Tuesday, June 12, 2018

Langsir Raya

Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus berminggu- minggu nak siapkan langsir raya akhirnya siap jua. Ikut plan asal nak buat ada scallop bagai tapi tak sempat dah, jahit simple aje la dulu this year.

Dah lama berniat nak jahit langsir rumah sendiri ni sebenarnya memandangkan ada mesin jahit so buat apa simpan je kan. Baik kita improve lagi skill jahitan.

Meh tengok hasilnya.

Langsir tingkap depan rumah. Asha potong pendek tak nak labuh sebab nanti rumah jadi gelap, nasib baik pilih warna biru terang tak ler gelap sgt rumah.


Langsir pintu gerbang dapur. Asha jahit tanpa pasang tape langsir sebab kain langsir berat nanti bertambah kendur pula. Tu pun tak sempat nak buat tali langsir untuk ikat tepi dinding tu ha. Balik raya nanti sambung la buat. Deco dinding umah pun simple je, tak berani nak deco sesangat sbb umah sewa kan.

Asha pakai rod langsir zaman dolu2 punya pesen je jimat, mula2 nak pasang rel langsir or beli curtain bar kt d.i.y je tapi fikir nanti dah pindah umah baru nak pakai rod langsir yang lain pula macam membazir nanti so decide pakai yang gini dulu. Jadi la sementara dok umah sewa.

Langsir bilik tidur pula Asha pilih warna gelap sebab nak bilik nampak gelap bila tutup lampu baru lena tidur.

Langsir bilik Fateh ada 2 tingkap sebenarnya, Asha tunjuk satu side jeler sbb kecah sikit bilik anak bujang ni. Asha buat 1 panel je, nak cantik elok buat 2 panel tapi bidang kain langsir ni besar so buat 1 panel je la ngam2.

Langsir pintu bilik pula Asha pilih kain jarang corak motif bunga-bunga biru, tak ler nampak sarat sangat.


Langsir tingkap dapur jahit langsir separuh dari tingkap je, tak boleh buat labuh sangat ngam2 tutup tingkap karang gelap nak masak, tambahan pula dekat dengan dapur memasak karang terbako pulak rumah.

Yang last ni pula langsir area ruang mesin basuh, sebelum ni pakai langsir jarang je tak nak bagi dapur nampak gelap tapi bila malam orang luar boleh nampak kita pula lagi-lagi nak ke bilik air segan ler orang nampak bayang-bayang kita berkemban kan hehehe so buat juga la nasib baik warna langsir ni terang tak ler nampak gelap. 

So far simple je langsir rumah Asha ni, tak la cantik sangat macam uols punya langsir rumah, jahitan pun masih lagi perlu diperbaiki. Pasal nak siapkan menjahit langsir raya ni la Asha tak sempat pun nak buat kuih raya tau.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...