nak raya sekali lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...