Thursday, November 24, 2016

Minyak Herba Asma Mujarab - Penawar Asma (Ori)


Rata-rata semua orang tahu akan produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Tapi, sejauh manakah anda tahu kelebihan MHAM ni. Meh sini kita nak terangkan serba sedikit mengenai kebaikan dan kelebihan produk ini.

Minyak Herba Asma Mujarab merupakan salah satu rawatan alternatif untuk pesakit Asma(lelah), semput, batuk, kahak dan selsema. Sudah pasti ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi yg baru lahir sehinggalah org tua, utk anak-anak kecil yang kerap terkena virus selsema memag harus ada MHAM ini kerana, anak-anak kecil usia bawah 2 tahun kebiasaannya jika terkena jangkitan selsema tiada ubat yg diberikan oleh doktor cuma dibekalkan nose drop sahaja.

Selain itu, MHAM ini juga boleh digunakan untuk masalah Gigitan Serangga, Luka, Tergeliat, Terkena Api, Bengkak, Lenguh, Sakit Gigi, Kembung/Sakit perut dan lain-lain. Maknanya, setiap keluarga harus ada sekurang-kurangnya sebotol Minyak Herba Asma Mujarab ini.

Ramuan yang terdapat pada MHAM: Minyak (habbatussausa, zaitun, kelapa dara, gamat), herba dan akar kayu terpilih.
         

TESTIMONI






















Di atas adalah antara beberapa testimoni pengguna Minyak Herba Asma Mujarab.



PASTIKAN ANDA MEMBELI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB YANG ASLI

Perlu diingatkan, anda mesti mendapatkan produk MHAM yang asli bukan fake. Bagaimana untuk anda kenal produk MHAN yg original dengan yang fake. Anda perlu lihat ciri-ciri seperti berikut;

1. Warna label lebih gelap.
2. Menthol pada minyaknya terasa
3. Minyaknya lebih pekat dan tidak berbau asap.
4. Penutup botol bewarna merah dan seal penutup bewarna hijau.
5. MHAM - minyaknya dimasak hingga sebati dgn bahan lain dan bahan lain itu tidak mudah mendap kebawah spt yg terdapat pd produk tiruan. 

Mari kita lihat ciri-ciri yg disebutkan di atas tadi;






Cara Untuk Pastikan MHAM Yang Asli

























Video penerangan produk MHAM

Harga MHAM sebotol : RM39.00 tidak termasuk kos penghantaran. Pastikan anda beli pada agen-agen atau stokis sah yg berdaftar sahaja. Atau boleh hubungi;

HQ En. Hafis 013 480 6787(Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 (Produk Owner)

Anda juga boleh lawati laman web Minyak Herba Asma Mujarab
&
untuk pembelian atas talian serta untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Jadi anda harus 'PASTIKAN ORI BARU BELI'


#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab

Tuesday, November 22, 2016

Photobook by Pixajoy

 First time buat Photobook dgn Pixajoy, before ni buat under PHOTOBOOK. Dah lama nak buat photobook anak tapi tak jumpa yg ada offer murah macam pixajoy ni. Bila lalu je kat wall FB ada offer buat photobook yg sangat murah terus grab.

Oleh kerana tak sabar nak tgk hasilnya selepas di print, mlm tu juga buat. Gigih la cari gambar Al-Fateh dlm folder laptop. Beratu-ratus gambar, pening nak pilih. Tu baru pilih gambar, belum lagi rambang mata nak pilih template.

Tara...ini la hasil photobook yg berharga RM4.90tu. Harga asal RM75.00 tau.


Ni second time upload kat IG sbb nak join contest Spot & Win #ilovepixajoy. Kot la ada rezeki utk November winner kan.


Selepas sehari submit hasil kerja dapat email dari pixajoy yg kita layak buat business card free 100pcs. Wah...syok sgt, dah la buat photobook dpt harga murah, lepas tu dapat buat business card free lagi tu. 

Ini la hasil kerja ku. Seronok buat sendiri sebenarnya, bukan susah pun template design sudah disediakan. Lepas tu try & error je la. Boleh pilih template utk Personal card, Business card, Beauty & Spa. Education, Fashion, F&B, Service & Maintenance, Appreciation, Event & Party, Wedding and Parent Card. Rasa puas hati sgt design sendiri, kalau buat kat kedai or secara on9 ambil masa berhari-hari nak tggu draft design je.

Korang tggu apa lagi jom la create hasil kerja korang dgn pixajoy. 


Nota Kaki: Lepas ni nak try buat sticker pulak la.


Thursday, November 10, 2016

RESIPI: Sandwich Sosej Telur Hancur & Teh Tarik Krimer Lazat.


Assalamualaikum readers...entri resipi kali ini Asha nak share menu breakfast yg simple dan super sedap. Anak-anak pun boleh buat tau. 

Malam tadi Asha tak boleh tidur, tgk FB skali lalu menu ni kat wall, nampak sdp terus saved dlm FB folder. Tgk bahan-bahan pun mmg ada dlm fridge tu pagi td Asha try buat.


























First step - ambil 4 keping roti, itupun kalau uolls cadang nak mkn sorang. Dipotong tepi-tepi roti putih spt diatas dgn menggunakan pisau. Asha guna pisau steak je dan kemas skit bila potong. Ketepikan dulu.


2nd - Sediakan bahan-bahan untuk inti sandwich.
> cili sos
> mayonnaise
> serbuk lada hitam
> marjerin
> salad
> telur
>sosej



3rd - Goreng telur hancur dgn marjerin, kalau pakai fry pan masak tanpa minyak pun boleh lagi bagus. Telur ni ikut resipi asal pakai telur rebus tapi sbb Asha tak suka pakai telur rebus sbb kuning telur tak makan membazir pula nanti so tukar telur hancur. Dah goreng telur hancur tu kita gaulkan dgn mayonnaise, kalau pakai telur rebus uolls kena hancurkan telur tu dulu lepastu baru gaul dgn mayonnaise.
Kemudian sosej pula dimasak/grill/rebus/steam ikut selera uolls nak cemana. Style sis suka goreng kejap dgn marjerin. Jgn lupa dihiris nipis-nipis sosej dulu sebelum atau selepas masak. Lepas tu baru gaulkan dgn sos cili, mayonnaise dan serbuk lada hitam. Untuk pemilihan sosej ni terpulang pada uolls, kalau pakai sosej berinti cendawan ke vege pun boleh. Make sure kalau pilih sosej black pepper uolls x perlu letak lada hitam yek. Lagi satu, kalau tiada lada hitam boleh ganti dgn lada putih.



Last Step - Roti putih yg telah dipotong tepi-tepi tu disapukan dgn marjerin/planta/butter. Lapisan pertama letak telur hancur dulu, kalau ikut resipi asal lepas letak telur dilapiskan dgn sekeping roti diatasnya. Asha tak ikut step tu terus layer kedua letak salad. Kalau uolls suka tomato boleh letak la yek. Layer ketiga jgn lupa letak sosej. Lastly tutup inti td dgn roti.

Tara...ok nampak mcm tak semenggah skit tapi sdp. Kalau uolls pening-pening tak tau nak buat menu apa breakfast boleh la cuba. Boleh juga dijadikan snek time berkelah. 

Next...Teh Tarik Krimer Lazat.
....
...
..
.
.

Bahan-bahan;
> 2 uncang teh any brand.
> 1 peket kecil krimer.
> 2 sudu kecil susu pekat
> air panas

Cara-cara;
- rendam teh dgn air panas setengah cawan selama beberapa minit.
- masukkan sepeket kecil krimer any brand. Kacau.
- masukkan 2 sudu kecil susu pekat dan tambah air panas. Kacau rata. Kalau uolls ada alat putar air boleh guna utk bagi effect buih. Kalau tiada uolls tarik je mcm kat kedai mamak tu. Siap. 

CREDIT RESIPI: Adnilsam Apat

SELAMAT MENCUBA

Sunday, November 6, 2016

Birthday Mama


Beberapa lepas burfday mama kita a.k.a burfday Nek Ma Fateh (3.11.2016). Majlis diadakan secara simple sahaja diantara ahli keluarga. 

Macam biasa, yg akan jadi Mastermind utk surprise burfday parents mmg kita la orangnya. Anak sulung la katakan, mmg takkan menjadi surprise kalau kita tiada.

Tiga hari sblm burfday mama kita da sibuk wassup group 'Siblings', mmg telah diwujudkan khas utk benda2 cenggini, kalau tiada apa2 mmg syp je group ni. Wassup adik-adik semua syp je, sibuk dgn kerja, igt planning tak jadi la mcm last year. Bila tiba sehari sebelum majlis baru ada respon, masing2 kelam-kabut fikir nak buat apa. Semua tunggu hakak sulung ni punya cadangan.

Jadinya, hakak sulung ni plan belikan kek burfday share sorang 15$ gitu, kami ada 4 org so bajet harga kek 60$. Memang ngam2 bajet hakak ni beli kek harga tu. Beli kek kat pekan Semenyih je, satu je kedai kek yg hado, nak beli kedai kek lain bkn tiada tapi jauh skit kat Tesco. Kek kat Golden Apple ni lg sdp dr King's Confectionery kat Tesco tu, sbb prnh tempah kek burfday Fateh kat sini mmg sdp sgt. Pilihan kek pun byk sgt sampai rambang mata. Ramai customer tetap akan repeat beli kat sini lg sbb mmg sdp. 

Oleh kerana rambang mata nak pilih, so kita decide kek yg kat atas tu, kek flavor mango sponge cake. Tak boleh nak lama-lama sgt pilih kek sbb bawak si kecik tu skali. Selalu nak kemana-mana kena tinggal dgn Nek Ma dan Atuknya. Kali ni saje bwk si kecik tu sbb kalau letak kejap kat Nek Ma nnt Nek Ma nya tanya pula umminya nak pergi ke mana dah tak surprise.

Ini je menunya simple, mama kita suka sate jadi mmg sate menu wajib kalau buat acara macamni. Mula-mula kami acah-acah ckp sate xde, ada ayam kepsi je hahaha. Ayam kepsi pun tambahan sbb mcm sikit sgt menunya.

Acara start pukul 8.30, petang tu adik dah kelam-kabut wassup bgtau mama nak mkn kat luar dgn abah. Adeh...rs mcm plan tak jadi je malam tu. Nak tak nak terpaksa bgtau yg kami nak belanja mkn sate. Terpaksa tau! Kita ckp dgn adik, mama ni mcm buat2 tak phm pulak yg kami nak buat surprise. Saje ler tu, igt kami lupa burfday mama.

si tecik ni pula yg eksaited.

Acara potong kek.

Permintaan dari mama nak abah suapkan kek.


Selamat Hari Lahir Mama. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. 


Friday, November 4, 2016

Penawar Kolestrol: Jus Qalbi Al-Ehsan


Assalamualaikum semua...entri kali ini Asha nak cerita serba sedikit mengenai produk kesihatan yg terbaru dipasaran iaitu Jus Qalbi Al-Ehsan.

Sebelum Asha nak explain lebih lanjut mengenai kebaikan produk Jus Qalbi ini adalah elok kiranya Asha nak jelaskan serba sedikit tentang penyakit kolestrol ini.

Kolestrol adalah lemak yang terdapat didalam aliran darah atau sel tubuh yg diperlukan untuk pembentukan dinding sel dan sebagai bahan baku beberapa hormon. Namun apabila kadar kolestrol dalam darah berlebihan, maka ianya boleh mengakibatkan penyakit seperti jantung dan strok.

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN

  1. Sakit Kaki - sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.
  2. Kram di malam hari - ketika tidur, pesakit kolesterol mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. 
  3. Lesu dan Migrain - terganggunya proses metabolisme lemak tentu memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana tubuh kekurangan tenaga.
  4. Perut kembung - berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.
  5. Berat badan berlebihan - lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.
  6. Jantung terasa sakit - berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.
  7. Muncul biji-biji atau pundi minyak disekitar mata ;


  Nampak...wajah jadi tak cantik kalau banyak sangat bintil-bintil kolesterol dibawah mata. Jom cegah sebelum melarat.


JUS QALBI AL-EHSAN

Diformulasikan dengan bahan-bahan asli semulajadi terpilih seperti;
  • Cuka
  • Bawang Putih
  • Madu
  • Halia
  • Lemon
APAKAH KEBAIKAN JUS QALBI AL-EHSAN INI ?

Bahan-bahan semulajadi yg terkandung dalam jus ini terbukti berupaya menurunkan kandungan kolesterol dalam tubuh badan dan ianya dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan.

Bukan itu sahaja, jus Qalbi ini juga mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangi risiko yg berkaitan dgn komplikasi jantung, strok dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.

Selain dapat menjana tenaga tambahan, kandungan vitamin C yg terdapat dalam jus ini juga baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dam sistem penghadaman. Jika sistem penghadaman kita baik sudah pasti perut anda akan kelihatan kempis. Jangan tak tahu, jus Qalbi ini juga merupakan agen pelangsingan semulajadi terbaik tau.

Jus ini sesuai diamalkan seisi keluarga.

Cara Pengambilan
Perlu goncang sebelum minum.
1 sudu makan sebelum sarapan
1 sudu makan sebelum tidur malam
 - GUNAKAN SUDU PLASTIK SAHAJA
- Di syorkan disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka.

HARGA;
Jus Qalbi AL-Ehsan 250ml RM79.00
Jus Qalbi AL-Ehsan 500ml RM149.00

Kepada anda yang ingin mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ini sila hubungi;

ALAMAT;
ALGAE PARK SDN. BHD.
No. 80A, Jalan Renang 13/26,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan

TEL: +603-5511 4366
FAX: +603-5511 1366

WEBSITE;

FB;

IG:
@qalbialehsan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...