Wednesday, October 12, 2016

Melaka - Klebang/Jonker Walk/Taman Rama-Rama

Salam sejahtera semua, sambungan entri ke Melaka. Entri sebelum ini BACA SINI

Tempat terakhir kami singgah sebelum pulang ke hotel adalah Pantai Klebang. Teringin beno nak tgk Bustel kat sini serta menikmati keenakan coconut shake yg digembar-gemburkan tu.

Pantai Klebang - bawak Fateh rasa pasir laut, mula-mula rasa geli je kaki dia pijak pasir laut tapi lama-kelamaan dia seronok.

Ni la Bustel. Tepi-tepi sepanjang jalan tu pun ada juga bas-bas lama diorng buat gerai makan. Satu kelainan juga disini. (FOTO SUMBER DARI GOOGLE)


Ini la cocnut shake yg digembar-gemburkan itu, rsnya biasa shj x de anyhthing yg spesel spt boh ice-cream ke. Maybe kedai yg kami pergi ni menunya kurang spesel skit berbanding kedai yg pertama dipersimpangan Pantai Klebang tu terlalu ramai org pula.

Aktiviti malam, before cari mknn kami singgah Jonker Walk dulu. Seriously dah tak meriah mcm dulu-dulu. Banyak kedai semua tutup awal sgt.

Sempat juga merasai ice-cream funny egg. Teksturnya bukan berkrim mcm ice-cream mangkuk tu tau tapi macam ice-cream stick tu. RM3 sebiji tuh.

Makam Hang Kasturi dalam area Jonker Walk.

Berfoto di Heritage Trail.

Sepanjang berada disini kami tak sempat nak naik River Cruise serta masuk rumah terbalik. 


Keesokan harinya before packing barang dan check out kami breakfast dulu.

Masa 2nd day breakfast tak jumpa nasi lemak. Last day br dpt mkn tp rasanya biasa shj. Bagi Fateh mamam bubur nasi pun x sedap sgt, Fateh sendiri yg tolak tak mahu makan. Tak sedap le tu.

Ha..nampak muka Fateh herot-herot tanda tak sedap hahaha.

Lepas tu bawa Fateh mandi kat swimming pool. Mula-mula takut, lama-kelamaan seronok smpai tak nak balik. 


Setel je packing dan check out kami singgah ke Taman Rama-rama dulu sebelum pulang.
Taman rama-rama & reptilia. Harga tiket pun dah mencanak naik. Dulu-dulu RM5 je skrg RM22 dah uolls. 

Rama-rama tgh lunch.

Agak lm juga kami duduk dlm sangkar rama-rama ni sbb rs nyaman je duduk dlm tu. Org pun x ramai jd nak duduk lama-lama sambil menikmati pemandangan rama-rama terbang pun selesa.


boleh la amik foto banyak2 dalam ni tanpa gangguan org lalu-lalang.





























spesis biawak yg paling ganas yg tgh menganga tu, dia sekor je kat dalam tu tak campur dgn spesis biawak yg lain sbb kuat menggigit.

Sampai je area sini sepatutnya mcm da habis je journey kami. Tapi rupa-rupanya ada lg binatang-binatang reptilia yg baru dibawa masuk letak kat sini tau. 



 Nah...dulu mana ada buaya, skrg sudah ada buaya, patut la tiket masuk dah mahal. Tapi tak pe la kan kira berbaloi dgn harga sbb kita rs mcm pnt juga pusing2 dlm ni, nampak mcm kecik je tempat ni. Ha...yg atas tu telur buaya, nmpk kecik je telur tu sm saiz dgn telur itik. Yg sebelah tu baby on board hahaha br menetas.

Spesis ular pun makin byk dah ditambah, anaconda la cobra semua ada dah. Rezeki pulak time dtg tgk ular tgh bertelurkan. Lagi satu attraction yg menarik kat sini, kalau korang berani lalu bawah ular ada sangkar khas utk masuk kesitu tau. Kita x berani la, intai2 dr luar tgk sekor ular tu tgh bergulung je kat dahan betul2 kalau lalu mmg ats kepala la. Kebetulan pula masa intai-intai tu nampak ada ikan dlm kolam tu pun mcm mintak tolong je berenang-renang nak naik ke darat sbb takut.

Lain-lain spesis yg ada disini, katak, belalang, kura-kura dan lain-lain spesis reptilia yg pelbagai. So berakhir sudah percutian pendek kami. 


Nota kaki: kalau ada rezeki kami lagi Insyallah bulan 11 ni pergi bercuti lagi. Dalam Malaysia je.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...