Thursday, March 9, 2017

Gadget & Apps Review | MOLPay Mobile XDK Payment on Pixajoy Mobile App.

Assalamualaikum  readers…kali ini Asha nak share mengenai satu aplikasi mudah untuk mencetak foto kenangan dari telefon dengan menggunakan aplikasi Pixajoy terus dari telefon mudah alih serta membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi MOLPay Mobile XDK Payment on Pixajoy Mobile Apps.
Sebelum ini Asha mencetak foto-foto kenangan terus melalui komputer riba. Tetapi, dengan adanya aplikasi dari telefon mudah alih ini ia menjadikan kerja Asha lebih mudah kerana Asha tidak perlu lagi memindahkan semua foto-foto kenangan dari telefon mudah alih ke komputer riba semata-mata hanya mahu mencetak foto di laman web Pixajoy.
Hanya dengan beberapa langkah yang mudah anda boleh terus ‘install’ aplikasi Pixajoy terus ke telefon mudah alih anda.
Muat turun Pixajoy Apps di Google Play Store:

Kemudian ikuti 17 langkah-langkah mudah seperti berikut;

Ini adalah paparan muka hadapan aplikasi Pixajoy.

Langkah 1 – Pilih ‘Create New’

Langkah 2 – pilih jenis buku foto anda, sebagai contoh: Asha telah memilih ‘Mini Softcover Photobook’

Langkah 3 – pilih template design buku foto anda. CONTOH: ‘Insta Funs’

Langkah 4 – Klik ‘Start Project’ pada template yang telah dipilih.

Langkah 5 – pilih foto-foto kenangan anda seberapa banyak yang mungkin pada fail simpanan sekaligus.

Langkah 6 – Kesemua foto-foto yang telah dipilih akan dimuatnaik pada template design buku foto anda.

Langkah 7 – Edit foto dan teks mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 - Setelah selesai memuat naik foto, sila klik pada ikon ‘trolly’ pada sebelah kanan atas skrin telefon mudah alih anda untuk mencetak sekaligus membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi MOLPay Mobile XDK Payment on Pixajoy Mobile App.

Langkah 9 – pilih jenis kertas cetakan buku foto anda.

Langkah 10 – isikan butiran penghantaran buku foto anda dengan selengkapnya.

Langkah 11 – pilih jenis penghantaran kurier

Langkah 12 – masukkan kod baucer pembelian anda dengan klik pada ‘Replace Voucher’ (jika ada). 

Langkah 13 – masukkan kod baucer anda(jika ada)

Langkah 14 – Jika tiada kod baucer anda boleh terus membuat pembayaran dengan memilih kaedah pembayaran perbankan secara talian seperti ‘screenshot’ di atas.

Langkah 15 – Klik pada butang ‘PROCEED’ untuk meneruskan pembayaran.

Langkah 16 – Klik butang ‘Pay by Maybank2u’

Langkah terakhir – masukkan kata laluan dan kata kunci perbankan online anda dan selesai.
Mudah kan?, dengan adanya aplikasi Pixajoy dan MOLPay Mobile XDK Payment on Pixajoy Mobile App ni anda boleh mencetak foto dan membuat pembayaran secara talian pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Sila layari laman web Pixajoy dan muat turun aplikasi ini di:  https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.pixajoy&hl=en dan layari MOLPay Mobile XDK Payment Website di: https://goo.gl/ku3tWQ untuk maklumat lanjut.

Ganjaran untuk pembaca:
Kod diskaun – DAPHOTOBOOK
Nikmati photobook hanya RM4.90 berbanding harga asal RM69
Kod diskaun tidak termasuk kos peghantaran.
Kod baucer sah sehingga 30 September 2017.
Hanya sah untuk Mini Softcover 6” x 6” Photobook, 36 muka surat sahaja.
Kos penghantaran: RM8 untuk Semenanjung Malaysia, RM10 untuk Sabah & Sarawak, Singapura RM24(tertakluk kepada 6%GST).
Hanya sah untuk satu (1) pembelian photobook bagi setiap akaun.

Nikmati cetakan foto-foto kenangan anda bersama Pixajoy serta nikmati kemudahan  pembayaran secara atas talian dengan MOLPay Mobile XDK Payment on Pixajoy Mobile Apps dimana-mana sahaja pada bila-bila masa.


Sunday, March 5, 2017

Mossy Forest Gunung Brinchang, Cameron Highland


Assalamualaikum readers...Isnin yg lalu Asha dan family kecilku pergi bercuti di Cameron Highlands. Sebelum tu kami pulang ke kampung suami kat Perak dulu 3hari so sempat juga la jalan-jalan area Ipoh dulu - Gunung Lang & Laksa Telur Sarang

Bertolak dari rumah mertua ke Cameron Highland around pukul 2pm juga lepas solat zohor. Sampai kat atas tu dalam pukul 4.30pm. Kami stay kat CASA LOMA yg terletak di Bungalow Green Hill Resort, Tanah Rata. Facilities yg ada disini macam biasa la ada TV, WiFi, Hot water Shower, Tea & Coffee making, Private Balcony, dan ada Daily songbird wake up call - yg ni mati-mati Asha igt bunyi burung original tau huhuu. Balcony nya memang luas facing forest gitu, bila solat kat ruang balcony tu rasa tenang dan damai je, dgr bunyi angin bertiup kat daun-daun pokok je tp bila larut malam rs macam angker pulak duduk kat balcony tu huhuu, sunyi sepi je. Nak-nak lagi kami je yg stay kat situ tak de guest lain.




Bilik mandinya kalau nak mandi boleh buka tirai tau, kira mandi sambil menikmati suasana alam flora gitu. Suasana luar bilik pula memang cantik, ada garden.





























Suasana dalam bilik pula boleh kira selesa la boleh buka tirai tgk suasana luar. Boleh dikatakan Asha banyak habiskan masa di luar balcony siapkan kerja yg client bagi selepas pulang dari bersiar-siar huhuuu bercuti pun kena buat kerja juga tau. Rate satu malam around RM200++ berbaloi dengan ketenangan dan keselesaan yg kami dapat.

   Keesokan harinya kami sarapan nasi lemak sambal strawberi di Abang Steamboat & Grill. Sarapan pagi kat sini tak ramai orang, boleh dikatakan kami je yg sarapan pagi kat sini pada hari tersebut. Mungkin sebab hari biasa kot bukan time cuti sekolah tu takde org sangat. Nasi lemak yg kami makan ni ada dua sambal diorang bagi, satu sambal tumis nasi lemak yg biasa tu dan satu lagi sambal ikan masin strawberi. 

Selepas itu kami meneruskan aktiviti pertama kami ke Kebun Strawberi di Taman Agro Tourism. Kat sini memang popular ice cream strawberinya.

Kebun kat Taman Agro Tourism ni nampak kemas sikit kebunnya, tersusun je tanamannya. Nampak cantik.

Kat sini kami berpeluang petik strawberi sendiri tapi dikenakan bayaran, kami kena bayar deposit RM50 utk sekilo, lepas kami dah petik tu kami pi timbang semula dapat RM35 je tak sampai sekilo pun rupanya. Ingat petik-petik sampai penuh bakul plastik yg diberikan tu dapat la sampai sekilo. Merasa la Fateh petik strawberi sendiri.

Aktiviti seterusnya kami menuju ke Mossy Forest. On the way nak naik ke atas tu sempat la ambil foto dan nikmati pemandangan indah kebun teh Boh Sg Palas. Sebelum tu suami ada tanya nak singgah ke kebun teh Boh dulu ke. Asha ckp tak payah la balik nanti kot sbb tgk byk kereta keluar masuk ke situ, dah tu jln satu hala tu je.

   Sampai kat atas ni lebih kurang 30minit juga la, mencabar sgt jlnnya, paling mencabar bila bertembung dgn kereta lain dari arah berlainan, nak ketepi sikit pun susah sbb jalan kecil dan sebelah gaung pula tu. Ngam-ngam sampai atas tu Fateh pun bangun dari tidur so buatkan dia susu dulu dan tukarkan pampers. 

Suasana kat atas ni sejuk sgt-sgt. Rasa muka kena titisan air embun je, igtkan air hujan renyai-renyai tapi rupa-rupanya bukan. Jalan nak naik kat atas ni memang berkabus sgt, rasa seram pun ada, teringat movie mistik dan fantasi seperti Maleficent & Hobbit pula.

Nampak signboard kecil atas tu, penanda sempadan Perak & Pahang.

Ketinggian gunung Brinchang ni dalam 2000m dari aras laut. Lepas tu kalau nak hiking ke Gunung Irau lagi 110meter depan sikit, jalannya ikut laluan yg disediakan tapi sampai mana tak pasti la sebab kami stop sampai tengah-tengah je. Nak teruskan tak sesuai sbb bawa anak kecil, takut masuk gaung pulak.



Seriously memang cantik sgt pemandangan disini.

Nampak tak ada pucuk paku, tak boleh petik tau dilarang sama sekali, kalau boleh da lama Asha petik buat masak lemak cili apai hihihii. Mesti rasanya lebih sdp sbb tumbuh pada kawasan hutan yg sejuk dan tinggi.

Memang sejuk mata memandang bila masuk hutan ni. Cantik sgt-sgt.


Sempat juga ambil video view kat atas ni.



On the way pulang, snap lagi foto suasana kebun teh. Memang betul-betul mendamaikan suasana begini. Kalau ada duit byk memang nak beli je tanah kat Cameron ni buat rumah dan resort.

Sampai je bilik rest kejap, solat lps tu makan tengahari kat balcony bilik je, kami beli mknn bungkus dari food court kat Tanah Rata. Desert pula kami makan strawberi celup coklat yg kami petik tak sampai sekilo tu. 

Makan malam kami pula Steamboat aje, cuaca sejuk-sejuk begini memang sedap dan sesuai makan steamboat panas-panas. Steamboat yg kami makan ni satu kepala RM35, tempat yg sama juga kami breakfast pagi tu - Abang Steamboat & Grill-Tanah-Rata Actually ini bukan la first time makan steamboat kat sini. Last year pun kami makan kat sini juga, tempatnya selesa dan sesuai utk family. Boleh pilih nak makan bersila atau duduk dikerusi panjang. 

Tempat duduk bayi juga turut disediakan.

Tiba sudah hari terakhir percutian kami di sini. Fateh say bye bye...

On the way pulang ke KL kami singgah Brinchang dulu beli sedikit buah tgn seperti Jagung dan strawberi lagi utk di bawa pulang. Kemudian kami singgah di Cameron Valley utk minum teh dan beli pelbagai jenis teh utk di bawa pulang. Memang tak sah kalau datang sini tak beli teh.

Berakhir sudah percutian kami, walaupun ada lagi beberapa tempat yg kami tak sempat singgah next time dtg lagi. 


Nota Kaki: Kak Cah rasa next holiday nak terjah pulau pulak la, rasa sejak berkahwin ni tak pernah lagi terjah pulau-pulau di Malaysia ni dgn asben. 





Thursday, March 2, 2017

Gunung Lang & Laksa Telur Goreng Bersarang

Assalamualaikum semua...last week balik ke kampung suami di Perak. Selalu balik memang jarang nak jalan-jalan area Perak ni, paling kurang pun selalu ke Lumut je. Kali ni balik suami ambil cuti panjang sikit so dapat la jalan-jalan pekan Ipoh.

Hari Sabtu balik kampung time pagi, asalnya nak balik hari Jumaat malam tapi suami sibuk siapkan kerja pula. 

Hari Ahad baru dapat jalan-jalan Ipoh. Ikut perancangan nak pergi Street Art, Gunung Lang dan makan Laksa Telur Goreng Bersarang. Tapi dapat pergi dua tempat je sebab tak cukup masa. Street Art tak dapat pergi, next time aje ler gamaknya.

First place pergi makan Laksa Telur Goreng Bersarang di Kafe Setinggan yang terletak di Jalan Margosa, Ipoh. 

Kami order Laksa Telur Goreng Bersarang yg viral tu. Memang sedap rasanya, telur goreng bersarang tu rasanaya sama macam telur dadar je. Tapi tgk tekak masing-masing juga ler, ada setengah orang tak suka mungkin sebab dah biasa makan dgn telur rebus.

Ni la kedainya, Kafe Setinggan. Memang sentiasa ramai je kafe ni, konsep restoran pun memang santai, ikut stail setinggan. Tempat basuh tangan pun pakai barang-barang terpakai seperti kuali dan dapur stail dulu-dulu tu. Lain-lain menu kat sini ada pau ayam yg betul-betul bentuk macam ayam tu tapi kami tak order pula, alahai ruginya. Ada nasi kukus, keropok lekor dan lain-lain lagi menu. Tapi yang kira popular dan viral kat sini Laksa dan pau ayamnya la.

Bila perut dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan yg seterusnya ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Lokasi pun tak jauh dari Kafe Setinggan, 15 minit je jaraknya.



Actually kat pintu masuk taman ni ada waterfall tapi masa kami sampai waterfall tak keluar pula. (foto sumber dari google)


Ni view dari pintu masuk. Nak ke tamannya kena naik bot dulu, tak la jauh pun dalam 10 minit je sampai. Sebelum naik bot kena la beli tiket dulu, tak mahal pun RM4 je utk sorang dewasa. Mula-mula ingat bot tu bawak kami pusing-pusing je tapi rupa-rupanya dihantarnya kami ke taman tersebut, kira macam pulau kecil la. Ingatkan taman tu dekat dgn pintu masuk je. 

Kat taman ni kalau malas nak jalan boleh sewa basikal. Nak tgk view cantik satu taman yg macam pulau ni kena naik menara atas ni tapi Asha malas nak naik tangga pula.

Penat juga jalan-jalan satu taman ni. Sempat la snap gambar kenangan dengan rusa kat belakang tu. Actually nak datang sini jangan datang time cuti sekolah sebab memang ramai sangat, ni kami pergi hari weekend pun dah ramai tapi dapat la juga naik bot bagai. 


Sempat juga ambil video view Taman Rekreasi Gunung Lang ni sikit.


Nota Kaki: Next entri - Mossy Forest, Gunung Brinchang Cameron Highland.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...