Friday, May 26, 2017

Cendol Bakar


Dua hari lepas mama ajak Asha makan cendol kat Teras Jernang Bangi lama. Mama panggil Teras Jernang tu Rejenang hihihii asal boleh je nak short form nama tempat or nama orang. Mula-mula Asha igt cendol biasa-biasa je yg biasa org meniaga pakai lori van tu. Kita pun layankan je la katanya mengidam nak makan sebelum puasa. 

Nak sampai ke tempat ni memang takkan perasan pun lokasi kedainya dan mmg tak tahu pun ada kedai ni. Kalau lalu jln Bangi lama dari Semenyih selepas traffic light masuk simpang kiri. Selepas jambatan ada lorong kiri ha...dalam tu la lokasinya. Kalau org yg tak pernah atau tak biasa dgn area Bangi lama memang akan sesat dan tak jumpa kedainya.

Disini nak order tak perlu susah-susah tgk menu di dinding atau tggu pelayan makanan bagi menu. Menunya memang da terlekat siap-siap atas meja. Ada pelbagai jenis cendol kalau anda lihat dalam menu atas ni. Selain cendol bakar ada menu-menu makanan ringan seperti Kuih Udang, Mee Kari, Sate Kebab dan Laksa juga. Memang kombinasi yg sangat sgt sesuai utk minum petang.


Menu yg atas ni boleh dikatakan menu cendol yang baru - Cendol Bakar Durian Udang Merah, tgk harga pun terbakar purse nak byr hahaha.

Asha order Cendol Bakar Durian. Yang atasnya mcm ice cream tu la duriannya. Tapi yg paste je kurang mengancam sikit rasanya. Before ni diorang pakai durian yg original seperti dibawah ni;

Yang original lagi sdp sebenarnya. Pernah makan kat salah satu cafe di Bandar Baru Bangi.

Mama kita pula order Cendol kacang, so kacang merah la lebihnya.


Abah kita pula order Cendol Bakar Jagung, memang melimpah la krim jagungnya.

Makanan pula kami order kuih udang set B utk makan 3-4 org tp rasanya 2 orang je ni mana cukup. Dalam set ni ada kuih udang, crab stick, tauhu, hot dog dan sepatutnya ada tempe tapi dah habis. Rasanya ok la tp tak sesedap kuih udang yg popular kat pekan Semenyih.

Dari segi rasa Asha bagi 3.5/5 bintang saje sbb pernah rasa yg lagi sdp baik cendol mahupun kuih udang. Tapi if uolls nak cuba boleh saja try datang sini, lain orang lain citarasanya. Mungkin branch ditmpt lain lg sdp kot rasanya.

Korang boleh follow FB Cendol Bakar atau Website utk mengetahui di mana lokasi branch Cendol Bakar Auntie Sue.


4 comments:

zeera lily said...

blogwalking sini.. jemput singgat follow sy =)

Asha Raimi said...

Thanks sudi blogwalking blog kita :)

siti norizan said...

Wah sedapnya ..tapi jauhnya nak pergi..hehe

Asha Raimi said...

Ada cawangan tmpt lain lg sis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...