Wednesday, May 10, 2017

Kuih Keria

Seperti yg dijanjikan Asha nak up resipi Kuih Keria pula, last time Asha buat kuih cek mek molek - KLIK > (Cek Mek Molek). Ni kira first time buat sebenarnya, selalu makan yg beli atau yg mama kita buat je.

Ingat lagi tak entri sebelum ni Asha cerita Asha beli keledek oren dgn ungu kat Cameron tempoh hari. So yg oren dah buat cek mek molek, tinggal la keledek ungu. Org kata keledek ungu lagi sdp buat keria. 

1- Mula-mula kita kupas dulu kulit keledek then rebus sampai empuk, jgn lupa letak garam sedikit bagi lagi lemak rasanya. 
2- Tapi tu la yek keledeknya tak semua ungu pulak dan kalau korang nak tahu keledek ungu ni lagi cpt empuk tau berbanding keledek biasa, nak lecek pun mudah. Oleh kerana itu Asha terpaksa angkat dan asingkan yg ungu dulu.
3- Bila dah empuk keledeknya kita angkat dan toskan dulu serta tunggu sejuk seketika.
4- Dah sejuk sikit baru kita lecek, terpulanglah nak lecek pakai apa, Asha guna gelas je tau. Kalau korang ada alat pengisar yg canggih tu lagi bagus, blend halus lagi nampak cantik teksturnya. 


5- Selesai melecek keledek kita masukkan tepung, Asha tak pandai nak guna sukatan jadi agak-agak je, kalau masih lembik kita tambah lagi tepung, kalau macam kering boleh tambah air sikit.
6- Kita uli sampai jadi doh.
7 - Sebelum nak bentukkan kuih keria jgn lupa taburkan sedikit tepung pada pinggan atau loyang supaya adunan tidak melekat.
8- Dah siap bentukkan keria kita panaskan minyak untuk menggoreng.

9- Ini lah rupa keria selepas digoreng.
10- Ketepikan dahulu keria yg telah digoreng lepastu kita masak gula putih untuk salut atau sira keria tadi. Masak sampai jadi caramel.
11 -  Agak-agak dah kering sikit baru masukkan kuih keria.
12 - Ini lah hasilnya tapi macam kurang sikit gulanya sebab letak gula 6 sudu aje dan air setengah cawan. First time buat kan so tak pandai bajet lagi.

Yang atas ni second time Asha goreng, Asha frozen kan simpan untuk bagi asben rasa pula. Kali ini sira gula lebih sikit baru nampak jadi hihiii.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...