Monday, February 29, 2016

Cat Lovers - Kucing Meroyan

Kucing meroyan?! Ha...jangan ingat manusia je ada penyakit meroyan ni tau.
Kita ada 2 ekor kucing betina ni, sekor nama Kiki dan sekor lagi namanya Bubu. Dua-dua ekor ni baru je beranak, yg sekor si bubu ni beranak dah dekat 3 minggu yg lalu. Selepas itu baru si Kiki pula beranak. 

Alkisahnya, si Bubu ni masa beranak anaknya ada 7 ekor, lepas tu 5 ekor mati, maka tinggallah 2 ekor.

Masa anaknya tinggal 2 ekor si Bubu ni tak meroyan lagi.


Kalau tgk yg kaler oren belah kiri tu kecik dan yg belang-belang kelabu belah kanan ni besar sikit. Memang tak terfikir yg si oren ni akan mati sbb anak-anak si Bubu yg sebelum ni pun ada yg size kecik macamni tapi hidup je sampai skrg dan memang badannya jenis bersize kecik je.

Minggu lepas si Kiki pula beranak. Tiap-tiap pagi memang kerja kita lepaskan kucing dari sangkar. Tapi pada suatu pagi tu, suami kita tolong lepaskan bdk2 bulus ni then bgtau kita yg si oren tu ada je lg dlm sangkar. Malam sebelum tu kita dah cerita kat asben yg oren tu dah mati dan kita dah tanam, so macamana pula si Bubu ni boleh keluar dari sangkar pi korek tanah amik anak dia semula, kita pula tak tanya suami hidup ke tak si oren tu. Kita tak puas hati makanya keluar juga la pergi tgk kat sangkar tu, ha...memang terkejut sangat tiba-tiba tgk ada anak kucing kaler seakan-akan si oren yg mati tu. Tekebil-kebil kejap sambil menggomel-gomel dgn suami pasal bagaimana anak kucing tu boleh muncul dlm sangkar yg berkunci ini. Lepas tu asben angkat anak kucing tu masuk dalam kotak dan kami terkejut sekali lagi, tiba-tiba tgk banyak je anak kucing kat dalam tu. Barulah kita teringatkan si Kiki yg tengah bunting menunggu hari nak beranak tu. 

Tapi tu la, yg peliknya si Bubu ni beriya-iya sgt jaga anak-anak kucing tu terutama yg kaler oren tu. Terus kita cakap kat asben yg si Bubu ni meroyan agaknya teringat kat anak dia yg baru mati dua hari lepas kot.

Sketsa berebut anak pun bermulalah diantara dua beradik ni.
Selepas kami lepaskan budak-budak bulus ni dari sangkar, si Bubu ni pun mulalah sibuk mengangkut anak-anak si Kiki ni sekor-sekor masuk ke dalam rumah. Mula-mula igt dia angkut sekor je yg kaler oren tu tapi diangkutnya kesemua anak-anak kucing tu macam anak dia pula. Kita perhatikan je sampai kesemua anak-anak bulus tu dah berada di dalam kotak yg disediakan.


Ha...nampak apa yg berlaku selepas itu. Dua-dua pun nak masuk dalam kotak ni. Tiap-tiap malam tidurku diganggu oleh makhluk berbulus dua ekor ni. Bergaduh pasal berebut anak.



Sudahnya berkongsi kasih sayang la anak-anak bulus yg baru lahir ni. 



Nota Kaki: yang terbaru, sangkar kucing dah pecah lantainya akibat budak-budak bulus dua ekor ni hurm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...