Wednesday, October 12, 2016

Melaka - Klebang/Jonker Walk/Taman Rama-Rama

Salam sejahtera semua, sambungan entri ke Melaka. Entri sebelum ini BACA SINI

Tempat terakhir kami singgah sebelum pulang ke hotel adalah Pantai Klebang. Teringin beno nak tgk Bustel kat sini serta menikmati keenakan coconut shake yg digembar-gemburkan tu.

Pantai Klebang - bawak Fateh rasa pasir laut, mula-mula rasa geli je kaki dia pijak pasir laut tapi lama-kelamaan dia seronok.

Ni la Bustel. Tepi-tepi sepanjang jalan tu pun ada juga bas-bas lama diorng buat gerai makan. Satu kelainan juga disini. (FOTO SUMBER DARI GOOGLE)


Ini la cocnut shake yg digembar-gemburkan itu, rsnya biasa shj x de anyhthing yg spesel spt boh ice-cream ke. Maybe kedai yg kami pergi ni menunya kurang spesel skit berbanding kedai yg pertama dipersimpangan Pantai Klebang tu terlalu ramai org pula.

Aktiviti malam, before cari mknn kami singgah Jonker Walk dulu. Seriously dah tak meriah mcm dulu-dulu. Banyak kedai semua tutup awal sgt.

Sempat juga merasai ice-cream funny egg. Teksturnya bukan berkrim mcm ice-cream mangkuk tu tau tapi macam ice-cream stick tu. RM3 sebiji tuh.

Makam Hang Kasturi dalam area Jonker Walk.

Berfoto di Heritage Trail.

Sepanjang berada disini kami tak sempat nak naik River Cruise serta masuk rumah terbalik. 


Keesokan harinya before packing barang dan check out kami breakfast dulu.

Masa 2nd day breakfast tak jumpa nasi lemak. Last day br dpt mkn tp rasanya biasa shj. Bagi Fateh mamam bubur nasi pun x sedap sgt, Fateh sendiri yg tolak tak mahu makan. Tak sedap le tu.

Ha..nampak muka Fateh herot-herot tanda tak sedap hahaha.

Lepas tu bawa Fateh mandi kat swimming pool. Mula-mula takut, lama-kelamaan seronok smpai tak nak balik. 


Setel je packing dan check out kami singgah ke Taman Rama-rama dulu sebelum pulang.
Taman rama-rama & reptilia. Harga tiket pun dah mencanak naik. Dulu-dulu RM5 je skrg RM22 dah uolls. 

Rama-rama tgh lunch.

Agak lm juga kami duduk dlm sangkar rama-rama ni sbb rs nyaman je duduk dlm tu. Org pun x ramai jd nak duduk lama-lama sambil menikmati pemandangan rama-rama terbang pun selesa.


boleh la amik foto banyak2 dalam ni tanpa gangguan org lalu-lalang.





























spesis biawak yg paling ganas yg tgh menganga tu, dia sekor je kat dalam tu tak campur dgn spesis biawak yg lain sbb kuat menggigit.

Sampai je area sini sepatutnya mcm da habis je journey kami. Tapi rupa-rupanya ada lg binatang-binatang reptilia yg baru dibawa masuk letak kat sini tau. 



 Nah...dulu mana ada buaya, skrg sudah ada buaya, patut la tiket masuk dah mahal. Tapi tak pe la kan kira berbaloi dgn harga sbb kita rs mcm pnt juga pusing2 dlm ni, nampak mcm kecik je tempat ni. Ha...yg atas tu telur buaya, nmpk kecik je telur tu sm saiz dgn telur itik. Yg sebelah tu baby on board hahaha br menetas.

Spesis ular pun makin byk dah ditambah, anaconda la cobra semua ada dah. Rezeki pulak time dtg tgk ular tgh bertelurkan. Lagi satu attraction yg menarik kat sini, kalau korang berani lalu bawah ular ada sangkar khas utk masuk kesitu tau. Kita x berani la, intai2 dr luar tgk sekor ular tu tgh bergulung je kat dahan betul2 kalau lalu mmg ats kepala la. Kebetulan pula masa intai-intai tu nampak ada ikan dlm kolam tu pun mcm mintak tolong je berenang-renang nak naik ke darat sbb takut.

Lain-lain spesis yg ada disini, katak, belalang, kura-kura dan lain-lain spesis reptilia yg pelbagai. So berakhir sudah percutian pendek kami. 


Nota kaki: kalau ada rezeki kami lagi Insyallah bulan 11 ni pergi bercuti lagi. Dalam Malaysia je.



Melaka- - Thousand Tales of Adventure

Last weekend pergi bercuti ke Melaka, itupun planning last minit last month. Tiba2 asben ajak bercuti, sepatutnya pergi last week tp sbb asben ada team building pulak so postponed. Itu yg akak mogok pi zoo negara tu hehehe.





























Kami menginap di Hotel Mahkota Melaka, betul2 berhadapan dgn Mahkota Parade. Harga 1 malam around 200++ termasuk breakfast. Facilities yg ada mcm biasa la standard hotel ada swimming pool, gym dan lain-lain lg. Tapi kami dpt booked bilik jenis service apartment, ada ruang tamu, dapur dn 1 bilik tidur. Tapi best jugak bilik macamni, bila anak tak nak tdo boleh lekakan dia tgk tv ke kartun ke kat ruang tamu, so kita boleh rest dlm bilik jap tanpa gangguan. Cuma tu la, brg2 spt perabot je mcm da lm skit. Dari segi keselesaan lain spt parking ok la parking under hotel punya tak payah nak berebut mcm hotel jenis kat kedai tu, dah la kena berebut lps tu kena byr pulak parking.

So, first day(sabtu) sampai pun da agak lewat ptg gara2 terkandas dlm highway ada eksiden pulak, mmg rest je la sampai kul 9mlm. Ikutkan hati mls nak keluar dah sbb pnt, tapi perut dah berkeroncong makanya keluar juga la mlm tu cari mknn then ada pulak uptown depan menara taming sari tu jln2 jap.

Keesokan harinya, hari ahad tu br la jln2 1 bandaraya Melaka. Before round satu Melaka tu kami pi masuk 'Melaka Thousand Tales of Adventures' dulu. tempat ni berdekatan dgn menara Taming Sari tu.

Kiranya ni salah satu newest interactive attraction kat Melaka. 
Waktu operasi: Isnin-Khamis(10am-7pm)
Jumaat-Ahad(10am-9.30pm)

Harga Tiket: Dewasa-RM25
Kanak2 4-12tahun-RM20

Sebelum bermulanya pengembaraan kami diberikan sedikit penerangan.

Lembah Cactus-pengembaraan pertama kami kena lalui lembah cactus ni dulu dan cari jwpn pd soalan yg tertera pada pintu utk ke next pengembaraan. Kalau tak dapat jwb boleh je tekan keylock door tu utk pengembaraan seterusnya. Utk yg first ni kami x dpt jwpn padahal jwpnnya ada pd pamplet yg kami dpt huhuhuu. 

Next pengembaraan kami ke penjara tengkorak. Yg ni belum rs seram lg sbb tengkorak je. Kat sini kitorang dpt la jwb soalan yg diberi walaupun agk lm jg nak dptkn jwpn tu, dok kelek2 tengkorak tu utk dptkn clue. Rupa-rupanya jwpn ada pd jam dinding yg byk2 kt situ.



Da lps dari penjara tengkorak kami lalui persimpangan obor-obor pula, kat sini just amik foto je.




Lepas tu kami masuk ke kamar labah-labah dan cari jwpn utk next pengembaraan. Kat sini pun kami agak lm juga mencari jwpn, tak susah pun jwpnnya sbnrnya cuma nak cr dlm keadaan kelam mmg payah skit.

Akhirnya kami masuk ke sarang raksaksa. Kat sini kita rs seram skit even mayat-mayat patung ni tak bergerak pun hanya digantung aje pun da rs x selesa nak berlama-lamaan kat sini. Siap suruh asben cpt2 pi cr clue kt kepala yg bergantung-gantungan tu sendiri, kita seram la nak kelek-kelek kepala tu huhuhu. Nasib baik Fateh rileks je tak takut.


The Final Combat. Di sini kami bertarung secara 7D pulak. Main tembak2, siap ada air sembur-sembur habis basah kepala Fateh. Tapi rs mcm over sgt effect airnya tu, pi tgk 7D kat Universal Studio Singapore & kat Bukit Tinggi pun x mcmni huhuu. Walauapapun Fateh seronok sgt, tak takut pulak dia sbb sound effect nya agk kuat dan kerusi tu bergerak-gerak agk ganas juga.

Next place kami pergi ke Malacca River. Tiada yg spesel disini, nak berfoto pun tak de selera gara-gara mamat 'B' ramai sgt kat sini. Deme je nak berfoto-foto.

Sempat amik gmbr 2, 3 je.

Lps tu kami tour 1 Bandaraya Melaka dgn mengambil pakej berbeca pada harga RM50. Mahal ke murah tu uolls, tp bg kita utk pglmn yg berharga bersama keluarga lagi-lagi inilah pglmn pertama Fateh kira berbaloi la.

Beca kami Hello Kitty tue.../ Menara Taming Sari, tak dpt nak naik sbb rosak.

Berfoto disini, Fateh takut pulak tiba-tiba, dia igtkan kami nak tinggalkan dia kat sini hihii.


Alahai...susah betul anak ummi ni nak senyum.


Berfoto di Kota A'Famosa.


Ramai pelancong Philippines dtg sini dah skrg.


Last tour kat sini. Berfoto diluar kapal je, mls nak masuk dlm sbb kena buka kasut.




 Nota Kaki: Ok, finished part I, tggu part II pula.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...