Thursday, February 4, 2016

Surat Beranak Hilang buat Baru

Empat minggu lepas kita nak submit borang kerja ke MPKJ dan faham-faham jela kalau nak apply kerja kerajaan ni salah satu syaratnya mesti nak kena lampirkan salinan surat beranak. Punya la gigih siapkan semua salinan sijil-sijil yang diperlukan untuk dihantar ke Penghulu Kampung terlebih dahulu untuk endorsement sijil-sijil tu. Sebelum hantar ke Penghulu Kampung kita semak semula checklist yg diberi, alih-alih surat beranak lupa nak fotokopi. Hurm...dateline da dekat pula ms tu.

Kebetulan suami nak keluar beli barang makanya kita minta tolong asben buatkan salinan surat beranak kat kedai fotokopi. Selain dari itu, ada la dokumen2 lain yg kita mntk fotokopi sekali.

Setelah beberapa jam menanti, asben pun hulur la dokumen2 yg kita minta tu, alih-alih surat beranak kita hilang, malah yg fotokopi punya pun x de. Adeh...rs nak nangis time tu, tido malam pun x lena mengenangkan macamana nak submit form keje lau surat beranak even yg salinan pun xde.

Dah tak boleh nak lelap tu kita google la internet cari info macamana nak buat surat beranak baru. Alhamdulillah...jumpa la beberapa blog entri pasal buat surat beranak baru bagi yg dah kehilangnnya, lega sangat. Malam tu juga sms mama kita bgtau nak buat surat beranak baru esok paginya dan minta mama tolong jagakan Fateh kejap.

Esok pagi-pagi tu hantar Fateh, kononnya terus nak buat surat beranak baru tup...tup...mama bg surat beranak kita yang fotokopi. Alhamdulillah...tak jadi nak buat surat beranak yg baru pada hari tersebut. Terus ajak abah tolong hantar ke rumah Penghulu Kampung untuk cop dan sign sijil-sijil yang dah di 'compile'. Maka, keesokan harinya dah boleh terus submit form kerja ke MPKJ.

Lusanya la baru kita pergi buat surat beranak yang baru kat Jabatan Pendaftaran Negara, Perhentian Kajang. Alang-alang nak ambil myKid Fateh tu kira sekali la buat semua urusan.

Langkah-langkah nak buat surat beranak yg baru akibat hilang/rosak;

1-Mula-mula kena pergi kaunter ambil no giliran dulu yek. Kat kaunter tu nanti kena bagi IC dan    bgtau urusan apa kita nak buat kat sini. Jangan lupa kena bawa salinan IC. Kalau tiada boleh  fotokopi kat kedai fotostat area JPN.

2-Lepas dah ambil no giliran, staff yg bertugas kat kaunter tu akan bg satu borang untuk diisi seperti gambar dibawah;

Muka depan

Muka belakang

Isi yang mana perlu dan yang anda tahu sahaja. Tak perlu risau sebab actually JPN memang dah ada semua detail info data korang dalam sistem pun sebenarnya. 

3-Bila nombor giliran dah naik, serahkan borang yg sudah diisi tu kepada pegawai yg bertugas. 

4-Lepas tu dia akan bagi satu slip untuk datang ambil surat beranak yang dah siap tu nnt. Tempoh yg diberikan adalah selama 2 minggu dari tarikh permohonan. Gambar seperti dibawah;

Masa dapat slip ni tak perlu bayar apa-apa fee lagi pun tau. 

5-Sepatutnya selepas 2 minggu dah boleh ambil surat beranak tu tapi kita ambil selepas 4 minggu dari tarikh permohonan. Pergi kat kaunter ambil nombor giliran terlebih dahulu dan serahkan slip kat atas ni bersama IC anda.

6-Tunggu nombor giliran dipanggil. 

7-Bila nombor giliran dah naik, pergi ke kaunter pengambilan sijil beranak dan kena buat pembayaran terlebih dahulu sebanyak RM5.00 sahaja, so tiada charge denda kehilangan sijil beranak. Contoh resit pembayaran seperti dibawah;


8-Lepastu, anda akan diminta untuk duduk terlebih dahulu sementara menunggu pegawai yg berurusan dgn anda tu pergi mencari sijil beranak anda yg dah siap dalam drawer penyimpanannya.

9-Setelah sijil beranak anda dijumpai anda akan diminta untuk tandatangan dalam buku rekod sebagai bukti yg anda sudah mengambil sijil beranak anda. 

Tara...ini la sijil beranak kita yg baru, dah sm dgn anak punya pulak. Kalau anda perasan kat colum umur bapa tu x de sbb ikut surat beranak style dolu2 punya pun mmg takde, sekarang je baru ada. Yg lain semua sama, mmg diorang dah ada rekod data kita dah semua tu. Tapi part yg Pemaklum tu je kita conpius sikit, ikut surat beranak lama mmg takde colum Pemaklum tu tp sijil beranak jenis baru ni ada maka tertera la nama pakcik kita pulak kat situ sebagai pemaklum. 

Sekian. Hope dengan entri ini dapat membantu anda diluar sana.


Nota: 15-3-19 - memandangkan ramai yg inform depa buat surat beranak baru tak sampai sejam siap tu depends pada tempat JPN masing-masing hokay. This entri post pun da berapa tahun punya, harap maklum. Sila komen yang murni-murni atau yang boleh membantu readers yg lain sahaja. Sekian terima kasih.

  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...