Tuesday, November 7, 2017

Reunion 2017 (SMKEH)



Alhamdulillah majlis reunion 'Crazee Team' berjalan lancar walaupun yang hadir hanya 9 daripada 17 orang. Pada saat-saat akhir kami hampir nak menunda majlis ini but me and few member yang lain tetap pertahankan sebab ada yang dah buat persiapan dari awal seperti beli baju ikut tema warna merah, beli hadiah dan bahan-bahan memasak untuk potluck. 

Lebih kurang sebulan sebelum majlis ini kami dah tetapkan menu yang perlu dibawa setiap orang. Macam kita last time bawa dessert kali ini bawa lauk pula la kan. Pening juga fikir nak bawa makanan apa pada mulanya, bila tengok semula list menu yang kawan-kawan dah update kat wassap group tu tiada menu sayur tiba-tiba dapat idea nak masak sayur kampung. Memandangkan kita stay area kampung so memang banyak sayur kangkung dan pucuk ubi kat belakang rumah. Terus decide nak masak pucuk ubi masak lemak cili api je.

Reunion kali ketiga ini diadakan di rumah salah seorang rakan kami Alin di Batu 4, Jln Bangi. Dari rumah kita Batu 3, Jln Bangi tak jauh pun lebih kurang 8 minit sampai la. Jom tengok apa yang kami masak.

 Kebetulan musim hujan ni memang naik sungguh pucuk ubi kita, dapat petik banyak. Dua minggu sebelum tu dah pesan awal-awal kat mama kita jangan petik pucuk ubi ni sebab nak simpan untuk hari reunion nanti hahaha sampai cenggitu sekali kau.

Tara...dapat la sebekas besar pucuk ubi masak lemak cili api dengan udang, pucuk ubi ni kita celur dulu separuh masak lepas tu buang airnya baru masak cili api, takdela berangin sangat perut lepas makan, ha..ni petua tau. Masa masak pucuk ubi ni kita rasa tak pedas sangat, biasa je tapi bila time majlis ada yang kata pedasnya. Bila kita repeat mkn malam tu baru terasa pedasnya, masa masak tak rasa sangat. Gasak...hahaha. Lepas tu tambah telur dadar pula sebab teringat masa majlis tu ada budak-budak, kalau semuanya pedas karang berha..ha..ha.. la deme. 

Lepas tu masing-masing awal pagi dah up gambo makanan yg diorang tengah masak kt group wasap. Pergh...time tu kita start masak pun belum, sibuk lipat kain baju pulak.

 Ayam pepes ni jauh mari dari Jempol negeri sembilan. Last time tuan eh dok menyalai daging buat masak lemak cili api kami yang kami request. This time dia masak ayam pepes pula.

Yang ni menu dari tuan rumah dok menggoreng tongkeng ayam nak buat masak berlada. Dah macam nak kenduri kekdahnya hihii.

Yang member sorang ni pulak goreng ayam tepung dengan sayur kacang.

Majlis mula kul 2pm, asalnya tak nak bawak Fateh konon-kononya nak 'me time' sangat la umminya ni dengan kawan-kawan sekolah. Bila fikir ramai budak-budak sebab masing-masing pun bawa anak so bawa la juga bagi Fateh berkawan-kawan. Kami ni mak-mak mana mau nak tinggalkan anak dgn bapaknya nanti rumah jadi kapal karam. Kira apaknya la yang dapat 'me time' tu sebenarnya.

Sampai-sampai je disuruh selpie.

Sementara tunggu yang lain sampai snap foto Fateh dengan anak-anak member yang lain, pergh...beso-beso dah anak diorang.

Hadiah untuk ditukar-tukar sebagai kenangan.

Tuan rumah sediakan air oren.

Spaghetti Carbonara pedas untuk mak-mak.

Macaroni Carbonara untuk anak-anak tak pedas tapi mak-mak yang makan lebih hahaha,yg ni my cousin Hawa yg masak, jgn pelik pula sbb kami memang satu sekolah, dia la sepupu dia la kawan-kawan kami. Nak promote sikit la, kalau korang teringin nak makan western-western gini boleh usha2 FB page: https://www.facebook.com/KambingGolekRasSufi/ .

ada buah tembikai.

Tongkeng goreng berlada, yang ni sedap sangat tuan rumah masak.

dan ini juga dari tuan rumah sambal goreng jawa. Last time punya reunion ada, kali ni pun ada memang member semua request sambal ni.

Kuih ketayap. Asalnya kami request nak Laksam atau menu-menu Kelantan kat mek sorang ni. Tapi kesihatannya tidak mengizinkan tak pe next year kita buat lagi ye mek.

Yang ni member sorang tu Ain yang bawa. Menu asal rasanya agar-agar pandan tapi dah jadi agar-agar koko pulak ye Ain hihiii.

Cikedes ni kita yang bawa bagi budak-budak seronok. Beli kat kedai yang khas jual borong jajan je.

Yang ni member yang dtg last skali tu (Zana) beli. Ok la kira yang ni dessert. Macam kewajipan pula ada kek setiap kali reunion.


Dah habis makan-makan acara potong kek dan tukar-tukar hadiah pula, buat cabutan undi, nama yg kita cabut undi tu la nanti hadiah yg kita dapat.


Member kita si Afrah ni yg dapat hadiah kita Magic Mug dari printcious tu.

Yang ni tukar hadiah masing-masing. Ain dapat hadiah Hawa dan Hawa dapat hadiah Ain.

Ija dapat hadiah Afrah

Ayu dapat hadiah Dayah

Yang ni tak pasti hadiah siapa yg diorang dok sakan posing ni. Rasa macam dah dapat je dua orang ni.

Kita dapat hadiah dari tuan rumah. 

Zana dapat hadiah Mek.

Acara last sekali sebelum yang lain berundur diri berfoto ramai-ramai diluar rumah denga anak-anak.

Berfoto diluar rumah dan...Fateh buat photo bomb korek hidung haish budak ni. Lepas tu dia sakan menangis nak susu, kita lupa bawak. Next year buat lagi ye korang...





Foot Note: rindu juga nak buat reunion dengan kawan-kawan sekolah lama - SMKPerimbun, Kajang High School & MSU.

6 comments:

Amanda Suria said...

Seronoknya reunion ramai2 macam ni..Akak dan kawan2 lama dulu ntah kat mana ntah..ada yang masih contact dan ada yang masih lost contact...ramai dak lelaki je la...

Asha Raimi said...

Seronok sis SA bkn senang dpt berkumpul ramai2 macamni.

Fatin Diana said...

best lah dapat kumpul ramai ramai camni

Puan Deeba said...

Meriahnya reunion.. kumpul ramai2.. syok sangat.. makanan pun sedap2 belaka.. tiba2 rasa lapar pulak hujan2 ni.. hehe.. btw deeba follow sini.. jemput singgah blog deeba http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com

yoorin melacolea said...

asha.. nanti kita buat laaa jugakk..waaaa.. dapat kumpul kita berlima macam dulu pon dah best.. sobsss..

Asha Raimi said...

Boleh je beb. Kita bertiga dah dekat. Yg lg 2 tu je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...