Wednesday, July 5, 2017

Hari Raya Aidilfitri Cara Kami

Assalamualaikum semua, sudah seminggu kita berhari raya dan suasana itu masih lagi terasa kan. Belum terlambat lagi kiranya Asha nak ucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf sekiranya selama Asha jadi blogger ni ada mengguris hati rakan-rakan blogger atau pembaca dengan penulisan kita tanpa disedari. 

Berbalik kepada 'Hari Raya Aidilfitri Cara Kami', tahun ni kami sambut raya sebelah family Asha. Setelah berkahwin ni kalau turn balik kg Asha memang balik rumah parents kat kg Semenyih dulu, tapi memandangkan sekarang ni Asha dah tinggal di Semenyih(sebelah rumah parents je) so macam tak best pula takde feeling suasana nak balik kg tu kan. Makanya Asha sendiri yg menyuarakan hasrat nak balik beraya kg abah di Klang. 

Sambutan hari raya disebelah abah kita ni memang meriah,  malam raya je memang akan ada aktiviti bacaan tahlil dan takbir raya beramai-ramai bersama ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat. 


1 Syawal

Selepas sembahyang raya kami berfoto kenangan dulu. Kalau korang nak tahu sebenarnya ini adalah kali pertama seumur hidup kami tema baju raya sedondon tau. Idea mama la ni teringin nak sedondon. Selalunya tema warna-warni. Bukan mudah ye nak cari baju raya warna Olive Green ni, itupun asal warna dekat-dekat je cari tu. Paling sadis cari baju raya sendiri, setengah hari kat Bangi Sentral tu cari dgn mama, itupun beli seminggu sebelum puasa. Pada asalnya nak warna hijau lain, bila dah jumpa size ada satu je size yg muat, dah la sama size dgn mama kalau tidak dah berkebarung kami di pagi raya. Sebelum tu ada jumpa jubah dress yg cantik ala kebaya tapi design jahitannya tak kena, zip side tepi baju takde, bila dah sarung susah pula nak buka sebab jubahnya jenis cutiing fashion kebaya yg sepatutnya mesti ada zip tepi. Lastly pergi butik Lara Nour mujur dah ada keluar koleksi raya, kami pun dah malas nak fikir design apa yg up to date sbb masa tu dah lapar sgt so grab je apa yg ada RM170++ gak harganya sepasang, mujur ikut bajet below 200$.

Selepas itu, kami menunggu sanak saudara yg lain termasuklah adik beradik abah, menantu, cucu dan cicit Hajah Sariah dtg berkumpul dirumah nenek kami bersalam-salaman dan acara pemberian duit raya terlebih dahulu. Lepas tu baru baraan hari raya satu family besar Hajah Sariah, itupun tak semua yang ada tu. Kalau tak mau tuan rumah kena pasang penanggah. 

Dapat beraya rumah adik beradik abah je, bermula dari rumah depan(rumah nenek) sampai la rumah yg paling belakang. Boleh dikatakan 90% adik beradik abah buat rumah kat tanah lot masing-masing. Abah kita je tercampak kat Semenyih ala tak jauh pun dekat je. 

Sebelum tu kami beraya rumah nenek sedara a.k.a adik ipar nenek dulu, rumahnya berhadapan rumah nenek je. Kemudian sambung beraya rumah pakcik dan makcik yg lain. Part yg paling meriah tradisi bakar mercun ala Gong Xi Fa Choi(foto sebelah kanan atas)  tetap diteruskan oleh anak-anak saudara abah yg lain setelah abah kita pencen bab-bab bako mercun ni, ha...dia la orgnya yg mencetuskan acara bakar mercun Gong Xi Fa Choi nih. Fateh la yg paling seronok tgk mercun, sampai la skrg ni kalau dgr bunyi mercun je dia pun buat bunyi mercun 'poom'.

Sempat la bergambar kat dinding luar rumah mak cik kita ni, lawo pulak warna oren ni memang ngam warnanya dan sesuai jd backdrop utk bergambar hihiii. Baju yg kita pakai ni dari Lara Nour Fashion & Instant Shawl Daisy Loose Style pula dari Asha Raimi Collectiong

Oh ya, gambar menu raya je tiada sbb lupa nak snap. Memandangkan abah Asha ni orang jawa so menunya opkos la style jawa, kalau menu melayu yg biasa kita ada ketupat, lemang & rendang atau ayam masak merah tp org jawa menunya mesti ada lontong, kuah kacang, kuah lodeh dan ayam masak kicap. Kalau nak extra lagi ada sambal gelodok atau sambal goreng.


Ni la rupa lontong jawa tu, nasib baik ada simpan lagi foto iklan ni. Actually abah kita ada buat business lontong ni, kalau ada yg nak rasa boleh la order utk raya Haji ni. Tapi kita nak inform awal- awal yek harga dan promosi yg tertera di atas mungkin dah berubah, foto yg atas ni iklan tahun lepas punya. Apa-apa pertanyaan dan order boleh contact/wasap En. Raimi 013-3028860 utk tempahan awal.


2 Syawal

Masih lagi berhari raya di side kita. 2nd day raya pergi beraya rumah Mak Teh di Tanjung Keling, Melaka kebetulan nenek pun dah tinggal disana. Bertolak dari rumah pukul 11 pagi sampainya sedikit lewat sbb jln raya arah ke selatan jem. Petang sikit singgah raya rumah pak cik pula di Taman Cheng, Melaka. 

Fateh bergambar dgn nek ma kat rumah nenek Teh.

Kat rumah Mak Teh kami dihidangkan nasi berlauk dan laksa. Raya rumah pakcik pula kami dihidangkan pelbagai jenis mee goreng, mama kita ckp mee kecik mee beso. Ada bihun, mee kuning dan kueh teow goreng, kita punya favourite sudah semestinya bihun. Wife pak cik kita ni kalau masak mmg sdp je wapaupun simple. Selain mee mesi ada kek, mak cik kita ni mmg suka buat kek. Kalau mee dihidangkan pelbagai jenis so begitu juga kek, paling sodap cheese kek coklat, banyak betul kita makan.

Pukul 6pm kami bergerak pulang ke Semenyih, macam biasa jln jem sgt. Tiba dirumah dalam pukul 9pm terus bersiap-siap nak balik kg suami di Perak pula. Pakaian nasib baik kita dah packing siap-siap. Sempat la baring-baring kejap lepas makan ubat sebab kita sakit kepala sangat-sangat masa tu. Bergerak ke Perak pukul 11 malam.

3 Syawal

Pagi memang tak kemana-mana sebab demam dah menyerang kita pagi tu huhuhuu. Tidur je la sampai ke petang sbb tak larat. Start beraya pun malam ke rumah mak cik asben belah mak mertua di kg Layang. Tu pun kejap sbb kepala dah tintong, demam menyerang kembali.

Esoknya dah pulih sikit demam baru beraya ke rumah Opah di kg Gopeng. Kalau belah Perak menu raya yg popular sudah tentu lemang dgn rendang tok, lain-lain menu yg mesti ada pada hari raya pertama sampai raya ke tiga dan seterusnya adalah Laksa. Kalau belah Asha menu laksa start raya ke-4 tu pun selepas semua org dah muak mkn ketupat dan rendang. Kalau ada ketupat, lontong or nasi impit yg lebih biasanya mama kita suka buat sambal ikan bilis goreng garing dgn kuah lodeh, tambah pula telur goreng mata pergh...sodap. Menu rendang mmg off dulu la time tu.

Petang sikit lepas lepak-lepak raya rumah Opah di Gopeng singgah beraya rumah sedara mak mertua di Ipoh. Sempat ler berfoto kenangan disini. 

4 Syawal

Pagi-pagi tolong mak siapkan breakfast lepas tu tak kemana-mana pun, rest kejap tengahari pukul 2pm pergi zoo Taiping. Dari Seri Iskandar ke Taiping 2 jam juga nak sampai, macam dari Semenyih nak ke Zoo Melaka jauhnya. Pukul 4 baru tiba di zoo, memang sedang elok la cuacanya tak panas dah.


Time ni Fateh dah start meragam sebenarnya sbb bosan duduk lama-lama dalam kereta. Suruh Fateh duduk atas buaya tu nak bergambar nasib baik elok pula mood dia. Lepas dah beli tiket kami masuk ke dalam zoo, binatang pertama yg kami tengok orang hutan dan cipanzi. Tak tau la kenapa time ni beruk-beruk kat sini hyper aktif mcm beruk, adui...dah nama pun beruk kan hihihi. Tgk beruang, mula-mula tidur je, lepas kita panggil dia dtg dok hidu-hidu jari kita ada bau manis-manis kot kebetulan kita ada mkn pop corn sebelum tu tak pun perfume yg kita pakai masatu ada bauan jenis sweet kot udah duduk tepi pagar je beruang tu. Hulur jari dia pi jilatnya euw...lg lama kita stay situ lagi lama la hidungnya kembang kuncup cari makanan yg manis-manis. Lenkali kena bawak madu utk dia hihii.


Pasal beruk tu kalau tak percaya korang boleh tgk video ni. Time ni beruk tu tgh marah-marah kat sorang brader ni entah kenapa ntah dia igt spesis dia jugak kot beruk jantan mcm dia tu rasa tercabar siap baling-baling ranting. Fateh pun ada berdiri dekat dgn brader tu siap buat bunyi beruk juga adeh...anak ummi ni, tak sempat nak rakam aksi Fateh sbb sibuk rakam beruk ni. Maaf ye kalau ada dgr perkataan kurang sopan dari pengunjung lain dalam video ni. Harap korang mute aje.


Kat dalam ni Fateh sibuk nak bebas berjalan sendiri je tapi masalhnya zoo sini tak sama macam zoo negara laluan pejalan kakinya kurang lebar dan luas so kena share dgn trem keretapi pula. Jadi asyik nak kena pegang Fateh dan Fateh pula ralik bila tgk trem lalu depan dia. Penyudahnya tak sibuk nak tgk binatang tapi sibuk tgk trem. Tapi elok juga zoo taiping ni tak besar macam zoo negara, penat nak jalan so berbaloi la harga tiket 17$ aje utk seorang dewasa. Bila dah jalan sampai penghujung zoo minta asben beli tiket trem, kesian pulak tgk anak bujang kami ni teringin nak naik trem, asyik tunjuk trem yg lalu tu je jadi kita bg dia naik. Seronok sgt dia, terus diam, nak ambil foto pun muka serious je pandang depan sbb terlampau syok menikmati keseronokan naik trem agaknya hihii. Last stop kat Gajah Fateh tak leh nak move on trem dia tu asyik tgk roda trem aje. Hai la Fateh...next time ummi bwk naik MRT la yek. 

Sebelum pulang kami makan dulu di kedai apa ntah tak igt nama pula, kira makan tengahari sebenarnya. Menu pun banyak dah takde, jadi kami order nasi ayam hainan sbb dah lapar nasi sesangat. Rasa pun erm..sesuai la utk org yg berdiet sbb tawar aje rasa tp boleh la telan sbb dah lapar sgt.

9 Syawal

Dah pulang ke Semenyih mama pula sibuk nak beraya kerumah kami, padahal sebelah rumah aje pun nak dtg beraya juga. Kalau dah kata nak datang beraya tu sah-sah mama suruh kita masak-masak. Dengan kudrat 4 kerat ni berkelentang kelentung la kat dapur sorang-sorang siapkan menu. Mencabar betul, dari pukul 2pm start masak dan siapnya pukul 7pm. Sampai gas habis la masa merendang tu, ngam-ngam rebus ketupat gas habis terus. Sadis sgt, terpaksa pinjam gas mama. Nak masak guna multicooker aje tak cukup masa dah, banyak lagi mknn lain nak kena masak masa tu.

Maka terhasillah menu rendang ayam makan dgn nasi impit. Pecal makan dgn mee kuning ala-ala rojak mee dan boleh juga jadi kuah kacang makan dengan nasi impit. Nasib baik beli stok pecal segera banyak-banyak, tinggal tambah air je dah siap dan sedap. Last minit tgk menu macam xde dessert terus teringat jagung dalam peti ais terus keluarkan dan masak bubur jagung pakai multicooker. Minuman Asha hidang air gas Sarsi aje. Kuih raya ada 4 jenis semua buat sendiri tau, ada kuih cornflakes madu, biskut sirap bandung, biskut ulat viral dan biskut coklat rangup. Jadila...kalau ada asben ni selalu dia belikan sate tambah menu. Next time besday Fateh buat meriah sikit lg menunya.

Ada sapa-sapa nak datang rumah boleh inform awal- awal tau, boleh la kita masak apa-apa yg patut.


"Selamat Hari Raya"

1 comment:

zeera lily said...

sedapnya lauk pauk raya... raya cara kami belum sempat lagi nak bergambar 1 family.. masing-masing suka hilang dipagi raya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...