Wednesday, January 3, 2018

10 Tempat Menarik di Semenyih yang anda Tidak Tahu

Hai...Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri kali ini Asha nak share mengenai tempat-tempat menarik disekitar Semenyih dan yang berdekatan dengannya. Tapi sebelum tu meh Asha cerita serba sedikit sejarah Semenyih yang korang tak tahu.

SEJARAH SEMENYIH

Asal usul Semenyih ini atau istilah 'Semenyih' ini telah tercipta dari masyarakat tempatan yang berkaitan dengan sejarah masa lampau. Perkataan 'Semenyih' ini sebenarnya merupakan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan  pemerintah Negeri Sembilan. Ha...no wonder la nama sekolah kita SMKEngku Husain.

Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Tetapi, semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Ni la pekan koboi Semenyih, kalau tengok bangunan lama belakang tu rasanya masih ada lagi beberapa buah kedai yang masih kekalkan bangunan lama tu. 

Walaupun Semenyih terletak di dalam negeri Selangor tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan. Kawan-kawan kita la selalu keliru, kadang-kadang tanya kita bila nak balik nismilan hahaha. Sekarang korang dah tau la sejarahnya, so jangan pelik kalau jumpa orang tua atau orang lama-lama lagi-lagi kat pasar pekan Semenyih memang diorang akan cakap loghat nismilan, Tak yah ckp org lain la nenek kita kalau cakap memang pekat loghat nismilan eh, sama juga la dgn mama kita. Jadi, sedikit sebanyak cara percakapan, budaya dan masakan nismilan tu memang dah sebati dengan masyarakat atau orang kampung Semenyih ni. Tak hairan la nenek dan mama suka masak lemak cili api dan berlado.

Setelah Semenyih semakin dikenali dan semakin berkembang kepadatan penduduknya, perumahan pun makin banyak dibina maka banyak jugalah tempat-tempat rekreasi yg telah wujud samada secara semulajadi ataupun buatan manusia. 

10 TEMPAT MENARIK DI SEMENYIH

1 - Sungai Tekala 



Merupakan salah satu pusat rekreasi air terjun yang popular di daerah Hulu Langat selain Sg. Congkak dan Sg. Gabai. Dari pekan Semenyih nak ke Sungai Tekala anggaran 20 minit je (14km).

Waktu Operasi: 7.00pagi - 6.00ptg

Entrance Fee: RM1.00 untuk dewasa dan 0.50 kanak-kanak bawah 12 tahun.

Aktiviti: Boleh piknik, mandi-manda dan BBQ.

Informasi lanjut & Alamat: 

Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah,
KM11(Batu 7), Jalan Cheras,
43200 Cheras, Selangor.
Tel : 603 – 9075 2885
Fax : 603 – 9075 6022


2 - Dam Semenyih



Dam atau Empangan Semenyih merupakan kawasan tadahan air bagi penduduk Semenyih. Kalau anda rasa nak lihat keindahan pemandangan kehijauan tumbuhan atau air yg kebiru-biruan boleh la datang ke sini ambil angin. Kat sini ramai kaki pancing juga tau.


3 - Ostrich Wonderland


Ostrich Wonderland merupakan ladang penternakan burung ostrich yang terletak di jalan Sg. Lalang menghala ke Sg. Tekala. Jalan masuknya agak dalam sikit, anda kena masuk melalui kawasan perumahan kampung terlebih dahulu untuk sampai kesini. Alang-alang dah bermandi-manda di Sungai Tekala, sebelum pulang singgah la sini pula. Apa yang menariknya disini? Haa... anda boleh berkenalan dengan burung ostrich yg pernah viral suatu masa dulu si 'Chickaboo' yg pernah terlepas kat atas highway, ingat lagi tak. Selain dari Ostrich ada haiwan lain juga disini seperti kuda, kambing, keldai, ayam, monyet dan banyak lagi, semuanya boleh pegang tau.

Ingin tahu info lebih lanjut mengenai harga tiket masuk dan aktiviti lain disini sila klik link >>Ostrich Wonderland, Semenyih . 

Anda juga boleh mencuba memijak telur Ostrich ni untuk membuktikan betapa kuatnya telur Ostrich ini. Tak percaya? tgk aje foto di atas ini. 


4 - Semenyih Eco Venture


Untuk penggemar aktiviti sukan lasak atau team building company anda boleh datang dan stay di Eco Venture Resort & Recreation, Semenyih ini. Kemudahan dan kelengkapan penginapan serta aktiviti yang disediakan disini sangat lengkap, diantaranya;

Facilities

  • Swimming Pool
  • Multi-purpose Hall
  • Function Hall
  • Seminar Hall
  • Karaoke Rooms
  • Surau
  • EcoVenture Cafe
  • ABK Restaurant
  • Arhanpa Thai Restaurant


Activities





Bilik-bilik penginapan yang disediakan juga sangat unik dan menarik, pilih sahaja anda mahu bermalam di container room, tube room, villa, hostel/Dorm atau Camp. 

Tube room

Container room

Diantara kemudahan untuk aktiviti disini.

Untuk maklumat lanjut;

Alamat: Lot No. PT 1351, Jln Sg. Lalang Semenyih,
43500 Semenyih, Selangor.

Telephone: 017-4209358



5 - Sg. Lalang Hotspring Semenyih

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan kolam air panas ini, even Asha sendiri pun tidak pernah  sampai kesini lagi hanya pernah mendengar cerita dan pengalaman dari mama sahaja yang kerap  berkunjung kesini bersama kawan-kawan dan abah. Menurut mama Asha paling syok mandi waktu malam la.



Tempat ini dibuka pada setiap hari pada pukul 6.00am-10am & 4.30pm-1.00am. Ditutup pada pukul 10.00am-4.30pm kerana cuaca panas. 

Harga untuk masuk bermandi di kolam air panas ini adalah seperti berikut;

Dewasa: RM3.00
Kanak-kanak: RM2.00/bawah 3 tahun RM1.00


6 - Broga Hill

Broga Hill merupakan tempat pendakian bukit yang paling popular sejak tempat ini dibuka seterusnya telah mempopularkan lagi Semenyih. Jika anda seorang peminat hiking dan suka melihat keindahan panorama dari puncak Broga Hill anda harus masukkan tempat ini dalam list anda.




7 - Eco World (Eco Majestic & Eco Forest)

Jika anda ingin melihat keunikan landskap taman yang mengikut tema negara lain seperti London, Paris, Amsterdam, Shanghai dan Jepun anda boleh mengunjungi ke Eco Majestic & Eco Forest Semenyih.
     
     Eco Majestic



Disini landskap yang diketengahkan adalah mengikut negara-negara seperti London, Shanghai, Amsterdam & Paris.

Eco Majestic terletak di ;

No. 1, Lingkaran Eco Majestic,
Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor.
Email: ecomajestic@ecoworld.my

Cerita dan foto selebihnya klik >>eco-majestic-floral-expo

Eco Forest



Di Eco Forest pula  tema landskap yang diketengahkan adalah mengikut tema Jepun dan lokasinya pula terletak di Jalan Broga, berdekatan dengan Broga Hill. Anda boleh menikmati pemandangan bunga sakura yang indah serta arca landskap yang lain berkaitan dgn budaya Jepun.



8 - SP Setia Ecohill Parc

Jika ingin beriadah dihujung minggu bersama keluarga Setia Ecohill Parc sangat sesuai untuk seluruh ahli keluarga. Disini anak-anak kecil boleh bermain di taman permainan yang telah disediakan manakala ibu dan bapa pula boleh bersenam dengan menggunakan kemudahan alatan senaman yang terdapat disini. Anda juga tidak perlu membawa basikal jika ingin berbasikal kerana semuanya telah disediakan.

Di kemuncak 92.1m ini aktiviti bermain layang-layang sangat sesuai kerana keadaan cuaca yg berangin.


Boleh tgk sunset juga tau atas puncak Eco Hill Parc ni.

Rekaan taman permainan yg moden dan lain daripada yang lain.


9 - Bangi Wonderland

Taman tema air yang pertama di Bangi. Walaupun lokasinya terletak di Bangi tetapi ianya masih lagi berhampiran dengan Semenyih.

Ada pelbagai kemudahan aktiviti yang menarik disini seperti Anaconda Trail, Body Slide, Boomeriang, Green Pearl, Insane Racer, Kids Adventure, Magic Funnel, Pirates Bay dan banyak lagi.





Untuk mengetahui harga tiket, promosi dan lain-lain;

Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn Bhd
NO. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor.

Website: Bangi Wonderland


10 - Lady Bird Organic Farm

Merupakan tarikan baru di Semenyih. Lokasinya yg terletak di Jalan Broga Hill dan ladang ini berkonsepkan tanaman organik serta boleh dilawati oleh orang awam. Sangat sesuai untuk educational tour kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. 

































Rasa seperti berada di Cameroon Highland kan?




Jika anda ingin membeli sayur-sayuran organik atau ingin melawat seluruh kawasan ladang organik ini bersama-sama keluarga anda boleh terus datang kesini atau;


Lot 1731, Batu 25, Jalan Broga, Semenyih
Semenyih

Call 016-610 3981



Menarik bukan? Siapa kata Semenyih ni pekan koboi je takde apa-apa. Macam-macam aktiviti riadah boleh buat tau dan semestinya sesuai untuk anda yang inginkan percutian bajet rendah tetapi menyeronokkan.



7 comments:

AKMAR said...

👍nanti boleh usha tempat menarik ni

Azlinda Azman said...

akk yang duduk dekat dengan semenyih pun baru tahu banyak tempat menarik ada kt semenyih

Hasrul Hassan said...

UHh best juga ye Semenyih ni. Pernah lalu je ... tapi tak singgah.

Kunjung balas dari HASRULHASSAN - Best Lifestyle Web Blog

Abam Kie said...

Now I know. Lps ni kena gi Semenyih la jalan2. Kebetulan umah kakak di Sg Merab Dalam tu je.

nurul iradah said...

eco world tuh still wujud lg ke?

Asha Raimi said...

Masih wujud tp tema lanskap mgkin dah tukar.

suffian iskandar said...

Terbaik info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...