Thursday, November 30, 2017

Tarikan Baru di Langkawi - Telaga Walk @ Chenang


Sebelum Asha nak cerita pasal tempat baru yang harus korang kunjungi di Langkawi ini Asha nak habiskan cerita lawatan kami yang lain terlebih dahulu. Entri sebelum ini boleh klik > https://diariashmira.blogspot.my/2017/11/kilim-geoforest-park-langkawi-fish-farm.html.

Jika anda ikuti sambungan cerita kami sebelum ini, selepas je kami makan tengahari di Kak Yan nasi campur tu kami terus pi Pekan kuah untuk memborong coklat ler apa lagi.

Datang ke Langkawi memang tak sah jika anda tidak memborong coklat. Mula-mula kami masuk kedai Langkawi Saga dulu, kedainya terletak berhadapan dengan kedai Haji Ismail Group. Barang-barang dan coklat yang dijual disini dan harganya pun lebih kurang sama je dengan kedai Haji Ismail Group. Kat kedai ni kami beli beberapa jenis coklat antaranya coklat Maltesers dan Loacker, korang memang patut beli dua jenis coklat ni tau sebab sedap gila. Kenapa sedap?

Malteser ni memang sedap gila dalam dia gula perang yang bersalut coklat diluar, rasa lebih kurang macam coklat Daim tapi lagi sedap. Tak percaya? Kena cuba.


Dan...yang ini pun tengah viral jugak, sedap rasa lebih kurang macam Ferrero tapi lagi sedap, soft. Tapi jangan tersalah beli yang Dark Chocholate tau melainkan korang memang suka coklat yang ada rasa pahit-pahit sikit. Satu kotak ni je boleh habis sorang makan, kalau kat KL khabarnya susah nak dapat jenis yang macamni, banyak coklat waffer jek.


Lepas da borong coklat kami singgah pula Haji Ismail Group tambah coklat lain pulak dan beli barang-barang lain seperti sudu, kain batik dan beg troli baju khas untuk sumbat coklat sahaja. Menyesal kau tak bawa beg besar.


Nampak tak? Satu beg penuh coklat dan gula-gula sahaja. 

Dah puas shopping coklat kami menuju ke tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Beras Terbakar. 


Pintu masuk yang agak tersorok sikit dengan kedai-kedai kraftangan disini.

Ni la rumah dimana berlakunya kejadian beras terbakar, sape tahu sejarahnya tu akan tahu la kat mana area beras yang dibakar tu. Dulu zaman kanak-kanak pernah datang kesini tapi keadaan rumahnya tak seperti yang sekarang ni, dulu macam tiada orang tinggal kat rumah ni tapi sekarang dah nampak berubah sangat keadaannya nampak lawa dah rumahnya, ada keturunan asal tuan rumah ni yang duduk dan jaga rumah ni dah.

Ini la kawasan di mana beras tu terbakar.  Ada sejarahnya kenapa pada zaman tersebut beras dibakar di laman ini.

Ini la dia beras terbakar.


Hebat Fateh ni, bila dia get ready posing kat situ semua pengunjung terpaksa ketepi bagi space kat si cilik ni dulu nak bergambar hihihii. Kalu ummi yang nak pose kat situ berpeluh nak tunggu turn.

Sambil-sambil tu  kita cuci mata tengok barangan kat sini. Agak murah juga barang-barang kat sini, kalau korang jenis yang pakai kain batik atau nak beli buah tangan untuk mak or mak-mak sedara korang patut shopping sini sebab kenapa? Harganya murah gila weh...kain batik RM10 je tapi berkualiti. Pergh...rasa menyesal beli kat Pekan kuah sebelum ni, ingat hat situ dah murah dah. Macam-macam ada kalau korang kaki shopping mesti singgah sini hokey.

Oleh kerana ini adalah hari terakhir untuk kami jelajah satu Langkawi even banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat dikunjungi. Kami singgah ke Eagle Square sebelum pulang ke bilik penginapan.


Sebelum ke Eagle square kami bersiar-siar di Taman Lagenda terlebih dahulu, lokasinya terletak bersebelahan dengan Eagle Square.

Taman ni agak suram dan tiada pengunjung mungkin tarikannya kurang berbanding di Eagle Square.

Jauh juga dari Taman Lagenda nak ke Eagle square lebih-lebih lagi berjalan kaki.

Yang cantik view depan pintu masuk Taman Lagenda ini sahaja. Jika korang kesini tidak disarankan masuk  ke taman ini sebab memang tidak menarik serta suram habis dek kerana tidak diselenggara dengan baik, cuma ada segelintir penduduk tempatan sahaja yang jogging kat sini.

Tak sah jika ke Langkawi korang tak singgah Dataran Helang ni tau.

Tak dapat nak ambil gambar full sebab ramai orang.

Malam terkahir disini sempat la makan malam di tepi pantai ala-ala kat Jimbaran Bay Bali tu hehehe. Kebetulan bilik kami berdekatan dengan kedai makan seafood tepi pantai ni so asben beriya-iya ajak dinner kat sini. Kalau ikutkan memang dah tau la hargnya mahal tapi dah asben yang nak belanja kita on je.


Sejak stay bilik penginapan kat area tourist ni Fateh dah pandai beramah mesra dengan tourist tau. Asal lalu je tourist kat tepi tu dia dok say halo...halo je. Dia dapat perkataan baru tu pun masa nenek Korea say halo kat dia udah melekat je perkataan tu.


Simple menu je kami order, Ikan siakap bakar cicah sambal belacan & salad, kailan goreng belacan dan air kelapa. Itu pun kenyang sangat-sangat sebab ikan siakap tu agak besar juga nak dihabiskan.

Selesai makan around pukul 10 malam tu Asha ajak suami pergi ke Telaga Walk @Chenang, terdetik nak kemari gara-gara rakan-rakan Facebook tag kita dan suggest pi melawat tempat ni tengok apa yang menarik sangat tempat ni.

Ni salah satu gambar yang kawan-kawan tag dan share di Facebook tu. Kalau tidak Asha memang tak tahu kewujudan tempat ini.


Suasana Telaga Walk diwaktu malam. Walaupun dah nak tengah malam pengunjung masih ramai lagi duduk bersantai sambil ambil angin malam serta makan malam disini.

Disini memang menjadi tumpuan ramai kerana ada restoran seafood tau, ada banyak kedai seafood disini yang korang boleh pilih dan makan. Shoplot pun banyak tapi setakat ini hanya beberapa kedai je yang telah dibuka seperti kedai dobi. Kereta seakan-akan volkswagen yang berhias cantik dengan lampu warna-warni yg korang nampak ni sebenanrnya telah di ubah suai menjadi basikal ala-ala macam beca.

Fateh la paling seronok tengok, memang dia nak sangat naik benda ni asyik sebut jom la...jom la. Sebenarnya ummi dia pun teruja juga nak naik hahaha. 

Yang  kami naik ni macam kereta api, diorang ubahsuai tong drum ni jadi mini train dan menggunakan kenderaan jenis ATV untuk menariknya, kalau tidak bagaimana nak bergerak mini train ni kan. Dah puas seronok naik mini train ni kami pun pulang berehat ke penginapan kami.

Awal pagi esoknya merupakan hari terakhir kami disini, kena la berkemas-kemas sebab nak kena check out before pukul 12pm, perancangannya nak keluar awal lagi tapi masing-masing dah kepenatan dek seharian berjalan semalamnya tu kan, memang banyak tempat kami berjalan hari ke-3 tu berbanding hari ke-2. Konon sempat la makan tengahari di laman padi dulu sebelum pulang. Apakan daya hari terkahir tu hari Jumaat pula, suami singgah solat jumaat dulu sebelum pi airport. Dah tu flight kami pukul 3.00pm, asben kata menyesal tak amik flight malam sikit, tiada la kelam kabut nak balik, boleh la jalan-jalan lagi sebelum pulang. Memang kelam kabut juga kami nak pergi airport . Tiba je di airport kami berlari-lari nak check in bag dan tiba-tiba dapat tahu flight delay setengah jam fuh..lega. Sempat la tukar lampin Fateh dulu, tapi tula makan tengahari tak sempat, memang lapar, dah berangan nak makan kat laman padi, apakan daya tiada rezeki.

Dalam flight pulang ke KL ni baru ada tv dapat la lekakan Fateh dengan kartun. Kami tiba di KLIA pun around 4.30pm, sampai je ambil beg terus lunch merangkap dinner sekali.

Alhamdulillah selesai sudah percutian 4 hari 3 malam kami di Pulau Langkawi. Panjang umur dan ada rezeki Insyaallah kesini lagi la kami. Banyak lagi tempat yang tak sempat dilawati antaranya Makam Mahsuri, Telaga Tujuh, Laman Padi, Taman Mardi, Rumah terbalik dan mandi pantai pun tak sempat, Fateh dan abahnya je yang sempat mandi pantai.


Wednesday, November 29, 2017

Kilim Geoforest Park, Langkawi - Fish Farm, Bat Cave & Eagle Watching

Sambungan story percutian kami di Langkawi Island untuk hari yang ke-3. Lihat entri sebelum ini http://diariashmira.blogspot.my/2017/11/langkawi-island-sky-cab-3d-art.html

Perancangan nak datang ke Kilim Geoforest Park ni memang telah dibuat awal lagi, Asha dah aim sangat kalau datang ke Langkawi mesti nak mai sini sebab Asha sukakan nature. Tempat lain tu kalau tak dapat pergi sangat pun takpe lagi.

Ini harga pakej yang terdapat disini untuk tour dengan menaiki bot, lebih jimat jika anda datang secara berkumpulan atau family. Harga tu untuk satu bot yg kita sewa dan termasuk tempat-tempat yang akan dibawa mengikut pakej yang telah disediakan. Oleh kerana kami bawa anak kecil so tak boleh nak ambil pakej yang pergi banyak tempat dan extreme, kami ambil pakej 1 jam sahaja dengan harga RM250. Hakak sanggup tau bayar demi nak tengok nature punya pasal, nampak? Nak tengok nature pun kena bayar dah tau sekarang, punya mahal nak tengok alam semulajadi ni.  Jadi hargailah alam semuljadi kita. Dapat la pergi 3 tempat - Gua Kelawar, Fish Farm & Eagle Watching.


Kami je dalam bot ni, Fateh muka cuak dia gayat dengan kelajuan bot pula kali ini, abang bot tu pun saja je bawa bot laju-laju siap buat lap bagai harhar.


Suasana di Kilim Geoforest Park


Tempat pertama dituju-Fish Farm. Kami berkenalan dan dibawa tengok beberapa hidupan laut di dalam sangkar pak cik nelayan ini yang Fateh gelarnya sebagai atuk.

Dapat tengok dan menimba ilmu mengenai kehidupan ikan pari, selalu dapat tengok bila dah jadi asam pedas je kan hihii. Ada yang kata ekor ikan pari ni berbisa dan boleh bunuh orang. Selepas mendengar penjelasan pak cik nelayan ini barulah kami tahu serba sedikit yang sebenarnya ekor ikan pari ini tidak berbisa tetapi lendir yang terhasil pada badan ikan pari tu sebenarnya yang berbisa. Lendir tu akan terhasil bila dia rasa terancam sahaja.

Lagi satu ikan pari ni tidak menggigit tau jika dipegang mulutnya ha..sebab ikan pari mana ada gigi tau, jangan takut kalau pegang mulut ikan pari ni. Ikan pari hanya ada gusi sahaja untuk kunyah makanan.

Kemudian kami dibawa pula untuk melihat dan mengetahui ciri-ciri hidupan belangkas.

Ni first time Fateh tengok belangkas. Eksaited dia nak pegang, ummi geli sikit dengan menatang ni.

Kalau korang nak tahu, bahagian yang banyak kaki macam sesungut ni tak bahaya pun jika dipegang. Sebab tu pak cik nelayan tu nampak rileks je bagi Fateh pegang. Korang boleh tengok video kat bawah ni dan ada sedikit penjelasan ilmu mengenai Belangkas yang telah dijelaskan oleh pak cik nelayan tersebut.


Biasa korang dengar kalau laki perempuan dok berkepit 24 jam kita panggil macam belangkas kan? Tapi korang tahu tak kenapa belangkas dok berkepit je dengan pasangan dia. Ada sebab tu sebenarnya belangkas jantan dan betina saling memerlukan ketika belangkas betina tengah bertelur. Biasa binatang lain sebelum bertelur je dok mengawan tapi belangkas ni lain sikit, nak bertelur pun masih memerlukan pasangannya. Jangan tak tahu telur belangkas kalau di Barat sangat popular sebagai makanan kesihatan dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Lagi satu, dakwat hitam atau org barat panggil darah belangkas yg terletak di bahagian salur tengah-tengah badan belangkas sampai ke ekornya tu katanya orang Barat tengah buat kajian mengenai khasiatnya untuk dibuat serum. Serum apa tak tahu la. Dikatakan spesis ini juga sudah semakin pupus dan terancam dek cuaca negara kita yang tidak menentu, kejap panas kejap sejuk, oleh sebab itu juga la harga ikan pun makin mahal sekarang ni kat pasar sebab cuaca. 


Next. Kami dapat melihat show dari ikan sumpit menyumpit roti dengan air. Fateh suka sangat show yang ini, kuat juga ikan sumpit tu menyumpit, ada ketika ikan tu sumpit terkena muka kuat juga tekanannya. Menurut pak cik ni, fenomena ikan sumpit ini adalah normal dan biasa berlaku dimana-mana laut pun cuma bezanya kalau ditempat ramai orang seperti di lumut, Perak memang tidak la ikan sumpit ni nak tunjuk skill. Ini pun ikan tu dah start malu nak tunjuk skill lepas dengar Fateh menjerit dek kerana teruja tengok fish show.

Lawatan seterusnya kami dibawa ke Gua Kelawar pula dan ini bukanlah kali pertama kami masuk ke gua, pernah masuk ke gua tempurung sebelum ni di kampung suami. 

Pintu masuk Gua Kelawar, nak masuk sini kena bayar tau tapi tak mahal la, bawah RM5 je rasanya, tak ingat fix price berapa.


Sebelum masuk gua berfoto dulu. 

First time bawa Fateh masuk Gua, kena tundukkan badan sikit nak masuk dalam ni, Fateh dah mula syok time ni, adventure la bagi dia tu. Dalam ni memang agak gelap dan memerlukan kami menyewa lampu suluh dengan harga RM1 sahaja.

Kelawar tengah tidur, memang banyak juga kelawar dalam gua ni berbanding kat Gua Tempurung. Kalau tidak masakan diberi nama Gua Kelawar ye dak. Lagi satu kalau korang nak tahu kelawar makan buah-buahan saje tau bukan hisap darah orang macam cerita drakula tu.


Nak tengok lebih jelas kecantikan stalagmit dan stalactite boleh naik tangga ni tengok. Kita tak naik pun tengok macam seram je karang suluh-suluh nampak benda lain pulak kahkahkah. 


Cantik sungguh kejadian alam ini, rasa sejuk je dalam gua ni. 

Tempat terakhir sebelum pulang ke jeti kami dibawa menyaksikan kumpulan burung helang berterbangan pada jarak dekat. Ooh..macamna tu, boleh tengok video di bawah.

Menarik, kami dapat melihat burung Helang dari dekat. Tapi kena campak makanan seperti cebisan ayam di laut dulu la baru la helang tu terbang dekat-dekat. 

Selesai aktiviti di Kilim Geoforest, kami singgah makan tengahari di Kak Yan Nasi Campur. Katanya tempat makan ni popular dan sedap.

Restoran Kak Yan nasi campur yang terletak di Kuah, Langkawi. Masa sampai sini memang ramai orang makan kat sini, ramai tourist juga, lauk pun banyak pilihan sampai blur tak tau nak amik apa.

At the end kita amik ikan keli goreng makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, curah skit kuah kari pergh...sedap. Memang favourite sangat ikan keli ni. Harga untuk menu macamni termasuk teh '0' ais RM9 je, mahal ke murah uools. Ikan keli besar sangat kita amik memang cenggitu la harganya. Yang penting puas hati dan menyesal pula tak amik nasi dan lauk banyak-banyak sebab sedap.


Foot Note: Next entri kita akan story pasal tempat tarikan baru di Langkawi ok stay tune.


Tuesday, November 28, 2017

Langkawi Island - Sky Cab , 3D Art & Crocodile Farm


Last week pada 21/11/2017-24/11/2017 Asha pergi bercuti bersama-sama keluarga kecil kami ke Pulau Langkawi. Sudah tentu kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dari Malaysia Airlines. 

Sebelum fly kami isi perut dulu, sarapan merangkap lunch sekali. Kami check in baggage awal dalam kul 10.30am, flight kul 1.30pm. Saje sampai awal tak nak kelam kabut lebih-lebih lagi bawa anak kecil ni. Ikut style asben nak gerak lewat sikit, to me takpela...tak nak terlepas flight macam dia dulu-dulu. Kami makan nasi lemak tapi tak kena dengan tekak kami pula sebab nasinya lembik, sambal pula pedas sgt2 dan ayam masak merahnya bersepah biji-biji cili. Asben langsung tak makan ayam masak merah tu katanya boleh kena appendiks telan biji cili tu hahaha. Sebelum ni pernah je makan kat sini sedap, la ni entah kenapa tak kena semuanya. Tak nak membazir kita makan je semua sampai habis.

Fateh pun tak makan sangat nasi lemaknya sebab tak sedap, dia buat main je.


Dalam flight, sebelum terbang mood Fateh ok lagi time nih. Kami pilih seat belakang line second last dekat dengan tandas, asben kata senang kalau Fateh nak poo poo or pee pee. Untuk flight nak pergi ni tiada hiburan seperti screen tv hanya radio or koleksi lagu sahaja, boring sikit la Fateh. Tak duduk diam, tak nak pakai seat belt, sibuk nak turun dari seat nak berjalan-jalan, payah juga ye bawa anak kecil naik flight ni sebenarnya. Tu belum lagi naik bas dan train lagi haru dengar dia menjerit.

Kami tiba di airport Langkawi pada pukul 3ptg. Lepas ambil bagasi terus ke kaunter sewa kereta, kami ambil kereta sewa Myvi untuk 3 hari dalam RM200++. Gambar kereta sewa takde pula, lupa nak snap.

Selepas dah ambil kunci kereta dan simpan bagasi kami terus on waze cari tempat penginapan kami. Kami menginap di Grand Beach Motel area pantai Chenang, nak sangat view pantai dekat dengan bilik kononnya, sebab tgk foto kat google image macam foto kat bawah ni ha, boleh lepak-lepak kat gazebo tepi bilik lepas mandi pantai. 

Yg ni pun entah berapa tahun sudah punya gambar. Sekarang gazebo tu pun dah takde diorang dah buka kedai ikan bakar pula. Tertutup sikit nak tengok view pantai dan tambahan pula hadapan bilik kami ni ada pembinaan so kurang cantik dah viewnya. Nak cari bilik ni pun tak jumpa tau asalnya, puas kami pusing pantai Chenang 3 kali baru jumpa. Pantai Chenang yang cantik pun dah tak nampak dah dari tepi jalan, penuh kedai dan resort hotel je. Seriously pantai Chenang dah tak macam dulu-dulu, dah jadi tempat tourist je banyak, dah macam Bali pun ada. Nak lepak petang-petang tepi pantai pun tak best dah, pencemaran mata sangat hahahaha, asben suka la dapat cuci mata.





























View dalam bilik not bad, selesa cuma berpasir sikit bilik mungkin dekat dengan pantai, bila angin tiup memang boleh masuk la pasir tu dalam bilik. Pihak pengurusan sepatutnya sediakan penyapu lagi-lagi bilik di tingkat bawah.

Bilik air luas dan terletak di hadapan bilik, so sesuai lepas mandi pantai terus masuk bilik air kat depan. Yang paling penting bagi kita kalau pergi mana-mana hotel tak kira la 4 start ke 2 star ke mesti ada iron. Dari segi harga utk 4hari 3 malam RM400++ memang tak berpuashati juga sebenarnya dgn apa yg kami dapat, bukan include breakfast pun. Oleh kerana motel ni di kawasan tumpuan pelancong asing so cenggitu la harganya.

Kami sampai pun dah agak petang, perut pun lapar, kebetulan ada kedai makan goreng-goreng belakang bilik kami ni so asben beli bungkus je nasi goreng daging merah yang berharga RM14 sebungkus, ha...gila kau dia kasi harga pelancong kat kami, dah la tak sedap. Malam tu makan malam memang kami cari makan kat luar je, kebetulan ada pasar malam kat Kedawang kami singgah situ beli pulut durian dan ayam gunting je sebab perut masih lagi terasa kenyang makan nasi goreng mahal petang tu hahaha.

Keesokan harinya, hari kedua di sini kami memulakan lawatan kami yang pertama ke Sky Cab yang terletak di Burau Bay. Harga tiket seorang RM50 untuk dewasa termasuk 3D Art & SkyRex tapi malangnya kami tak masuk kat Sky Rex sebab ingat kena bayar lagi adoi ruginya.

dalam Cable car, Fateh diam je sebab gayat.

ni gambar depan tasik sebelum naik cable car.

Berada di puncak panorama Langkawi.


Muka Fateh selepas turun dari Sky Cab.  Baru ummi tahu yang Fateh gayat pada ketinggian, sepanjang berada di atas asyik berdukung je tak nak turun sangat.


Kami rest sat sambil makan banana split kat cafe dalam tu.

Sambung lawatan ke 3D Art pula, ramai juga orang kat dalam ni, nak posing lama-lama pun segan sebab masing-masing tunggu turn.

Actually ni je gambar yang sempat selamat dalam kamera, yang lain dah terdelete. Sedih sangat, banyak foto kami snap kat sini sebenarnya.

Kalau datang kat sini memang korang kena spend time setengah hari untuk aktiviti-aktiviti kat sini,  macam-macam ada tapi sebelum nak datang kena rajin search website Panorama Langkawi ni http://www.panoramalangkawi.com/ terlebih dulu kalau tak jadi la macam kami tak masuk ada satu tempat yang dah include dalam pakej tu huhuhuu.

Perut pun dah lapar, on the way keluar dari Oriental Village atau Burau Bay ini kami singgah makan  tengahari betul-betul kat simpang traffic light. Orang pun tak de sangat makan kat sini mungkin sebab dah pukul 3 petang.

Bau asap ikan bakar ni la yang membuatkan ku terasa lapar. Kita ambil ikan bakar kekisi ada paste cili kat badan ikan tu, makan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman pergh... curah pulak sikit air asam atas nasi memang selera sangat.

Plan kami selepas makan sebenarnya nak ke Telaga tujuh, tapi hujan pula masa tu tak jadi pergi so kami plan pergi ke tempat lain. Dalam perjalanan tak tau nak pi mana lagi tu kan tiba-tiba cuaca dah  beransur cerah dah tak hujan terus kami decide nak pergi Crocodile Farm, bila ada anak kecil ni memang kena fikir tempat-tempat yang sesuai untuk dia juga.

Tike masuk ke Crocodile Farm ini RM18 untuk dewasa, manakala kanak-kanak bawah 3 tahun free entrance. Kalau kat tempat lain dah kena charge tu.


Foto kat Crocodile Farm pun banyak yang terdelete juga sobsob. ;(
Tak dapat nak share foto bagi anak buaya makan dan show buaya yang lain. Ini je yang terselamat.

Nasib baik ada gambar ni yang terselamat, ada la foto kenangan Fateh dengan buaya, seronok dia dapat bagi anak buaya makan, siap panggil buaya tu ulat. Masa bawa dia tgk buaya kat Zoo Negara, Zoo Taiping dan Taman Buaya kat Melaka tak heran apa pun dia.

Tempat terakhir sebelum pulang ke bilik penginapan kami singgah makan laksa belakang area airport, kebetulan balik lalu situ. Tengok banyak gerai Laksa, tak tau nak pi yang mana satu, kami singgah je yang mana nampak happening.

Laksa ikan sekoq, rasa lemak ikan tu yang menyedapkan lagi rasa kuah laksa tu. Kalau datang ke sini mesti cuba.

Ok la, setakat ini dulu Asha share penglaman bercuti di Langkawi Island. Tunggu next story pula.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...