Saturday, December 9, 2017

Kek Oreo | Kek 2 Bahan

Kek Oreo 2 Bahan je, betul ke hanya 2 bahan je boleh jadi kek? Macam tak percaya tapi kena buat dulu baru tau jadi ke tidak. Asha sendiri pun tak percaya juga pada asalnya tetapi setelah tengok beberapa rakan facebook yg telah mencubanya menjadi maka haruslah kita cuba.


Dua (2) bahan utama yang diperlukan;
i- Biskut Oreo 2 pek
ii- Susu kotak 200ml perisa coklat

Untuk resipi ini Asha gunakan Oreo krim perisa coklat dan susu dutch lady perisa coklat budak-budak punya hihihii. Almost bahan-bahan Asha gunakan apa yg sedia ada didapur rumah sahaja  kecuali biskut oreo tu je yg kena beli.


Mula-mula masukkan biskut oreo kedalam mixer, pastikan korang guna mixer yang khas untuk blend makanan yang tidak bercili ha..tak pasal-pasal karang kek korang pedas korang salahkan resipi hakak pulak kikiki. Lagi satu pastikan korang blend sikit-sikit biskut ni, kalau mixer korang canggih boleh blend sekali dengan susu.

Ini la hasil biskut oreo yang telah hancur di blend tadi.

Kemudian masukkan susu kotak perisa coklat 200ml. Kalau korang guna susu kotak size kanak-kanak seperti Asha guna ni kena pandai agak-agak sebab satu kotak tu 125ml kali 2 dah 250ml. Dah siap kacau rata masukkan ke dalam loyang bersize kecil.


Lepastu dah boleh kukus dah. Asha guna pengukus multicooker je. Kukus selama 20-30 minit, bila dah dekat 20 minit tu cuba check menggunakan garfu atau lidi samada kek melekat atau tidak. Kalau melekat lagi kena tambah masa 10 minit lagi. Bila sudah masak  tunggu sejuk dulu then terlangkupkan dalam pinggan.


Sambil-sambil tu kita prepare coklat ganache atau coklat cair. Asha gunakan coklat masakan sikit + coklat makan yang atas ni. Tak nak coklat cair sangat so Asha campur sikit dengan coklat makan. Coklat makan yg Asha gunakan ni jenis dark coklat tapi tak dark sgt pun, jauh mari ni dari filipino. Asben kerap outstation maka memang banyak coklat dalam fridge. Jadi kita gunakan bahan-bahan yg sedia ada.


Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk kaca untuk dicairkan dalam microwave. Asha tidak menggunakan teknik double boiler, menggunakan microwave cepat sikit dan sesuai untuk korang yang baru nak belajar buat coklat ganache ni. Masukkan coklat masakan tadi dengan coklat makan dan jangan lupa tambah sesudu besar marjerin untuk bagi kilat. Tidak lupa sedikit air masak juga, part yang ni kena agak-agak tau. Suhu microwave pun letak yang paling rendah je(depends pada  jenis microwave).


Pada microwave tu letak timing 2-3 minit je tau lepas tu keluarkan kacau-kacau rata then jika rasa kental lagi tambah air masak sedikit kemudian masukkan semula ke dalam microwave. Langkah-langkah tersebut boleh diulangi sehingga korang dapat tesktur coklat ganche yg korang nak.


Coklat ganache tadi tu dituang keatas kek oreo yang dah masak tu.


Ratakan coklat cair pada keseluruhan kek. Nampak tak Asha punya coklat cair tidak terlalu cair sehingga boleh meleleh ke pinggan. Asha suka tekstur macamni. Korang juga boleh guna coklat makan kegemaran korang seperti cadbury tapi make sure yg tiada wafer dalamnya yek, kalau ada almond or kekacang takpe lagi cantik bila dituang pada kek nanti.


Step akhir Asha hiaskan kek oreo 2 bahan ni dengan coklat rice, smarties, mashmallow dan coklat waffer loacker. Semua bahan-bahan ni memang sedia ada di dapur rumah.  Mesti korang fikir Asha ni suka makan manis-manis kan?. Jangan salah faham tau ni semua junkies asben hihihii, dia memang suka beli makanan manis-manis ni katanya untuk anak dan untuk dia makan sambil tengok tv tapi kadang-kadang tak termakan pun.



Sebelum kita nak hias kek ni kita buat garisan divider dulu kepada empat bahagian. Terpulang pada kreativiti korang.


Tara...ini la hasil kek coklat yang padat dengan hiasan. Kalau jual ni memang tak kedekut hiasan hahaha. Tapi...confirm berebut bila nak potong nanti. Kek ni tak naik tau macam kek lain yang biasa tu sebab takde letak baking soda tapi sangat padat walaupun leper. Boleh la dijadikan pencuci mulut selepas makan nasi. Selamat mencuba.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...