Friday, February 17, 2017

Vege Fried Rice for Toddler

Memandangkan Fateh dah semakin membesar dah tak baby lagi maka makanannya pun dah ke arah makanan org dewasa sikit. Selalu masakkan Fateh bubur nasi atau bagi dia makan nasi dgn lauk yg kita makan juga tu. Tapi tu la kadang-kadang lauk yg kita masak tu tak sesuai dgn budak-budak kecik ni lagi-lagi yg pedas.

Kebetulan ada kawan-kawan media sosial yg jual homemade baby food so Asha pun try la beli.

Bahan-bahan memasak opkos mesti kena ada nasi putih, bahan utama. Seulas bawang putih, sebiji bawang merah dan sebiji telur.

Sebelum nak tunjuk cara-cara memasak tu meh Asha closed up sikit gambar produk homemade baby foods ni. Kebiasaannya kalau masak nasi goreng utk kita-kita yg dewasa ni kadang-kadang ada juga kita masukkan bahan perencah nasi goreng segera tu kan, dan sah-sah dalam bahan perencah tu ada ingredient yg tak sesuai or elok utk anak-anak kecil ni. Senang cerita ada MSG. 
Dipendekkan cerita, Asha beli la dua botol serbuk sayur dan ayam ni ha kat agen yg jual makanan bayi ni kat KLIK SINI. Bahan-bahan yg terkandung didalam serbuk ni semuanya bebas bhn 
pengawet, so tahan 6 bulan je dari produk tersebut dikeluarkan.

Bahan-bahan yg terkandung pada serbuk sayur seperti yg anda lihat pada gambar yg tertera pada botol tu ada bawang, brocoli, labu, carrot dan yg lagi dua tu tak perasan sayur apa. Baunya sebiji macam bau snack kacang hijau tu, harum baunya.

Manakala serbuk ayam pula bahan-bahan yg terkandung adalah seperti:
- dada ayam bebas hormon
- halia
- serai
- bawang putih
- buah pala
- serbuk lada
- minyak zaitun

Kedua-dua serbuk ni ready to eat ye means dah masak. Boleh tabur pada bubur nasi sebelum dihidangkan. 

Buat masa ni Asha try dua serbuk ni dulu, next time nak cuba serbuk bilis dan ikan pula. Produk ni sesuai dibawa travel spt balik kg ke bercuti ke ianya mudah dan senang, tak perlu fikir nak bawak or beli bahan mentah. Sangat sesuai utk ibu-ibu bekerjaya.

Cara-cara memasak:
1- bawang putih dan bawang merah di cincang. Asha gunakan alat cincang Slap Chop(boleh refer gambar atas sekali). Slap Chop Asha beli kat SINI . Kenapa Asha tak hiris-hiris biasa je bawang tu kan ha...sbbnya budak kecik mana reti sgt kunyah bawang tu kan so Asha cincang-cincang je macam ni lagipun kat rumah Asha ni tiada batu lesung nak tumbuk.

 2- Kita tumiskan bahan-bahan yg dicincang tadi dgn planta.

3- Bila bawang tadi dah garing dan agak kekuningan sedikit kita masukkan telur. Perasakan dgn garam halus.

4- Masukkan nasi dan gaul rata.
5- Masukkan dua sudu kecil serbuk ayam(depends pada kuantiti nasi yg anda goreng)
6- Masukkan satu sudu serbuk vege dan gaul rata.

Tara...siap dah nasi goreng Fateh.

Nasi goreng yg balance tu masuk dalam pinggan umminya pulak hehehe. Kita kasi tambah sos cili kasi pedas.


5 comments:

Seorang Syed said...

ni tak payah untuk toddler ni. untuk adult pun boleh sebab nampak sedap hehehe

Ashmira said...

Hehehe betul tu.

adianiez AIDA said...

Terbaik la ciptaan ni.
Memudahkan.
Homemade.
Free from bahan ntah apa2 in shaa Allah...

Ashmira said...

Aida: sgt mudah utk ibu2 bekerjaya.

Nieja said...

aku pon tliur cmni weh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...