Monday, October 23, 2017

Kasut Cantik Menawan Hanya Di Hypershoe KIP Mall, Bangi.

Cuti sekolah sudah semakin hampir, confirm banyak undangan majlis perkahwinan sana sini. Selain  sibuk mencari baju baru untuk digayakan pada majlis kenduri kahwin, Asha juga sibuk mencari kasut yang cantik dan sesuai untuk dipadankan dengan baju nanti.

Hujung minggu yang lalu Asha dan suami serta anak kecil kami ke KIP Mall Bandar Baru Bangi, kebetulan kedai kasut Hypershoe ada buat majlis perasmian pembukaan kedai baru masa tu. Dari luar kedai dah nampak menarik dan meriah lalu kami pun singgah masuk.









 Mix Point - Men Shoes terdiri daripada beberapa jenis koleksi kasut seperti Men Boot, Men Canvas, Men Casual, Men Formal, Men Moven, Men Sandal and Men Sport. Kasut jenis kasual seperti foto diatas ini amat sesuai untuk lelaki yang sangat menjaga penampilan diri.  Rekaannya yang nampak kemas tetapi santai sesuai digayakan untuk aktiviti semi-formal.




Oleh kerana rekaannya yang menarik, maka suami Asha pun tertarik nak grab sepasang kasut Mix Point warna Black/Grey ini. Memang warna kegemaran dia Black & Grey ini, katanya warna maskulin ni. Harga pun berpatutan tau, harga sepasang kasut ni RM49.99 je murah kan.


Mix Point Sport - Men Shoes pun tak kurang hebat juga, ada pelbagai jenis kasut sukan untuk lelaki disini. Pilih je yang mana-mana yang pasti ianya tidak mengecewakan anda.



Mix Point Sport - Women Shoes merupakan koleksi kasut sukan untuk para wanita dan gadis yang aktif. Boleh dipakai untuk bersukan, jogging dan santai juga.


Vetini - Women Flat Shoes sesuai untuk gadis-gadis lincah dan tak kurang juga untuk mommies yang ada anak kecil, senang nak berlari-lari kejar anak kalau pakai kasut jenis ini.

Vetini - Women Sandal sangat sesuai untuk akak-akak yang nak cepat ke pasaraya terus sarung je. Rekaannya yang simple, selesa dan tak berat, soft je kat tapak kaki memang sesuai pakai kalau nak berdiri lama-lama dalam pasaraya tu. Maklumlah akak-akak kalau nak pilih barang memang lama betul tak.


Vetini - Women Wedges yang ini merupakan design kegemaran Asha. Boleh dikatakan Asha banyak kumpul kasut jenis wedges ini. Ha... cuba tengok design yang lain untuk kasut jenis ini kat sebelah kanan cermin dalam foto atas ni. Rambang mata dibuatnya, memang lama Asha berdiri kat situ. Akhirnya dapat juga pilih sepasang warna Blue. Sedap pakai, lembut dan ringan.


MP Kids - for Girls koleksi untuk gadis-gadis cilik pun tak ketinggalan juga tau. Banyak warna-warna ceria seperti warna pink ha...warna kegemaran Asha ni tau, sama warna dah dengan baju. Nasib baik tak muat sarung kalau tidak dah grab juga sepasang ni hihiii. 


MP Kids - for Boys boleh tahan juga koleksi untuk budak lelaki nih. Ada boot, sandal, casual & sport shoes. Boleh belikan satu untuk Fateh nanti especially kasut boot tu nampak bergaya kalau Fateh pakai.



MP Kids - School selain itu ada jual kasut sekolah juga tau kat Hypershoe ni. Harga semua berpatutan.


So apa tunggu lagi korang...jom singgah Hypershoe KIP Mall Bandar Baru Bangi yang beralamat di:

Lot M-02, M-03, M-04,M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, 
Bandr Baru Bangi, 43650 Selangor.

Untuk pengetahauan anda ada 32 cawangan kedai kasut Hypershoe ni tau dan ianya telah lama beroperasi sejak dari tahun 1996 lagi. Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh layari;








Sunday, October 22, 2017

Cenderahati Reka Sendiri Hanya di - Printcious.com

Hadiah! Ia sesuatu yang selalu kita fikirkan apabila tibanya hari istimewa orang-orang yang kita sayang. Tetapi, memilih jenis-jenis hadiah itu sendiri bukanlah sesuatu hal yang mudah. Kena pula cari hadiah yang sesuai dengan karekter si penerima juga. Kalau hadiah untuk lelaki lain, untuk perempuan lain begitu juga untuk si kecil. Ah...sungguh berserabut bila memikirkan hal ini bukan.

Selain itu, faktor masa juga menjadi penyebab utama untuk keluar memilih dan membeli hadiah. Belum tentu ada yang berkenan dihati nanti.

Printicious.com - Precious Gifts From Your Heart Printcious.com merupakan satu aplikasi di laman web yang mengeluarkan produk-produk hadiah atau cenderahati  secara D.I.Y khas untuk anda menonjolkan bakat kreativiti hasil kerja korang sendiri, wow...bestnya. Kalau bab-bab custom design sendiri ni memang menjadi kesukaan Asha tau. Rasa lebih bermakna  jika hadiah yang bakal diberikan pada yang tersayang nanti adalah hasil kerja tangan kita sendiri tau.

Di Printcious.com ini ada pelbagai jenis hadiah yang korang boleh design tidak kira apa-apa acara  sekalipun bermula dari hadiah untuk Harijadi, korang juga boleh custom hadiah untuk Hari Perkahwinan, Graduasi, Pertunanangan, Hadiah untuk bayi baru lahir, Hari Ibu, Hari Bapa, cenderahati untuk hari reunion pun boleh juga tau. Ha...kebetulan pula memang Asha sedang mencari hadiah yang sesuai untuk tukar-tukar hadiah pada hari reunion nanti.


Antara pilihan 'Personalized  Gifts' di Printcious.com

Ada T-shirt, Mug, Magic Mug, Bantal, Ceramic, Puzzle, Mousepads, Baby Rompers dan banyak lagi.


Jika korang memilih bantal untuk dijadikan sebagai hadiah kat atas ini ada beberapa jenis warna dan design BANTAL yang korang boleh design sendiri. Boleh letak foto sendiri or foto orang yang kita nak surprise tu nanti.


Kalau korang nak bagi hadiah lain dari yang lain Asha syorkan hadiah Magic Mug ini. Mesti seronok orang yang dapat hadiah macamni.

Bagaimana Untuk Membuat Tempahan?

Langkah 1 - Pergi ke laman Web Printcious.com (https://www.printcious.com/my).
Langkah 2 - Daftar masuk - Sekiranya anda belum pernah mendaftar sila isi form seperti diatas. Nak lebih mudah anda boleh daftar menggunakan akaun Facebook sahaja.


Langkah 3 - Pilih kategori hadiah atau cenderahati.


Langkah 4 - Sebagai contoh Asha memilih Magic Mugs untuk dijadikan cenderahati pada hari reunion nanti.


Langkah 5 - Klik pada 'customize your own Mugs here'



Langkah 6 - Mulakan kreativiti anda dengan menggunakan 'customisation tool' yang disediakan. Mudah sahaja.


Pilih warna mug kegemaran anda samada warna hitam, merah atau ungu. Kemudian klik 'Start Designing >>' 


Pilih foto dan warna latar magic mug anda. Asha memilih warna putih untuk latar belakang mug. Ia akan memberikan kesan perubahan yang ketara pada mug anda lagi-lagi bila anda menuang air panas atau sejuk nanti.


Siap. Lepas tu boleh 'Add to Cart' dan buat pembayaran secara online. Mudah bukan?


Untuk keterangan lanjut;
Layari Laman Web: https://www.printcious.com/my







Wednesday, October 18, 2017

Sepetang di Taman Tasik Cempaka Bangi.

Hari cuti Deepavali tak tahu nak kemana so bawa Fateh beriadah disini sahaja. Ngam-ngam sampai kat sini pukul 5 petang hujan turun selebat-lebatnya. Penyudahnya pergi Bangi Gateway dulu cuci2 mata, tak pasal-pasal ummi Fateh tershoping baju dan kerongsang pula hahaha. Tu la abah Fateh dengki, ummi ajak pi Sunway Velocity tak mau katanya asyik pergi mall aje. Eleh...haritu tu 2 kali pergi mall pun sebab ummi ada kerja nak buat.

Elok je hujan berhenti kami patah balik ke Tasik Cempaka. Nasib baik cuaca dah ok walaupun keaadaan permukaan tanah dan rumput basah sikit tapi takpelah asalkan Fateh dapat berlari-lari kat sini.

Fateh memang suka berjalan, 2km kot Fateh berjalan tanpa henti. Adoi...umminya pula yg rasa letih sengal-sengal peha akibat dah lama tak jogging.

Puas hati dapat berlari-lari kat taman.

Ummi nak amik gambar dia pun susah, laju juga dia lari.

Setakat ni aje ye abah dan ummi bawa Fateh beriadah. Next month abah dan ummi spend time lebih lagi yek, Insyaallah kita pi holiday nanti. Kesian anak ummi ni...abah dgn ummi terlalu sibuk dgn urusan kerja. Ni pun ummi cuba siapkan kerja-kerja part time ummi yang tertangguh. Alhamdulillah banyak yg dah setel. Ummi nak kumpul duit utk kita holiday nanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...