Sunday, June 18, 2017

Biskut Larva | RESIPI


Bahan-bahan;
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2/4 atau 1/2(setengah) cawan susu pekat
  • 1 cawan butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Coklat cip untuk hiasan
*Adunan ini cukup untuk setengah balang bekas kuih raya aje tau. Anda boleh tambah adunan sendiri.

Cara-caranya;
  1. Satukan butter dan dan susu pekat. Kacau sehingga seabati, nak pakai sudip kayu ke, spatula ke atau whisker pun boleh tak pyh guna mixer.
  2. Masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung, uli sampai jadi doh. Pastikan adunan tidak melekat pada tangan, jika melekat boleh tambah tepung jagung lagi tapi make sure sedikit demi sedikit. 
  4. Sementara menguli doh oven haruslah dipanaskan terlebih dahulu.
  5. Jangan lupa alas tray dgn baking paper atau sapu butter supaya adunan tidak melekat.
  6. Uli dan gentel kecil-kecil doh dan bentukkannya menjadi ulat larva. 
  7. Hiaskan dgn coklat cip.
  8. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit. (Suhu bergantung kepada jenis atau size oven masing-masing).


Tips untuk buat garisan larva anda boleh la gunakan garfu dessert spt diatas. Lain-lain tips, anda boleh hiaskan biskut larva anda dgn gula ising diatasnya atau taburkan coklat rice untuk lebih menarik. Nak lebih menarik lagi boleh letak pewarna merah atau hijau semasa membancuh adunan. Ikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.


3 comments:

Henry Tan said...

larva??? where's butterfly? haha thanks for the recipe tho!

Is Blogger Underappreciated?

nieja said...

rajinnya sha ko buat cookies.. aku cookies la plg malas hahaa

Asha Raimi said...

Setahun sekali je rajin aku ni hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...