Thursday, January 7, 2016

Set Berpantang - D' Herbs Terlajak LaRiS

Dua bulan sebelum nak bersalin tu baru sibuk nak cari set berpantang, tu pun minta pendapat mama nak pakai set berpantang yang mana bagus. Masa awal-awal kehamilan lagi da google2 cari set berpantang yang mana sesuai means tak mahal sgt, berbaloi dan tak banyak sangat nak pakai nanti. 

Akhirnya, setelah ditimbang tara rasanya produk ni yang sesuai, rasa yakin nak pakai. Mama sendiri pun suggest pakai yang ini.


Ini la set lengkap 'Mak Bidan' produk dari D'Herbs tu. Jom tgk apa yg ada kat dalam set ini serta khasiatnya.

-KANDUNGAN-

PATI HERBA MAK BIDAN
KRIM PANAS MAK BIDAN
KAPSUL JAMU MAK BIDAN
MINYAK TELON BAYI
TUNGKU HERBA MAK BIDAN
PERAWAN HERBAL WASH 
TUNGKU HERBA
BEDAK SEJUK
Percuma MANDIAN HERBA MAK BIDAN


-KRIM PANAS MAK BIDAN-

Mengeluarkan angin dalam badan, membakar lemak, melangsingkan badan dan mengurangkan selulit
Di sapu di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung. Memang panas pun krim ni lagi2 kalau berjemur kat tgh panas lagi berlawan rs panasnya, boleh jd merah kulit. Tapi kita suka cepat sikit terbakar lemak2 kat bdn ni.

-KHASIAT KAPSUL JAMU MAK BIDAN-

Merapatkan otot vagina, mengecutkan rahim, melangsingkan badan dan menambah tenaga serta menyihatkan badan. Kapsul jamu mak bidan ni memang bagus sangat lagi2 untuk proses memulihkan dalaman kita.


(No Foto)

-BENGKUNG MAK BIDAN-

Bengkung ni diperbuat dari kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan katanya la. So far kita kurang selesa sikit pakai bengkung macam ni lama-lama. Lagi satu diameter bengkung ni tak cukup panjang malah tak dapat nak cover sampai peha sangat. So tak grip. Pakai seminggu dua je tu pun skip2.






Lastly end up pakai balik korset Premium Beautiful fevret ku. Lebih selesa dan berkesan, cepat sikit langsing macam dulu-dulu hehehe. Sebelum pakai PB ni haruslah sapu minyak krim panas mak bidan dulu, tak perlu sapu banyak-banyak, sapu sikit je pun da rasa panas. Kesannya mmg cepat.

-Khasiat Mandian Mak Bidan-

Membuang angin dan toksin dalam badan.
Mewangikan dan menyegarkan badan di samping mengembalikan tenaga.
Memecahkan lemak.
Mengatasi masalah keputihan.
Menegangkan otot-otot dalaman vagina (bertangas)
Mencegah bakteria dan kulat.
Menghindari sakit-sakit sendi

-Cara2 Menggunakan-

Rendam satu uncang herba ke dalam air panas mengikut sukatan dalam baldi. Kita buat setengah baldi je.
Biarkan selama 10-15 minit.
Tambahkan air hingga menjadi suam mengikut keselesaan kulit.

Dalam kotak tu hanya ada 10 sachet je. So kita mandi herba ni 2 hari sekali sampai habis.



-Pati Herba Mak Bidan-

Selain kena makan jamu kapsul mak bidan, yang ni pun kena makan juga. Tapi lepas seminggu bersalin baru boleh start makan. Rasanya manis-manis madu, nasib baik tak pahit.
Ada 14 Ramuan Herba dalam ni;

*Mas cotek, Dong Loui, Manjakani, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica,  Kurma, Acaiberry, Kunyit, Delima dan Akar Serapat, Pegaga, Roselle ,Habatussauda, Honey goat Seed, Halia, Ketumbar, Lada hitam, Lada putih. Jintan putih, Bunga Cengkih  dan Saffron.

*Khasiatnya untuk mengembalikan keremajaan tubuh badan dan merapatkan kembali vagina, menguatkan akar rambut, memperbanyakkan susu, dan menguatkan /mengetatkan Rahim. Maklum aje la lepas bersalin hormon tak stabil so rambut mmg byk yang gugur.





-Perawan Herbal Wash-

Ia bertindak untuk membersih, mengelakkan jangkitan bakteria yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan serta mengatasi masalah di bahagian feminin wanita. Yang ni sampai sekarang ada lagi, pakai sikit je da cukup.

-KHASIAT PERAWAN HERBAL WASH-
Kacip Fatimah mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.
Daun Sireh berkhasiat menghilangkan bau badan yang ditimbulkan bakteria.
Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.





-Bedak Sejuk-

Mengandungi ekstrak bunga Cempaka kalau x silap dan ianya dalam bentuk cecair tau, senang tak payah bancuh dah. Ianya sesuai dipakai selepas mandi rs sejuk dan segar je badan.




-Tungku-

-FUNGSI TUNGKU BEHERBA MAK BIDAN-

*Untuk melancarkan perjalanan darah , melembutkan urat betis yang tegang akibat terlalu banyak duduk, berlari atau berjalan.
*Menghilangkan kesakitan bengkak urat yang dialami.
*Untuk membuang darah kotor dan membuang angin dalam badan.
*Untuk memecahkan angin yang berada di dalam badan dan perut, disamping dapat memecahkan lemak, serta dapat mengatasi masalah perut buncit.
*Menghindarkan daripada gastrik.
*Melancarkan pernafasan dan menyenangkan membuang asir besar dan kecil.
*Ibu yang sedang berpantang amat sesuai menggunakan Tungku Herba Mak Bidan ini.

-KANDUNGAN TUNGKU HERBA MAK BIDAN-

Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun asam jawa
Daun dan buah limau purut
Chempor
Buah kedeka
Cabai tali
Cabai pintal
Halia
Daun salam
Lengkuas
Halba dan 50 jenis rempah ratus ramuan tradisional melayu yang terpilih..

-CARA PENGUNAAN-

Kukus tunku selama 15-20 minit sebelum digunakan.
So far tunku ni mcm kurang berkesan sikit pada kita sbb tak panas sgt even kadang-kadang tu da kukus lebih dari 20 minit kot.



-Minyak Bayi Mak Bidan-

Digunakan untuk membantu ketidakselesaan pada bayi disamping dapat menghangatkan bayi.
Sampai skrg kita pakai lagi minyak telon ni pada anak, abis je beli lagi.




-Pilis-

Pilis ni kita beli dari brand Air Mancur. Sebenarnya kita ikut je mama punya saranan pakai pilis brand ni. Tapi tu la tak serasi, patutnya pakai pilis ni untuk buang sakit pening yg bersarang kat kepala tu tp jd lagi migrain pulak. Pakai pun skip2.


-Jus Perawan-

Selepas habis pantang kita try consume ni pulak. So far bagus, mengurangkan rasa penat dan lesu selepas seharian penat bekerja .

KHASIATNYA;
Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
Menegang & mencerahkan kulit.
Melambatkan proses monopous.
Memberikan tenaga dalaman wanita.
Meningkatkan sistem imunisasi.
Mengurangkan senggugut.
Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.


Hasilnya tara....dapat slim mcm dulu2 balik :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...