Sunday, November 6, 2016

Birthday Mama


Beberapa lepas burfday mama kita a.k.a burfday Nek Ma Fateh (3.11.2016). Majlis diadakan secara simple sahaja diantara ahli keluarga. 

Macam biasa, yg akan jadi Mastermind utk surprise burfday parents mmg kita la orangnya. Anak sulung la katakan, mmg takkan menjadi surprise kalau kita tiada.

Tiga hari sblm burfday mama kita da sibuk wassup group 'Siblings', mmg telah diwujudkan khas utk benda2 cenggini, kalau tiada apa2 mmg syp je group ni. Wassup adik-adik semua syp je, sibuk dgn kerja, igt planning tak jadi la mcm last year. Bila tiba sehari sebelum majlis baru ada respon, masing2 kelam-kabut fikir nak buat apa. Semua tunggu hakak sulung ni punya cadangan.

Jadinya, hakak sulung ni plan belikan kek burfday share sorang 15$ gitu, kami ada 4 org so bajet harga kek 60$. Memang ngam2 bajet hakak ni beli kek harga tu. Beli kek kat pekan Semenyih je, satu je kedai kek yg hado, nak beli kedai kek lain bkn tiada tapi jauh skit kat Tesco. Kek kat Golden Apple ni lg sdp dr King's Confectionery kat Tesco tu, sbb prnh tempah kek burfday Fateh kat sini mmg sdp sgt. Pilihan kek pun byk sgt sampai rambang mata. Ramai customer tetap akan repeat beli kat sini lg sbb mmg sdp. 

Oleh kerana rambang mata nak pilih, so kita decide kek yg kat atas tu, kek flavor mango sponge cake. Tak boleh nak lama-lama sgt pilih kek sbb bawak si kecik tu skali. Selalu nak kemana-mana kena tinggal dgn Nek Ma dan Atuknya. Kali ni saje bwk si kecik tu sbb kalau letak kejap kat Nek Ma nnt Nek Ma nya tanya pula umminya nak pergi ke mana dah tak surprise.

Ini je menunya simple, mama kita suka sate jadi mmg sate menu wajib kalau buat acara macamni. Mula-mula kami acah-acah ckp sate xde, ada ayam kepsi je hahaha. Ayam kepsi pun tambahan sbb mcm sikit sgt menunya.

Acara start pukul 8.30, petang tu adik dah kelam-kabut wassup bgtau mama nak mkn kat luar dgn abah. Adeh...rs mcm plan tak jadi je malam tu. Nak tak nak terpaksa bgtau yg kami nak belanja mkn sate. Terpaksa tau! Kita ckp dgn adik, mama ni mcm buat2 tak phm pulak yg kami nak buat surprise. Saje ler tu, igt kami lupa burfday mama.

si tecik ni pula yg eksaited.

Acara potong kek.

Permintaan dari mama nak abah suapkan kek.


Selamat Hari Lahir Mama. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...