Thursday, December 8, 2016

D.I.Y Shawl Tali Double Loop

Salam Sejahtera readers...entri kali ini mengenai entri jahitan yek. 
So far dah dekat 7 bulan Asha berkecimpung dalam dunia menjahit ni tau. Sebanyak 5 koleksi dah keluar tau. Kalau ikutkan target every month mesti keluar koleksi baru tapi lately ni banyak dapat tempahan custom made hijab pulak Alhamdulillah...setel je customer terakhir punya tempahan bulan ni memang Asha terus start keluar koleksi baru. Design ada 2, 3 gak pola dalam tgn, ada yg beli, ada yg buat sendiri. Masih lagi mencari idea dan ilham utk material dan aksesori apa nak di ketengahkan koleksi akan datang nanti. Oh ye, kalau uolls nak tahu pola jahitan tu apa nnt next entri Asha cerita dan tunjukkan rupa pola tu yek.

Ni la rupa Instant Shawl Tali Double Loop tu.

Now Asha nak tunjukkan step by step D.I.Y shawl tali ni.

First-Asha gunakan shawl double loop yg sedia ada, kiranya Asha alter shawl ni jadikan shawl tali double loop. Ukuran shawl ni 2meter x 75cm. Asha potong sikit dari 2 meter jadi 180cm dan dari 75cm jadi 70cm je.

Step 2 - Lebihan shawl yg dipotong tu Asha ambil hujungnya yg dah siap berjahit baby seam tu dijadikan tali shawl. So tak payah la buat or jahit tali yg lain. 

Step 3 - bila dah potong jadi la seperti gambar di atas. Kita buatkan 2 tali.

Step 4 - Kita tandakan dgn kapur lukis pada kanan dan kiri shawl. Sepatutnya kena ukur berapa size muka tapi sebab tiada pola sbnr makanya Asha main acu je kat kepala dan agak2 je.

Nampak tak kiri dan kanan yang telah ditandakan dgn kapur merah tu.

Step 5 - kita jahitkan tali tadi pada bahagian yg telah ditandakan dgn kapur merah tadi. Lepas tu jahit la tepi tu sampai habis.

Ni la rupanya tali yang dah siap dijahitkan tu.

Step 6 - Kena buat tanda dulu kat mne nak jahit effect loose style tu. Macam biasa Asha sarungkan shawl separa siap tu pada muka dan agak2 nak banyak mana dan sampai mana effect loose style tu. Lepas tu tanda dgn pin dan kapur merah. Kemudian kita jahitkan lebih kurang 1 inci je seperti gambar diatas.

Gambar no. 1 - bahagian dalam loose style.
Gambar no. 2 - bahagiam luar loose style. 

Last step - Bila dah siap jahit semua step2 di atas td kita hiaskan shawl ni dgn iron patch. Berseri la sikit ye dop. Kebetulan ada lebih jadi Asha gunakan apa yg ada shj. 

Oh ye, cara nak pakai x sempat buat tutorialnya. Next time Asha tunjuk yek. If uolls nak tgk koleksi2 tudung Asha boleh ke FB page: Asha Raimi Collection , IG: ashmirascarf 




Nota Kaki: Next time Asha tujukkan D.I.Y tudung express syria or awning ye.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...