Wednesday, September 27, 2017

GINTELL Hi5 Rental Plan - De´Vano SL ROSEmantic Sofa


Baru-baru ini Asha berpeluang merasai kerusi urut GINTELL di outlet Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Outlet yang terletak di aras 1 ini tidak sukar untuk mencarinya. Asha tiba dilokasi sekitar pukul 12.30 pagi dan telah diberi layanan yang mesra oleh salah seorang kakitangan khidmat pelanggan yang bertugas pada hari tersebut. 

Asha berasa sangat teruja kerana ada pelbagai jenis kerusi urut disini, membuatkan Asha rasa macam nak cuba semua sahaja lebih-lebih lagi bila Asha dapat tahu GINTELL ada menawarkan satu pelan sewa kerusi urut pada harga serendah RM88 sebulan sahaja tau. Wow! Macam tak percaya.

Untuk pengetahuan anda, kini GINTELL telah menawarkan satu pelan sewaan kerusi urut yang mampu dimiliki oleh semua golongan tidak kira yang berpendapatan rendah mahupun golongan yang berpendapatan tinggi.

Pelan sewaan yang dinamakan GINTELL Hi5 ini telah diwujudkan bagi menangkis kefahaman masyarakat bahawa produk kerusi urut ini adalah barangan wewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi sahaja.

Oleh itu, GINTELL telah mengeluarkan satu  pelan sewaan yang mudah, tanpa memerlukan kad kredit, semua orang layak memiliki kerusi urut mewah ini. Setiap rumah harus ada satu kerusi urut ni tau.



Pelan Sewa GINTELL Hi5 - MENGAPA PERLU BELI JIKA ANDA BOLEH SEWA?

Membeli sesuatu produk itu bererti anda telah memilikinya, ramai pengguna berusaha untuk mencapai hasrat tersebut. Dengan kadar faedah yang sama, pengguna kini boleh menyewa kerusi urut GINTELL yang mewah pada harga yang berpatutan serendah RM88 sahaja sebulan. Mengapa perlu SEWA? Kelebihan yang pasti semua kos akan ditanggung oleh pihak GINTELL. Dengan adanya jaminan tambahan, mutu perkhidmatan, dan penyelenggaraan anda layak untuk memiliki kerusi urut ini, jadi mengapa harus membeli pada harga yang mahal sedangkan anda boleh menikmati pelbagai faedah dengan hanya MENYEWA sahaja.


KELEBIHAN GINTELL Hi5 Rental Plan































Pelan Sewa GINTELL Hi5 - 5 Langkah Mudah untuk Memohon:


  1. Alami Sendiri Produk - Lawati mana-mana outlet GINTELL dan alami dan rasai sendiri kerusi urut ini.
  2. Pilih Produk Idaman Anda - Pelanggan bebas memilih jenis kerusi urut yang bersesuaian dengan taraf kesihatan anda.
  3. Borang Permohonan - Isikan maklumat diri anda yang diperlukan selengkapnya seperti Cth: butir-butir diri dan lain-lain.
  4. Penyerahan Dokumen Sokongan - Hantar dokumen yang telah diisi selengkapnya sepeti Cth: salinan IC, kad kredit/debit dan lain-lain.
  5. Tunggu Penghantaran Produk - Menanti penghantaran kerusi urut anda secara percuma tiba di depan pintu rumah.


GINTELL De´Vano SL ROSEmantic Sofa



Sempat juga Asha merasai salah satu produk kerusi urut dari GINTELL ini iaitu De´Vano
 SL ROSEmantic Sofa. Sesuai dengan nama yang diberikan, kerusi urut ini memberi urutan yang sangat lembut dan selesa. Kadangkala rasa nak tertidur pula dibuatnya lebih-lebih lagi bila Asha dapat tahu kerusi urut model seperti diatas ini mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti mempunyai speaker bunyi yang boleh dihubungkan dengan telefon bimbit, tab dan lain-lain gadget anda melalui  port usb yang disediakan pada alat kawalan auto/manual pada sisi kanan sofa. Menarik bukan, sambil berurut anda boleh menikmati muzik kegemaran anda dengan tenang.  Selain itu, De´Vano
 SL ROSEmantik ini juga sangat bersesuaian untuk mereka yang mengalami masalah slip disk serta golongan warga emas kerana rekaan alat kawalannya yang mesra pengguna.


Ciri-Ciri dan Kelebihan GINTELL De´Vano SL ROSEmantic Sofa;


  • QUAD Rolling Grasp - Dua gabungan ini berfungsi untuk mngendurkan dan melegakan lenguh-lenguh pada bahu dan leher anda yang tegang. Tambahan, urutan pemanasan juga turut memberi rawatan khas sama seperti terapi urut batu panas yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah.

  • Titan SL-Hand Massage - Dengan set bebola urut yang panjangnya sehingga 30cm boleh melakukan 3 jenis urutan tambahan iaitu mengetuk, menguli dan mengetuk secara serentak.

  • Pembentukan Punggung & Pembetulan Tulang Pelvis - Dua lapisan yang terbentuk dalam beg udara pada kerusi urut ini bertujuan untuk memberi urutan berayun pada punggung anda bagi membentuk dan membetulkan kedudukan garis pinggang serta meregangkan otot. Kedudukan tulang pelvis secara langsung mempengaruhi bagaimana tulang belakang dan kaki anda bergerak dalam kehidupan seharian. Fungsi ini direka khas untuk meningkatkan penjajaran tulang pelvik anda dengan sistem urut tekanan udara. Ia membantu merangsang peredaran darah, detoksifikasi badan, menguatkan otot dan mengekalkan bentuk semula jadi "S" badan.

GINTELL De´Vano SL
Model No: GT9011
Power: 60W
Berat: anggaran 31kg
Dimensi: kira-kira 107cm x 73.5cm x94cm
Warna: Ungu Diamond

Sesuai untuk anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat, GINTELL Hi5 Rental Plan menawarkan promosi ke atas beberapa produk kerusi/sofa urut yang lain seperti berikut;



De´Vano S - RM88/mth



De´Vano SL - RM108/mth

De´Vano SV - RM128/mth

De´Wise Care - RM218/mth

De´Space Moon - RM288/mth


De'Space UFO - RM388/mth


HADIAH PERCUMA Eksklusif sedang menanti jika anda mendaftar sekarang! Cepat daftar segera kerana STOK adalah terhad!

#GINTELLMalaysia #GINTELLHi5RentalPlan

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari:

GINTELL Website



5 comments:

yoorin melacolea said...

Best tu sha letak sebijik kat rumah... nak suruh org buat brlum tentu.. ada kerusi urut mcm ni senan hidup.,😅

Asha Raimi said...

Ye la kan. Selalu berebut dgn asben yg kerusi urut masuk duit tu hahaha.

Mimi Azirah said...

Ada satu dekat rumah memang best kan. Rupanya yg sy nampak kat Gintell tu Asha...X cam pun sbb dekat blog nampak lain

Asha Raimi said...

Mimi ada jgk ke time tu eh awok tak perasan kita. Mmg best kalau betul2 dpt kerusi urut ni kat rumah.

Azlinda Azman said...

sedap ni kalau dapat 1..hilang penat !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...