Tuesday, January 3, 2017

Celebrate New Year with SHELL OUT Bajett



Assalamualikum dan salam sejahtera semua...Selamat Tahun Baru. 
Hari ni dah 3rd January 2017 so ramai rakan-rakan yg sebaya dgn Asha semua tgh sibuk hantar anak-anak masuk sekolah hari ni. 

Actually every 1st January every year adalah hari ulangtahun kelahiran abah kami so kami akan sambut dgn mengadakan aktiviti makan-makan bersama keluarga. Selalu celebrate mesti ada besday kek but this time tarak. Kita buat lain sikit la, simple2 je kira mcm monthly dinner dgn family sbb jarang sbnrnya kami dapat berkumpul semua walaupun rumah sebelah je tapi masing-masing sibuk dgn kerja.

Siang hari tu Asha dan mama attend majlis kahwin BFF masa sekolah dulu kat Cheras. Actually memang tak sangka my BFF ni nak kahwin lagi. Jikalau dia tak suruh kita custom kan tudung nikah dia memang sampai kesudah tak tau dia nak kahwin. Masa bila dia bercinta pun tak diketahui, tau-tau dah nak kawen je. Hehehe pandai ko simpan rahsia ye sahabat. Minta Asha buatkan tudung nikah ala veil instant gitu. Pening juga mula-mula nak design tu, mujur diberi contoh tudung yg ada kat laman google puas gak kita belek-belek nak design tudung ni dan akhirnya berjaya siapkan.
Apa-apa pun semoga perkahwinan kali ini kekal selamanya ye Mas. No more tears.

Ok, kita sambung semula cerita Shellout kembali.
Selalu  kami celebrate buat makan-makan kat umah je, konon igt kali ini nak buat kat luar tapi ada pula adik-adik kita yg teringin nak try shell out. Survey area yg dekat-dekat dgn umh macam x de je rasanya. Yang ada pun steamboat or western je kat sini. Tak tau la kot Asha terlepas pandang. Ikut history yg lepas-lepas selalu kami beli KFC, sate, Ayamas or Kenny Roger je. Kali ni nak tukar selera la pulak kan. Kalau masak-masak ni mmg jarang dah nak buat since mama pun dah tak larat nak masak-masak sgt dan selalunya hari-hari special mcmni kami lg suka makan makanan yg bukan dimasak sendiri. Lagipun siang harinya kita ada jemputan kahwin BFF kita lagi la tiada masa nak buat preparation utk masak-masak ni.

Oleh kerana Asha pernah la tanya kat komen one of the admin page SHELL OUT BAJETT ni harga, pakej dan delivery area yg dia cover. So masa tu ada la rasa nak try tapi tak tau bila, jadi bila hampir semua family decide teringin nak try Shell Out ni lagi-lagi mama kata abah pun teringin nak makan benda ni so kita on la. 

Shell Out Bajett menyediakan 3 jenis cara masakan yg kita nak. 
1- Blackpaper Marvellous
2- Curry Butter Salt Egg Power
3- Spicy Kebaboom

Mula-mula minta no. 2 & 3 tapi no. 2 bahan-bahanya da out of stock maka tukar la no. 1 & 3. Padahal kami semua dah terasa-rasa kat tekak ni Curry Butter Salt Egg, aduh...kempunan la. Kita boleh pilih nak siap masak sepenuhnya atau Frozen Shellout, maknanya kena masak sendiri la seafood tu kecuali kuah diorang dah masakkan siap-siap.


Oleh kerana ahli keluarga ada 7 orang so kami decide amik pakej VIP ni 2 set, so ada lebih sebungkus nasi putih. Dalam pakej ni seperti yg tertera dalam foto atas ni seafood yg diorang bagi French Brown Crab kita panggil ketam berbulu sbb byk bulu kat kaki-kaki ketam tu, igt dia bg ketam yg biasa kita makan tu, Baby Lobster, Large Scallop(Tiram), Bamboo Clam(Pepahat), Kerang, Kupang, Kepah, Udang, Sotong & Lala. Biasa kita tgk org makan Shell Out ni mesti ada sayur seperti brocoli dgn jagung kan, tapi dah kata bajet so x de la sayur but...seafood yg dimasak pun da cukup mewah, lagi-lagi nak dapatkan ketam berbulu, tiram & baby lobster tu kat pasar bukan senang, ketam yg biasa kita makan tu pun jarang-jarang ada kat pasar. Selain itu nasi putih dan minuman kordial disediakan. Kira satu kepala around 23$ sorang, ok la tukan harganya. 

Kira puas hati makan, memang licin. Spicy Kebaboom tu mmg pedas kebaboom sgt la kan. Next time kena repeat lagi la tak puas makan sbb time ni kita selsema so deria rasa agak kurang time ni. 



3 comments:

nieja said...

mcm menarik jugak

Ashmira said...

Ko pndai masak mesti lg sdp msk bnda ni.

nieja said...

pnh buat sekali je hahaaa..
tapi buat sdiri mmg lagi puas hati la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...