Wednesday, June 27, 2018

Bubur Nasi Bersantan.


Agak lama tak bersiaran gara-gara alahan mengandung anak ke-2 ni ha. Mood nak tido dan bermalas-malasan je utk first trimester ni. Now, alhamdulillah dah ok sikit, boleh la nak masak-masak dan kemas rumah, cuma nak keluar berjalan-jalan je tak boleh lama-lama, cepat penat.

Bila mengandung ni biasa la, bukan boleh nampak org share foto makanan ke atau tiba-tiba ada makanan yg dah lama tak makan muncul kat minda ni, lepas tu mula la mengidam nak makan. Macam menu yg Asha nak share ni la ha, tiba-tiba muncul kat kepala udah mengidam nak buat, tido malam pun tak lena gara-gara tak sabar nak tunggu sampai esok pagi.

Sebelum Asha nak share resipinya, meh sini Asha story sikit sejarah bagaimana menu Bubur Nasi Bersantan ni wujud. Entah la, sebenarnya Asha pun tak tahu, yg pasti first time menu ni diperkenalkan oleh mama terus jatuh selera. Mula-mula mama kita memperkenalkan menu ni masa tu kita sekolah rendah rasanya, first time rasa dulu macam pelik sebab bubur nasi letak santan tapi lama-lama makan jadi ketagih pula apatah lagi makan dengan sambal ikan bilis goreng garing-garing atau dengan sambal tumis pergh....rasa mcm makan nasi lemak je cuma versi bubur.

Senang je nak masak bubur nasi bersantan ni, sama je macam masak bubur nasi yg biasa tu. Meh kita tengok tgk step-step nak membuatnya. Bahan-bahan;

  1. Beras
  2. Santan
  3. Daun pandan
  4. sedikit garam


Mula-mula basuh dulu beras dahulu.

Masukkan santan kotak atau santan perah.

Kemudian tambah air masak atau plain water, letak lebih pun takpe sebab bubur kena banyak air. letak sedikit garam lalu kacau-kacau rata dan tenggek periuk atas api dapur.

Jangan lupa daun pandan yg telah disimpul dimasukkan sekali. Nak letak kemudian semasa bubur tengah menggelegak pun boleh, daun pandan ni nak bagi bau wangi je. Kalau korang nak buh halia or serai pun boleh ikut selera masing-masing. Nak lebih kreatif boleh juga masukkan potongan dadu carrot kat dalam bubur.

Sambil-sambil tunggu bubur masak kita prepare la side dish pula. Goreng la ikan bilis dgn kacang, jika suka tempe macam Asha ni goreng la sekali. Nak makan dengan ikan masin pun sedap juga.

Lepas tu jangan lupa tumis sambal ikan bilis atau buat sambal ikan bilis garing. Ini la penyedap menu utama ni tau. Ikut plan asal Asha nak buat sambal ikan bilis garing dgn tempe. Tapi oleh kerana suami tak makan bubur nasi maka kena pula tanak nasi lemak sekali so sambal tumis la yg sesuai.

Jangan lupa timun baru sedap.

Tara...Asha tambah telur mata baru umph...Kalau korang nak pakai telur rebus pun sedap juga.
Selamat Mencuba.




2 comments:

adianiez AIDA said...

Menarik.
Bubur nasi Aida tanpa santan.
Nanti nak try bersantan. Sure lemak lemak gitu ekk? :-)

nieja said...

aku pnah makan adik ipar aku buat bubur nasi bersantan.. pastu dia buat ikan rebus goreng, makan dgn ikan rebus goreng tu layan jugak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...