Saturday, February 24, 2018

Pantai Teluk Batik Lumut, Perak


Cuti perayaan Chinese New Year yang lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Teluk Batik Lumut, Perak.  Pada awalnya kami tidak merancang pun nak pergi bercuti lebih-lebih lagi masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kebetulan juga kami dah lama tak balik kampung asben, so sekali harung la dah alang-alang nak balik kampung tu kita pun apply la cuti lebih sikit. 

Kami gerak pulang ke kampung pada hari khamis yg lepas (15/2/18) tu pun gerak tengahari sebab pagi asben pergi hantar service kereta dulu.  Kami tinggal umah MIL dulu dalam 3 hari sampai hari ahad tengahari lepas tu tu kami gerak check in hotel di Teluk Batik. On the way nak ke Teluk Batik tu la kami singgah la beli bubur Perak. >> Klik sini <<


Kalau dah last minute punya planning memang tak dapat la survey hotel or chalet yg best2, booked pun 2 minggu sebelum pergi, so dapat la kami room yg ala-ala aje gitu. Nak booking Marina Cove dah full, Virgo Batik Resort je yang vacant masa survey tu, walaupun ada terbaca review blogger lain yg pernah stay kat sini agak menakutkan tapi kami pasrah jela. 


Ni view dari tingkap bilik kami, kami dapat view belakang hotel. Masa baca review blogger yg disebutkan diatas tu ada cerita kolam mandi ni telah menjadi tempat monyet liar berenang-renang, siap ada gambar lagi tu wakaka. La ni deme dah tak bagi mandi kat kolam ni mebi dah ada aduan la tu kot so kolam tu dibiarkan air cetek dan kosong supaya tiada orang mandi-manda kat situ. Actually Resort ni ada je kolam mandi yang lain dan besar sedikit dan lebih terjaga so tak la rasa ralat sangat untuk mereka yg gemar mandi kat kolam renang.

Ni view depan bilik mandi, masuk-masuk je nampak sinki dulu kau hahaha.

Ini pantri a.k.a dapur. Perabot yg sangat limited, ada seketul fridge dan kabinet kecil kat sudut tingkap tu ha, rasanya boleh je tambah meja makan dan kerusi kat tepi tu. 

Jangan terkejut. Ini lah dinamakan almari bujang kikikiki, meja solek pun takde kerusi. Sedih betul, nak makan tiada kerusi terpaksa bersila atas katil dengan penuh berhati-hati. 

Katil single bed kami cantumkan supaya Fateh boleh tido kat tengah-tengah tu. Tv pula memang zaman tok kaduk punya style, siaran tv dapat  channel 1,2,3 dan Atsro (Prima & AXN je), tv pula gantung kat dinding macam kat kedai makan dolu-dolu kan hihiii. Boleh la bukan nak tengok tv sangat pun. 

Lepas check in letak barang kami minum-minum dulu sambil makan bubur Perak lepas tu salin pakaian kami terus ke pantai Teluk Batik.

Fateh seronok la dapat mandi laut, masa pergi Langkawi tahun lepas tak dapat nak mandi lama-lama sebab kesuntukan masa. Dapatla mandi sejam petang tu.

Pada waktu malam kami keluar makan malam pada pukul 9.00p.m gitu cari kedai makan sekitar lumut yg terdekat. Hari pertama malam tu kami makan kat restoran betul-betul tepi jalan kat simpang traffic light berhampiran perumahan awam(navy). Tapi tak de snap foto sebab dah lapar sangat, order makanan pun yang simple je nasi goreng cina, tomyam daging, ayam goreng kunyit, air sirap bandung dan teh tarik. Lepas makan malam kami jalan-jalan sebentar sekitar dataran teluk batik, kebetulan ada event pertandingan menyanyi. Kami singgah kejap je sebab tak minat sangat nak tengok orang menyanyi-nyanyi dah sekarang ni mungkin faktor peningkatan usia kot hehehe.

Keesokan harinya pagi-pagi lagi kami dah tercongok kat tepi pantai bawa Fateh mandi laut lagi. Kali ni bagi dia mandi lama sikit.

Bila cuaca dah start nak panas kami stop mandi dan lepak-lepak tepi pantai main pasir pula sementara tunggu asben belikan sarapan, 2 jam lebih juga kami mandi laut dan berjemur, kulit pun dah tan.

Kami pulang ke bilik hotel untuk bersihkan badan dan berehat seketika sebelum keluar semula untuk makan tengahari di Aeon Manjung.

Selepas makan tengahari kami jalan-jalan dalam mall dan abah Fateh ternampak benda ni suruh kita naik dengan anak, adeh...dia tak nak naik pula, segan weh...demi layankan anak naik aje la.

Pukul 6.30 petang balik semula ke hotel solat dan berehat-rehat sambil tonton tv sampai la pukul 9.30 malam. Kami pergi makan malam kat Restoran area yg sama juga tapi kali ni kedai yang kami makan ni bersebelahan dgn restoran yg malam sebelumnya kami makan tu. 

Kami order 3 lauk ni je. Siakap bakar, kailan masin dan sup ayam.

Ikan siakap bakar, masa order tu suami sebut ikan bakar je tapi langsung tak tanya ikan apa yg nak dibakar. Bantainya deme bagi ikan yg tak pernah makan baru tau, nasib baik la kita tanya ikan apa yg ada. Sedap juga ikan bakarnya, cukup bahan perapan dan tumisannya.

Sup ayam ni sebenarnya order untuk Fateh sebab dah tau ikan bakar mesti pedas tapi terlupa nak minta masak jgn pedas. Lastly umminya la yg makan sampai habis, memang sedap, cukup rasa.


Kailan masin. Memang betul-betul masin ko tapi sedap, tak kedekut ikan masinnya. Harga lauk-pauk yang kami makan ni dalam RM40 je tau. Kira murah la ikan siakap tu.

Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk pulang kembali ke KL. Tengah berkemas-kemas tu suami pi beli sarapan dulu.

Nasi lemak Perak, ada ikan masin dan secawan kopi. Tak pasal-pasal ada 2 botol jamu kat situ ekekeke.

Dah siap berkemas kami check out dan singgah sebentar ke Lumut untuk memborong hasil laut pula.

Terminal Jeti Pangkor, Lumut.

Kedai yg menjadi favourite Asha jika kesini untuk memborong ikan bilis mata biru adalah kedai Perusahaan Hamid Ali.


Pasal apa kedai ini menjadi kedai kegemaran Asha kerana ikan bilis yg dijual disini segar-segar belaka dan tiada lalat, nampak kemas dan bersih je kedai ni. Ikan bilis mata biru yg dijual disini murah sikit berbanding dikedai yg lain. Korang jgn tertipu tau, kalau nak beli ikan bilis mata biru tapi nak murah diorang jual ikan bilis kotak mai dari siam punya tapi deme kata la yg tu ikan bilis mata biru juga. Oleh kerana kami kerap memborong ikan bilis mata biru disini makanya sedikit sebanyak dah tau la rupa dan jenis ikan bilis mata biru yg sebenar. Harga pula 100gm  RM7.50, kalau beli sekilo RM70,  setengah kilo pula RM35. Kira ikan bilis mata biru yg Asha beli ni jenis yg murah setakat ini sebab ada yg lagi mahal sekilo RM80-90. 


Kedai ni ada akuarium, bila tak ingat nama kedai ni Asha sebut kedai yg ada akuarium tu ha.


Tara...hasil-hasil laut yg sempat diborong. Ada la 3kg ikan bilis mata biru ni Asha borong untuk diri sendiri, mak dan kawan-kawan opis. Masing-masing yg tahu kesedapan dan kekenakan ikan bilis mata biru ni memang tak ketinggalan nak kirim, rugi tak beli tau, sedap ikan bilis ni, rangup. Kadang-kadang beli kat pasar punya bila goreng liat.




Monday, February 19, 2018

Bubur Perak | Sago Bandung

Memandangkan cuti sempena raya cina ni panjang + company bagi cuti tambahan sehari + apply leave 2 hari so total 6 hari so asben plan ajak balik kg dia dulu 3 hari lepas tu bercuti berehat di tepi pantai di Teluk Batik.

On the way nak ke Teluk Batik tu lalu depan kedai Bubur Perak ni. Tiba-tiba tekak ni terasa nak makan makanan yang manis-manis. Maklum la baru lepas lunch kat umah mertua jadi nak makan dessert la pula. 

Sebenarnya dah terlepas tapi kita minta asben patah balik. Dok berzikir juga tu dlm kereta dengan asben kata selalu pi Lumut lalu je tak pernah singgah jadi hari ni kena juga singgah.

Depan kedai kedai Bubur Perak. Selain bubur ada makanan lain juga jual disini. Kita nampak macam ada ayam gantung2 kat sini. Kita assume ada jual nasi ayam la kot.

Ada pelbagai jenis pilihan bubur disini. Ada bubur durian, pengat ubi keledek, bubur sago bandung, bubur caca, pengat keladi, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur anak lebah dan bubur lambuk.

Banyak sangat pilihan bubur, Asha pun rambang mata dan tekak dibuatnya. Dari nak beli bubur jagung dah tukar beli bubur lain.

Tara...Asha pilih bubur sago bandung, sebab suka minum air sirap bandung jadi harus cuba sago bandung. Memang rasa macam air sirap bandung la...tak manis buburnya sesuai untuk mereka yg nak jaga kesihatan tapi teringin nak makan. Sagonya besar-besar gitu macam jeli dalam minuman Tea Live tu ha tapi tak la kenyal macam tu, yg ni macam sago yg kecil-kecil tu juga senang kunyah cuma size besar sikit la. Tak pernah jumpa lg sago bulat-bulat besar macamni ke Asha je yg x pernah nampak kat kedai.

Asben punya pengat durian. Dia memang penggemar kuah durian, letak la beratus-ratus jenis bubur lain sekalipun tetap pilih yg ni tak mau cuba yg lain.

Kalau ada kuah durian mesti kena ada sampingan yg lain untuk dimakan bersama dgn kuah durian. Ada pulut dgn roti jala, kami pilih pulut.

Kesimpulannya, dari segi rasa ok sedap, ada kelainannya dari segi resipi dan namanya cuma x dpt la nak rasa kesemuanya sekaligus. Maybe next time pasti ada masa lagi dtg sini cuba bubur yg lain pula.

Kalau tanya Asha bubur apa yg Asha nak cuba next time adalah bubur anak lebah. Sebab dengar nama pun dah unik pasti rasa dan rupaya unik juga.

Ha...nidia bubur anak lebah. Kenapa namanya anak lebah? Tu kena tanya org perak history nya. Kalau kat Selangor or KL ni kita panggil cendol je isi yg hijau2 tu.

Harga sebekas bagi semua jenis bubur disini RM3 kalau korang beli 10 bekas dapat la percuma sebekas bubur lagi. Harga untuk pulut pula RM1. 

Tempat atau lokasi kedai Bubur Perak ini di Jalan Titi Gantung, Bota, Perak. Senang cerita kalau korang on the way gi Pangkor dr KL kedai ni betul-betul tepi jalan sebelah kiri. Kedai ini dibuka hampir setiap hari kecuali cuti raya atau tuan kedai ni pi bercuti.





Sunday, February 11, 2018

Ahmad Lim Pancake | Mee Cincai Pedas Arwah

Dah lama juga tak food hunting sejak ada anak kecil ni, tu yg terlepas any foodies yg tgh viral nih.  Ni semua gara-gara rakan sekerja kat opis kita la tag gambo pancake coklat leleh dah meleleh air liur tengoknya. Walaupun before ni dah lama pancake ni dok lalu kat wall tapi masa tu tak rasa nak makan sangat. Bila kena time kau tgh PMS ni memang nak cari makanan yang sweet aje.

Kedai Ahmad Lim Black Pancake ini terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Mudah je nak cari kedai ni, korang nampak je kedai Tudung Fareeda kat situ la area kedai pancake nih. 

Konsep kedai ni memang simple sangat, kaler kedai pun biru dan hitam, suasana dalam kedai pula memang tahap macam gerai tepi jalan je takde hias apa-apa, air cond pun tarak, kipas siling je, memang berpeluh makan lagi-lagi makan noodle cincai pedas arwah ni. Memang owner kedai ni betul-betul kekalkan konsep street food beliau.

Menu kat sini pun tak banyak dan lebih kepada menu minum petang sahaja. Jom cekidout menu apa yang sedap disini.


Menu mee cincai pedas arwah merupakan menu baru yg tgh viral sekarang ni kalau tak silap la sebab rasa macam few months ni juga la dok lalu kat wall. Bila dgr tahap kepedasan mee ni sampai arwah memang tak dela rasa nak makan pada awalnya, ngeri pulok dengar kan hehehe.. Tapi bila dah sampai sini haruslah cuba kan. Kita order maggi cincai pedas tahap no.2 (PEDASSS), walaupun tahap 2 je pedasnya rasa macam nak menangis makan, kebas bibir. Rasanya sedap ke idok? Dah pedas tahap nak menagis dah tak tahu nak kata apa dah tapi yg pasti meatball nya sedap, isinya lembut. Kuahnya pula rasa macam asam pedas ada, tomyam maggi pun ada.


Family kita yg lain order bihun pedas tahap 1 jer, itupun dah pedas tau. Masing-masing dok kesat hidung hahaha.

Ini dia menu mee cincai pedas tu. Paling popular pedas arwah, pedas yg sedang aje pun dah pedas sangat. Memang power la siapa yg berjaya makan sampai level kepedasan Pedas Mampus tu.

Kami order air yg sama je semua Milk Tea, memang tea nya light aje tak pekat, my mom suka sedap katanya. Untuk pengetahuan korang air panas memang takde dalam menu ha...sebab apa tau sebab menu disini tidak sesuai diminum bersama dgn air panas lagi-lagi korang makan mee pedas arwah ni. Pilihan minuman pun tak banyak sangat.

Dah makan mee pedas tahap kebas bibir tu kenalah neutralkan semula lidah kami dengan makanan manis pula.  Kami order Pancake Nutella Cheese. 

Actually tekstur pancake nya adalah apam balik yg korang biasa beli kat pasar malam tu. 

Tapi boleh pilih nak pancake perisa apa. Yang kami order ni pancake perisa vanilla sesuai la dengan topping nya nutella coklat. Lepas tu crust kami pilih 350 crust je, lagi sedap nipis sikit baru terasa topping nya. Memang sedap la, rasa kena repeat lagi sebab tak puas makan.

My family, sorang lagi muka tak nampak dan ada lagi sorang pula x dpt join.

Harga keseluruhan makanan yg kami makan ni RM109 hokey...mahal gila, harga memang tak street food langsung. Sebab pancake nya sedap punya pasal memang tak menyesal nak datang lagi lepas ni. Harap-harap pengusaha apam balik di pasar malam tu boleh jual macamni pulak, mesti boleh beli  harga murah sikit kan hihiii.


Sunday, February 4, 2018

Mee Tarik Warisan


Hari sabtu yg lepas bawa mama pergi makan mee tarik warisan di Bandar Baru Bangi. Sudah lama mama mengidam nak makan mee tarik ni, last year masa shopping baju raya kat area situ ada ajak mama makan sini tapi mama tak nak sebab fikir nanti menunya semua mee saje takut tak kenyang katanya. 

Sebelum makan mee tarik kami ke Aeon Big Cheras membeli-belah terlebih dahulu, kita jela yang membeli-belah sakan mentang-mentang dapat angpow dari company dpt la shopping sakan. Beli apa je pun, kita beli barang peribadi je sebab dah lama nak beli tapi tertangguh sbb enggak ada ongkos nya hihihii dan suka beli kat Aeon Big(sebelum ni pasaraya Carrefour) sebab harganya berpatutan dan design pun cantik2 belaka macam brand mahal2 gitu sebab ada lace bagai. 

Tak puas nak belek-belek lama sebenarnya sebab Al-Fateh da meragam tak nak duduk dalam trolley, terpaksa pujuk dia dengan belikan mainan.

Asal keluar ada nampak mainan je memang kena beli, kalau tak tantrum. Nak sangat lori belikan juga nasib baik murah. Kalau dalam pasaraya tu ada Toy r us memang bankrup sbb mahal kan, lori macam ni je entah berapa agaknya lepas tu main kejap je nanti dah muak tersimpan dalam bakul mainan je nanti.

Selesai membeli-belah di Cheras terus pecut ke Bandar Baru Bangi isi perut sebab dah lapar sangat. Oleh kerana mama kita yang teringin nak makan mee tarik warisan ni so memang tak singgah makan apa-apa pun kat Cheras. 

Ni la dia kedai mee tarik warisan asli, chinese muslim cuisine.

Lepas ambil order welfie dulu dengan anak.

My Queen. Merajuk kata kita dah lama tak bawa dia jalan-jalan, makan, shopping. Bukan kita tak nak ajak tapi kadang-kadang mama kita ni yang sibuk bersosial dengan kawan-kawan tau. 

Air minuman tak banyak sangat choice disini. Mula-mula nak order teh bunga tapi perut rasa macam kosong sangat jadi order air soya je bagi teralas sikit perut ni sementara nak tunggu makanan sampai.


Menu pertama yang sampai nasi ayam apa entah, rasanya sedap macam ayam paprik, rasa sedikit pedas sebab ada letak blackpaper sikit. Order nasi ni untuk Fateh sebenanrnya sebab menu kami semua mee takut dia tak makan tapi mana habis Fateh makan semua ni cuit-cuit juga la kami.

My beef noodle soup versi pedas, ada yang clear soup tapi dah lidah melayu ni tak pedas tak sah. Rasanya pula bagi kita biasa je, cuma mee tu memang sedap la tak rasa macam mee kuning yang jual kat pasar tu banyak kapur, mee pun freshly made customer nak makan baru dia tarik-tarik mee tu. Fateh pun suka.


Yang ni fried noodle, sedap gilos menyesal tak order sama macam mama. Apa yang membuatkannya sedap sebab ada cendawan hitam tu, memang sinonim dgn masakan cina cendawan tu. Kalau belah family mama kita cendawan tu sedap masak lemak cili api tau.

Selesai makan kami terus ke Muaz Textile kebetulan parking kereta betul-betul depan kedai tu sebab memang dah plan lepas makan nak cuci mata kat sini. Hurm...memang cuci poket terus hahaha.


Sempat sambar 2 helai baju kerja. Memang dah lama cari baju kerja kain jenis macam ni sebab tak nampak formal sangat, boleh pakai kerja boleh pakai jalan. Seluar sedondon dengan baju-baju kat atas ni je tak dapat nak sambar sebab Al-Fateh dah meragam nangis-nangis jerit bagai la kat dalam tu cakap penat..penat la...hadoi. Oh ya, harga sehelai baju ni range dalam RM20-23 macamtu sebab kat sini harga yang tertera belum masuk GST. 

Sebelum nak bayar sempat sambar 2 helai tudung bawal saudia yang berharga RM6.25 sehelai kalau tak silap dengan sehelai shawl lace RM18 rasanya.

Ha...puas hati sangat-sangat dapat beli barang-barang untuk diri sendiri rasa macam dah lama tak shopping untuk diri sendiri banyak-banyak macamni. Memamg boleh gila masuk Muaz ni sampai mama kita pun tak tau nak beli apa katanya dia tak boleh kalau banyak sangat pilihan sudahnya tak beli baju hanya beli sehelai shawl lace macam kita juga. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...