Sunday, December 24, 2017

Planetarium Negara & Butterfly Park KL

Pada hari ahad yang lepas(17.12.17) suami ajak jalan-jalan ke KL, jarang sebenarnya suami kita ni ajak bersiar-siar dihujung minggu kalau bukan ada cuti panjang atau public holiday. Kebiasaannya bersiar-siar di taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah je. Lagipun rasanya kami baru je pulang bercuti dari Langkawi akhir bulan lepas. Ah...memang kami laki bini ni kaki jalan, dapat pulak anak pun sama kaki jalan, tak suka memerap kat umah. Memang itu la pesen kami sekeluarga.

Pintu masuk Planetarium Negara.

Memandangkan poket kami baru je menguncup dek kerana percutian ke Langkawi tempohari maka kami cari tempat-tempat rekreasi yang free atau fee yg murah aje hehehe. Ikutkan suami nak bawa kami ke Aquaria aje tapi kita yang tak mahu sebab dah dua kali masuk situ, lagipun entrance fee bukannya murah. So kami plan nak pergi ke Pusat Sains Negara asalnysebab dgr kabo dah siap renovation, lepas tu entrance fee free pula tu.

Tapi malangnya ramai sangat-sangat orang, dah kata free ramai la orang terjah, tambahan pula musim cuti sekolah. Terpaksa cancel plan A.

Terus cakap dengan suami bawa kami pergi KL Bird Park aje, memandangkan suami pun tak pernah sampai situ lagi. Lagipun Fateh suka tengok burung, tapi tulah pusing-pusing mencari parking sampai lah kami termasuk parking Planeterium Negara, dah situ je yang ada parking so kenalah singgah situ dulu.

Nak masuk sini free je tiada bayaran kecuali Tayangan Planetarium dikenakan bayaran seperti di atas.



Kali terakhir masuk kesini masa zaman sekolah menengah dulu tapi tak ingat masa form berapa. 


Fateh dapat sentuh batu meteor.



Gigi dinosaur tapi tidak pasti ianya asli atau tidak.. 


Diantara spesis dinosaur laut yang lain, rupanya seakan-akan belangkas. Oh ya, masa Asha pergi Langkawi bulan lepas pak cik nelayan kat Kilim Geoforest tu ada bagitau belangkas pun merupakan salah satu spesis terakhir dinosaur yang masih wujud tau. Boleh baca entri tu > KLIK SINI

Fateh dapat tgk ekzos roket.

Salah satu ekzos roket


Biasa tgk benda ni dalam filem planet-planet kan.


Sut angkasawan.

Mostly pameran disini mengenai kisah atau sejarah para angkasawan sahaja. Tapi malangnya tidak banyak yang berubah, sama je seperti dulu, cuma ada la sedikit pertambahan dn perubahan tetapi tetap tidak menarik dan interaktif. Ada jg sesetengah alatan sains yg rosak dan tidak dibaiki. 

Diharapkan semoga pihak berwajib dapat mengubah suai tempat ini supaya menjadi lebih menarik dan interaktif. Boleh tambah lagi elemen-elemen lain yg bersesuaian dgn tema planetarium seperti ketengahkan kisah planet-planet lain atau orbit, galaksi, bintang, bima sakti dan lain-lain.




| Butterfly Park KL - Selesai di Planetarium sebenarnya kami terus ke KL Bird Park tapi parking tiada pula. Pusing-pusing nak cari parking terus tersampai ke Butterfly Park pula, tgk orang tak ramai sangat sebab ramai dah bertumpu di KL Bird Park.

Entrance fee untuk dewasa RM12 dan kanak-kanak 2 tahun ke atas RM7. So far tempat ni nampak dijaga dgn baik berbanding tempat yg kami pergi sebelumnya.


Rama-rama tgh menghisap manisan dari nenas.

Ada banyak sebenarnya rama-rama terbang dalam ni tapi malangnya camera fon kita tak dpt nak capture rama-rama terbang. Menyesal tak bawa camera.



Walaupun cuaca agak panas disini tapi bila ada banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan dalam ni rasa redup dan nyaman je, tambahan pula ada air terjun ni ha rasa macam sejuk, rasa macam nak mandi kat situ pun ada.

Selain rama-rama ada juga ikan dn seranga-serangga lain yang dipamerkan disini.


So far taman rama-rama kat KL ni sama seperti taman rama-rama di Melaka. At least ada la juga taman haiwan kat KL ni, sape kata KL ni hujan batu je tiada pokok, tasik dan taman haiwan. Ha...mai sini dulu tengok, yg mana stress dgn tugasan kje tu boleh dtg sini release tension, tak jauh pun. Boleh dgr bunyi air terjun kat dalam ni pun da cukup menenangkan bagi kita la. Kalau tak ramai orang memang dah duduk lama-lama dah kat dalam ni.

Selesai beriadah disini kami bergerak pulang kerana perut dah berkeroncong minta diisi, kalau tidak memang nak berjalan lagi, mau je nak ajak asben pi galeria perdana pula. Dari KL kami singgah Cheras untuk makan tengahari, macam kat KL xde tempat makan ye dak.

Kami singgah makan makanan western kat Bandar Tun Hussein Onn. Malas nak makan nasi kami order steak tapi bila sampai umah terus migrain adoi..dah tak boleh makan daging banyak-banyak dah, makan lamb elok je.



-SEKIAN-

1 comment:

Hasrul Hassan said...

Huiyo .. banyak gak berjalan ye .. bagus bagus .. kita promosi apa yang ada dalam Malaysia ni.. semuanya #dekatjer
..
Kunjung balas dari HASRULHASSAN - Best Lifestyle Web Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...