Thursday, November 10, 2016

RESIPI: Sandwich Sosej Telur Hancur & Teh Tarik Krimer Lazat.


Assalamualaikum readers...entri resipi kali ini Asha nak share menu breakfast yg simple dan super sedap. Anak-anak pun boleh buat tau. 

Malam tadi Asha tak boleh tidur, tgk FB skali lalu menu ni kat wall, nampak sdp terus saved dlm FB folder. Tgk bahan-bahan pun mmg ada dlm fridge tu pagi td Asha try buat.


























First step - ambil 4 keping roti, itupun kalau uolls cadang nak mkn sorang. Dipotong tepi-tepi roti putih spt diatas dgn menggunakan pisau. Asha guna pisau steak je dan kemas skit bila potong. Ketepikan dulu.


2nd - Sediakan bahan-bahan untuk inti sandwich.
> cili sos
> mayonnaise
> serbuk lada hitam
> marjerin
> salad
> telur
>sosej



3rd - Goreng telur hancur dgn marjerin, kalau pakai fry pan masak tanpa minyak pun boleh lagi bagus. Telur ni ikut resipi asal pakai telur rebus tapi sbb Asha tak suka pakai telur rebus sbb kuning telur tak makan membazir pula nanti so tukar telur hancur. Dah goreng telur hancur tu kita gaulkan dgn mayonnaise, kalau pakai telur rebus uolls kena hancurkan telur tu dulu lepastu baru gaul dgn mayonnaise.
Kemudian sosej pula dimasak/grill/rebus/steam ikut selera uolls nak cemana. Style sis suka goreng kejap dgn marjerin. Jgn lupa dihiris nipis-nipis sosej dulu sebelum atau selepas masak. Lepas tu baru gaulkan dgn sos cili, mayonnaise dan serbuk lada hitam. Untuk pemilihan sosej ni terpulang pada uolls, kalau pakai sosej berinti cendawan ke vege pun boleh. Make sure kalau pilih sosej black pepper uolls x perlu letak lada hitam yek. Lagi satu, kalau tiada lada hitam boleh ganti dgn lada putih.



Last Step - Roti putih yg telah dipotong tepi-tepi tu disapukan dgn marjerin/planta/butter. Lapisan pertama letak telur hancur dulu, kalau ikut resipi asal lepas letak telur dilapiskan dgn sekeping roti diatasnya. Asha tak ikut step tu terus layer kedua letak salad. Kalau uolls suka tomato boleh letak la yek. Layer ketiga jgn lupa letak sosej. Lastly tutup inti td dgn roti.

Tara...ok nampak mcm tak semenggah skit tapi sdp. Kalau uolls pening-pening tak tau nak buat menu apa breakfast boleh la cuba. Boleh juga dijadikan snek time berkelah. 

Next...Teh Tarik Krimer Lazat.
....
...
..
.
.

Bahan-bahan;
> 2 uncang teh any brand.
> 1 peket kecil krimer.
> 2 sudu kecil susu pekat
> air panas

Cara-cara;
- rendam teh dgn air panas setengah cawan selama beberapa minit.
- masukkan sepeket kecil krimer any brand. Kacau.
- masukkan 2 sudu kecil susu pekat dan tambah air panas. Kacau rata. Kalau uolls ada alat putar air boleh guna utk bagi effect buih. Kalau tiada uolls tarik je mcm kat kedai mamak tu. Siap. 

CREDIT RESIPI: Adnilsam Apat

SELAMAT MENCUBA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...