Friday, July 20, 2018

Jamuan Raya di Kantor

Jamuan Raya di Kantor | Hai readers...harap-harap belum basi lagi la nak cerita pasal Hari Raya huhuuu. Baru ada sedikit masa nak update ni ha. Sebenarnya agak jarang juga Asha nak share pasal aktiviti kerja-kerja di tempat kerja Asha ni. 

Diantara staff tempat Asha kerja - Department Management & Technical. Company tempat Asha kerja ni sebenarnya base pada kerja-kerja pengukuran Tanah & Strata(bangunan), kadang-kadang pokok pun nak kena ukur juga tau. Actually dalam gambar ni ramai bunga je ha, yang kumbangnya takde tapi salah seorang daripadanya yang tgh ambil foto kami ni ha, yang lain-lain kebanyakannya adalah Fieldman. Lepas habis makan deme kena sambung kerja-kerja mengukur di luar pula.



Diantara menu jamuan raya kami, simple je tak pelbagai sangat seperti masa kami buat pot luck 2 minggu sebelum jamuan raya ni. Menu utama nasi minyak, jelatah, rendang ayam, ayam masak merah, kari sayur, sate, nasi impit, buah dan kuih muih. Tu pun dah kenyang.

Bila tengok semula foto ni jadi lapar pula.

Dah habis makan berfoto jela kami. Asha nak memperkenalkan dalam foto atas ni adalah tulang belakang company a.k.a Department Management. Department yang selalu kena mengadap bos hari-hari, kena tiow hari-hari pun iya. Sebarang kerja teknikal tak jalan atau projek payment tak dapat memang kami la kena dula harharhar.

Berfoto di depan receptionist pun jadi, tu je area yg lawo, masuk dalam opis bersepah dgn pelan sana sini dah macam rupa alas kaki je kengkadang tu.

Hope next year ada lagi la jamuan raya seperti ini dan trip-trip company iya. 

Thursday, July 12, 2018

E-Book Ku by Mommy Hana

 E-Book Ku by Mommy Hana | Since Fateh da semakin membesar seperti kanak-kanak yg lain Asha pun mula berfikir nak kurangkan daripada membeli mainan seperti lori, kereta dan lego tu semua. Nak banyakkan beli buku-buku pembelajaran yg bermanfaat buat Fateh. Tak nak dia asyik leka main mainan dan tgk kartun aje. Sebelum ni beli buku bergambar yang biasa tu aje tapi lama-kelamaan dia bosan lepastu buku-buku tu pun dah tak serupa buku la jadinya, koyak sana-sini. Ada juga cari buku yg interaktif sikit kat kedai buku, yg ada muzik or sound tu tapi tak banyak, banyak lagu omputeh je jenuh nak ajar dia nyanyi pulak.

Asha try cari yg lain kat shoppe dan facebook dan mostly byk keluar kat Facebook la buku-buku interaktif ni, dari banyak-banyak yg Asha jumpa tu ada la satu ni Asha rasa macam bagus dan sesuai sangat untuk Fateh yg baru nak mengenal haiwan, benda, bunyi dan lain-lain.

E-Book Ku by Mommy Hana, merupakan keluaran anak tempatan. Asha beli dari salah seorang ajen, dapat beli dengan harga promosi RM69.00, harga asal RM99.00 (tidak termasuk postage fee). Memang dah lama cari buku macamni, memang tak tunggu lama terus whatsapp ajen tu order. 

Ni kotak pembungkusannya.

Dalam kotak tu selain buku, ada buku mewarna, touch pen, marker pen (impermanent) dan free gift headband, tak de anak perempuan lagi simpan je la dulu headband tu hihihi ;)

Button yg kat tepi-tepi sebelah kanan tu adalah button on/off, learning key, test/reading, volume key & music key. Ada 17 isi kandungan yg terdapat pada buku ini;

1. Biodata
2. Mengenal ABC
3. Buah-buahan
4. Kenderaan
5. Haiwan
6. Belajar tentang masa
7. Nombor
8. Melukis bentuk
9. Mengenal warna
10. Bersukan
11.  Mengenal Barang Keperluan
12. Rukun Iman & Rukun Islam
13. Belajar wudu'
14. Niat Solat
15. Solat
16. 25 Nama Rasul
17. Doa-doa harian

Fateh paling suka mengenal kenderaan, asyik je la dia tekan foto keratapi dan bomba tu ha. Umminya pun mati-mati ingat bomba datang rumah hahaha. Oh ya, kalau anak-anak tekan jarinya pada foto bergambar tu akan menghasilkan bunyi tau. Boleh tgk review youtube di penghujung entri ini.

Kalau nak tukar mengenal benda-benda lain pula korang kena tekan button kecik warna kelabu pada setiap mukasurat tu. Kalau tak tukar nanti elok-elok anak nak belajar mengenal buah-buahan misalnya udah keluar bunyi monyet pula nanti. So far ajar Fateh kejap je dia dah boleh handle semua button yg ada pada buku tu.





Fateh seronok sangat dapat buku kamus bermuzik ni. Pagi-pagi bangun tidur je dah minta buku ni. Setakat ni banyak benda dan perkara juga yg Fateh dah belajar, dari dia tak tau crane tu apa, Gajah tu bunyi macamana dia dah tahu dah. Untuk ibu-ibu bekerjaya yg sgt sibuk ni memang sesuai beli buku ni satu untuk anak-anak kecil, kadang-kadang kita ni tiada masa nak ajar dia semua perkara, atleast ada buku interaktif ni boleh la dia belajar sendiri sementara nak tunggu masa yang sesuai untuk hantar dia ke sekolah.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut kebaikan buku ini dan mana nak dapatkannya korang boleh layari website: http://www.mithalimoms.com.my/product/e-book/


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...