Monday, January 29, 2018

Pet Lover- Goodbye Kiki


Dah 3 hari sebenarnya kita tak nampak kiki. Last masa pagi hari jumaat tu je, sempat bg makan tapi dia macam tak selera makan, kita assume dia dah muak makan makanan yg sama even bagi kibbles dan wetfood pun dipandang sepi je melainkan bagi ayam dan ikan rebus Kiki ok pula. So memang tak terfikir Kiki sakit. Cuma 2 ke 3 hari sebelum tu je ada nampak kesan tompokan muntah depan rumah, masih tak terfikir lagi Kiki sakit sebab ada kucing jiran lain juga datang rumah kita. 

Balik dari kerja hari Jumaat tu macam biasa bagi kucing makan, yang ada masa tu Bubu je, jarang Kiki takde sbb yang suka merayap selalu Bubu. Panggil-panggil tak de juga, cuba tgk belakang rumah kot-kot Kiki tido belakang sbb kadang-kadang dia suka tidur belakang rumah tangkap tikus tapi tiada.

Hari sabtu malam tu ada terdengar macam bunyi kucing gaduh belakang dapur, tapi kita tak check pula just buka pintu depan tengok then bunyi kucing gaduh tu pun terus senyap sepi je.

Hari ahad tu dalam pukul 11 pagi bagi Bubu makan lepas tu dah alang-alang keluar rumah tu tengok  pula lantai kaki lima berpasir kita pun ambil la penyapu dan sapu sekeliling rumah. Sampai part belakang dapur je kita terperanjat sebab ternampak satu bangkai kucing yang dah kembang terendam dalam longkang. Ya Allah...si Kiki rupanya, terus rasa sedih dan sayu. Tak pasal-pasal jerit panggil suami suruh tengok.

Kalau tengok pada bangkai tu rasanya memang dah 3 hari mati ngam2 hari first day Kiki tidak dijumpai. Sedihnya Allah je yang tahu sbb kami bela kucing tu dah lama kira genap 4 tahun, bela pun masa tu sbb kami sunyi takde anak dulu, memang anggap kucing tu dah macam anak, bawak tidur sama-sama, kalau sakit sikit je mesti bawa pergi Vet. 

Minta suami tanamkan kat belakang rumah bersebelahan dengan kubur Bujang.

Gambar kenangan masa bela bulus-bulus ni dari kecil. Dri kiri Bubu, Kiki dan Koko. Koko paling awal mati dulu sbb anti body tak kuat.

Kiki yang atas. Masa ni kami menyewa rumah Apartment kat Cheras. Kucing semua dok dalam rumah je tak pernah keluar kecuali bawa pergi Vet. Nak tengok suasana luar melalui tingkap ni jela, untung rumah kami tepi so balconi tak menghadap rumah orang lain, dapatlah bulus-bulus ni cuci mata ambil angin sambil tengok burung.

Ni la gambar kenangan bulus-bulus kesayangan kami yang asal. Dalam 4 ekor ni yang tinggal sekarang sekor je si Bubu.


(Kiki-kiri/Bujang-kanan)
Goodbye Kiki & Bujang. Terima kasih kerana telah membahagiakan kami selama 4 tahun ini. Maafkan mama tak dapat menjaga korang sebaik-baiknya. Sob..sobs...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...