Wednesday, June 7, 2017

Kanta Lekap Bausch + Lomb Siri Lacelle Diamond & Jewel | Review

Assalamualaikum semua...sebagai seorang insan yang rabun dan berkaca mata seperti Asha ini sudah pasti kemana-mana sahaja kaca mata tak lekang di mata. Menjadi impian setiap wanita rabun yang ingin tampil elegan tanpa berkaca mata. Jadi, dalam pemilihan kanta lekap faktor yang perlu diambil kira adalah keselesaan.

Dengan kanta lekap kosmetik bewarna siri Lacelle dari Bausch + Lomb, anda akan memiliki wajah yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Menggabungkan rekod keselamatan yang diiktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih, Bausch + Lomb siri Lacelle Diamond daily dan Lacelle Jewel adalah pilihan kanta lekap yang sangat tepat untuk fashionista.



Bausch + Lomb Lacelle Diamond daily warna Aqua Glacier yg Asha pakai ini merupakan kanta lekap pakai buang yang sangat mempersonakan mata dengan kilauan berliannya. 




Kanta lekap dengan ukuran diameter iris 14.2mm ini membuatkan mata Asha kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa mengenakan mekap yang tebal. 

LENS DESCRIPTION: 

Pack Size: 10/30pcs
Power: Piano
-6.00 D (0.25 D increments)
-6.50 D to -9.00 D (0.50 D increments)
-0.25 D and 0.75D not available
Colour: 3 colours
Modality: Daily Disposable
Water Content: 55%
Diameter: 14.2mm

Kanta lekap siri Lacelle Diamond ini mempunyai 3 warna yang menarik iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.


Bausch + Lomb Lacelle Jewel warna Amber Brown pula merupakan kanta lekap bewarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% memberi keselesaan pada mata Asha. Kadangkala tak rasa seperti memakai kanta lekap pun.

Kalau anda nak tahu, bahan polymacon yang terdapat pada kanta lekap ini berfungsi untuk mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini. Patut la mudah je Asha pakai kanta lekap ini. 



Lacelle Jewel boleh didapati dalam 7 warna yang mengancam iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.


LENS DESCRIPTION: 

Pack Size: 2pcs
Power: Piano
-1.00 D to 6.00 (0.25 D increments)
-6.50 D to -9.00 D (0.50 D increments)
Colour: 7 colours
Modality: Monthly Disposable
Water Content: 38%
Diameter: 14.0mm



Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual pada harga RM68 sekotak untuk 2 keping.
Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond daily dijual pada harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.


TENTANG BAUSCH + LOMB

Bausch + Lomb merupakan syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan terasnya termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang komprehensif dalam industri dengan produk yang terdapat didalam lebih 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd.  adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue(R), PureVision(R), SoftLens(R), Lacelle(R), Renu(R) dan banyak lagi.  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong@bausch.com
Tel: +603-7680 8830

atau layari website: http://lacelle.com.my



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...