Wednesday, February 10, 2016

Rabbit Fun Land - Broga

Petang semalam x de aktiviti apa-apa nak buat, makanya ajak asben bawa kami pergi bersiar-siar sekitar Semenyih je, mula-mula tak tahu nak pergi ke mana, maka kami decide masuk jln nak ke Broga kononnya nak cari tasik tp jumpa tasik yg tak berapa nak tasik sgt. So kami decide nak patah balik, tapi on the way nak cari jln u-turn tu tiba-tiba teringat ada Rabbit Fun Land berhadapan dgn Broga Hill tu, terus pergi kesana.

Tiket masuk RM5.00 seorang. Nak bg haiwan-haiwan kat sini makan kena byr lg RM10.00 utk sebungkus carrot yg telah dipotong-potong.

Dah tiga kali Fateh pergi ke kebun haiwan yg ada rabbit.





Ada balance carrot tu kononnya nak bg rusa makan tp tiba-tiba anak kambing da mengembek, tak pasal-pasal kena terjah dgn kambing-kambing dewasa sekali dok julur kepala keluar celah-celah kandang. Fateh pun seronok tgk kambing-kambing tu makan sampai mulutnya pun turut mengunyah sama hehehe.






Fateh bermesra dgn Rusa



sempat juga kita berbual-bual dgn beruk ni tp dlm bhs beruk ler...nmpak mcm beruk ni phm apa aku ckp sbb ada tindak balas hikhik.


Fateh nmpk excited tgk kera tu dok bergayut-gayut kt dlm sangkar tu.

Tempat ni dah dibuka lama. Masuk paper Utusan tahun 2008. Nama je Rabbit Fun Land tapi ada je binatang-binatang lain kat sini, ada kuda, keldai, kerbau, lembu, kambing, rusa dan kera.

Last sekali sejukkan tekak dgn Mocha Coffee by Pirate Coffee, ala-ala kopi setarbak gitu. Rasa not bad walaupun tak boleh nak lawan Mocha Frappe Starbucks. Beli kopi ni kat area Tesco Semenyih.



Nota Kaki: Cuti raya cina ni bawak Fateh tgk haiwan jela...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...