Thursday, October 27, 2016

Resipi Ayam Goreng Mamak





























Salam sejahtera readers...hari ni sis nak share resipi ayam goreng mamak simple. 

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 sudu tepung jagung 
3 sudu tepung beras
2 @ 1 tangkai daun kari

Bahan-bahan kisar:
3 ulas bawang putih*
1-2 inci halia*
2 sudu cili kering yg telah diblender
2 sudu rempah kari (daging/ayam)
1 biji telur
1 sudu lada sulah
Garam secukup rasa

Inilah bahan-bahan yg sis guna. Cili kering blender ni sis guna yg da siap beli punya tau, if korang nak ganti dgn cili serbuk pun boleh. Bawang putih 3 ulas, halia 2 inci, garam, lada sulah, serbuk kari ayam&daging brand Adabi dan sebiji telur.


tepung jagung sis guna yg atas ni, uolls jgn salah guna tepung castard perisa jagung pulak yek.

Tepung beras mmg tak pernah ada kat rumah sis ni sebenarnya, so mintak sikit kat mama, untung rumah parents sebelah je.

Bahan penting daun kari jgn dilupa. Petik belakang rumah mama juga.

Cara-cara memasak;
- Kisar dahulu bahan-bahan bertanda *. 
- Masukkan kesemua bahan-bahan kisar spt bawang putih, halia, cili kering, rempah kari,garam, lada sulah dan telur.
- Masukkan tepung jagung, tepung beras dan daun kari.
- Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

- Akhir sekali, masukkan ayam dan perap selama sejam atleast. Lagi lama lagi bagus.
- Selepas sejam barulah boleh goreng. 

Ayam yg telah digoreng rupanya seperti foto diatas sekali yek. Selamat mencuba.



Nota Kaki: next, resipi apa pula sis nak try yek, bila mood memasak udah mari macam ni ler.




Monday, October 24, 2016

Travel Tips

Salam sejahtera semua...entri kali ini sis nak share Travel Tips yg biasa sis buat kalau travel luar negara. Kebetulan sis jumpa tips ni kat FB lalu sis nak compare & share dgn uolls.

Plug extension. Kalau jenis mcm atas ni selalu sis bawa travel dlm Malaysia je sesuai. Kalau oversea kena pakai plug international sbb kepala plug x sm. 

Tapi skrg sis pakai extension macamni je sbb kebanyakan gadjet cable port semua macamni dah kan. Ada 6 port utk charge dn sgt cpt full bateri lau charge pakai extension ni. Yg ni pun asben sis punya, lau bab2 benda gini serah pd asben je dia lebih arif sbb selalu travel.

Ha...yg ni kalau dah terlupa nak bawa extension mmg sgt2 membantu. So far tak pernah buat lg mcmni masa travel, kecuali kat rumah je, ha...jgn tak tahu decoder astro pun sis guna juga utk charge gadget kadang2.

Lebihan coins ni selalu sis simpan masuk tabung je konon-konon nak buat kenangan negara mana yg dah pergi, tapi lau asben sis dia jenis yg selalu travel dan kadang-kadang tu negara yg sama so mmg sis kumpul dan serahkan pd asben bila sampai ms dia kena outstation. Jadi tidak la membazir kiranya sbb boleh guna semula.

Tips yg ke-4 ni, tak pernah terfikir nak ambil foto isi dalam passport tu spt butir-butir diri sebelum ini. Kulit passport tu prnh la. Kalau ticket flight on9 tu mmg save dlm email atau saved screenshot tiket, itu wajib karang nak balik tak lepas pula.

Tips ke-5 - yg ni sis follow, mmg selalu kami bawa luggage sorang satu sbb nak isi souvenirs. Isi pakaian pun mmg separuh luggage je.


So far yg ni tak pernah request sbb tiada bawa or beli barang-barang yg mudah pecah seperti kaca.


Tips ke-7 - Kalau yg jenis suka bawa perhiasan tu boleh la try, macam sis kalau travel tak bawa dan tidak pakai jewelry sbb bahaya kalau hilang di negara orang.


Yang ini penting, wajib beli. Byk jual kat Guardian dan Watson. Tapi sis tak pernah ada pun benda ni hihihii sbb sis selalu khaskan perfume misalnya yg botol kecil2 mcm drop perfume or cologne tu. Lps tu set penjagaan muka mmg bawa yg betul2 penting je spt facial wash shj. Untuk pencuci mekap pun sama bawa yg dah tinggal suku je. Lain-lain spt barang-barang mandian jarang bawa sbb selalu hotel sediakan. 

Cable ties ni mmg sgt2 berguna kalau uolls nak gantikan dgn mangga luggage tu. Selalu pasang kat luggage sebelum chek in. Make sure korang bawa pengetip kuku utk cut cable ties ni. Dilarang bawa gunting or pisau kecik ye. Kalau tiada kunci pun boleh guna tapi make sure jgn ikat sampai tiada ruang nak buka. Pernah sekali sis terpaksa pinjam gunting hotel nak buka tau huhuhu. 

So far tak pernah lagi guna tandas kapalterbang. Alhamdulillah buat masa ni tak pernah lagi la kena 'Q' panjang kat toilet airport negara org. Kebanyakan negara skrg airport da upgrade banyak toilet dah.



Tips ke-11. Pen mmg selalau ada dlm handbeg sis. Boleh dikatakan setiap handbeg sis mmg dah ada sebatang pen dan buku nota kecil. Macam biasa dlm flight akan diberi departure card utk diisi dan akan diserahkn pd pegawai imigration semasa check out nnt. 

Idea yg ini boleh digunakan jika anda tiada bekas khas yg lain utk disimpan. But sis punya cable agk byk nak simpan, so tak sesuai pula.

Tips yg terakhir. Tips paling penting nih, sis da mula belajar kemas dan susun pakaian style mcm gini, gulung-gulung mcm kek gulung. Cara macamni mmg efision sbb bila beg pakaian dibuka ianya tidak bersepah. 



Sekian sahaja comparing tips sis dgn travel bounty ini.

Thursday, October 20, 2016

Cantik Persis Celebriti di Celebriti Skin Expert

Salam sejahtera semua...

Baru-baru ini sis berpeluang menjalani rawatan muka - Collagen Facial Lifting secara percuma di Celebriti Skin Expert tau uolls. 


























Foto diatas adalah hasil sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Yang sebelah kiri tu hasil selepas facial, yg sebelah kanan tu sebelum tau. Boleh nampak perbezaannya, cuba perhatikan pipi sis pada foto sebelah kanan tu, senyum la sampai ke telinga sekalipun pun pipi x naik2 juga kan. Maklumlah time ni baru lepas pantang, paham-paham jela bila da beranak-pinak ni seri muka pun da mula berkurangan lagi-lagi umur da masuk 3series ni kan. Muka pun da mcm mak cik beranak 10 je huhuu. Mari kita lihat pula hasil selepas treatment pada foto sebelah kiri, wow vavavom kan, pipi ada naik gitu. Suami balik kerja tgk muka kita ada senyum sampai telinga da...katanya takdela nampak bekas-bekas parut jerawat dan bintik-bintik hitam lagi. Pipi pun da nampak tegang tak mcm dulu londeh je. Hamboi hihii.


Sebelum rawatan dijalankan sis kena isi form skin analysis ni dulu. Selepas itu staff di spa ini akan menganalisa tahap kelembapan kulit dgn satu alat khas. Kemudian kulit sis dianalisa lg dgn satu mesin khas untuk mengenalpasti jenis dan masalah kulit sis dgn lebih mendalam. Hasilnya, barulah kita akan tahu jenis rawatan apa yg sesuai dgn kulit muka kita.


Memandangkan kulit muka sis jenis berminyak maka rawatan mask coklat kurang bersesuaian dgn kulit muka sis, kaedah rawatan masih sama cuma bahan-bahan sahaja ditukar bersesuaian dgn jenis kulit sis.

Mula-mula wajah sis dicuci bersih-bersih dulu, kemudian muka sis disapu dgn bahan-bahan khas untuk mengeluarkan whitehead & blackhead. Lalu muka sis diwapkan seketika untuk membuka liang-liang pori muka supaya memudahkan proses-proses pembuangan whitehead & blackhead. Masa muka kena wap tu mmg pedih sikit sbb ianya bertindak balas dgn bahan yg disapu pada wajah sis. Part yg paling seram masa muka kena korek-korek untuk buang whitehead & blackhead. Pergh...Beauty is Pain kata ko. Tapi hasilnya memuaskan tau, rasa bersih sgt, suami pun puji. 



Proses seterusnya, muka sis disapukan dgn gel collagen dibahagian pipi kiri dan kanan untuk proses facial lifting pula. Kemudian staff spa akan menggunakan alat seperti foto diatas untuk menaikkan semula pipi sis yg dah kendur sikit ni ha. So...mmg immediate result la kan, rs bulat mcm telur je pipi ni ha. 

Proses terakhir, muka sis disapukan masker pula, ha...kejung la kejap muka sis. Bila dah selesai rawatan, staff spa akan bg kita bertenang-tenang dulu dgn memberikan urutan dibahu dan tengkuk selepas hampir 2 jam sis baring kejung kat situkan. Rasa sdp pula kena urut. Maka selesailah rawatan facial sis.


Inilah dia rawatan muka - Facial Whitening Chocholate yg termurah tu, harus cuba uolls, now semua wanita boleh cantik persis celebriti.

Lain-lain pakej yg ada disini;
> Spa Bridal
> Body Massage
> Back Massage & Bekam
> Eye bag treatment
> Eyelash perming treatment

Pakej-pakej lain treatment yg sis berkenan selain facial ialah eyelash perming, masa sis dtg tu pun ada sorang staff spa ni tegur 'eh...akak..buat extension bulu mata ke...panjangnya bulu mata' ha..kembang kuncup hidung sis hahaha. Sis ckp ori then dia suggest sis buat eyelash perming biar lg cantik, lentik sepanjang masa. Harga pun murah je RM68, hurm..berminat nak buat sbnrnya sbb tak perlu pakai pelentik bulu mata dah nampak lg kemas dan cantik je dgn rawatan perming ni. Next time harus cuba nih.

Buat wanita-wanita diluar sana yg berminat nak cantik untuk suami dgn harga yg berpatutan disini la tempatnya. Sebelum dtg mesti booking buat appointment dulu tau.

Lokasi:
Celebriti Spa Studio
No.6A, 1st floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi;
(11am - 8pm)
Hari khamis - Closed

Booking tarikh & waktu untuk temujanji;
Whatsapp 📲MIZZ FIZA 011-12825902
📲MIZZ NURIN 012-9409372 🌸
📞📞📞CALL 03-55194159

Like page FB Celebriti Beuty Studio
or
IG: @spa_best_murah


Wednesday, October 12, 2016

Melaka - Klebang/Jonker Walk/Taman Rama-Rama

Salam sejahtera semua, sambungan entri ke Melaka. Entri sebelum ini BACA SINI

Tempat terakhir kami singgah sebelum pulang ke hotel adalah Pantai Klebang. Teringin beno nak tgk Bustel kat sini serta menikmati keenakan coconut shake yg digembar-gemburkan tu.

Pantai Klebang - bawak Fateh rasa pasir laut, mula-mula rasa geli je kaki dia pijak pasir laut tapi lama-kelamaan dia seronok.

Ni la Bustel. Tepi-tepi sepanjang jalan tu pun ada juga bas-bas lama diorng buat gerai makan. Satu kelainan juga disini. (FOTO SUMBER DARI GOOGLE)


Ini la cocnut shake yg digembar-gemburkan itu, rsnya biasa shj x de anyhthing yg spesel spt boh ice-cream ke. Maybe kedai yg kami pergi ni menunya kurang spesel skit berbanding kedai yg pertama dipersimpangan Pantai Klebang tu terlalu ramai org pula.

Aktiviti malam, before cari mknn kami singgah Jonker Walk dulu. Seriously dah tak meriah mcm dulu-dulu. Banyak kedai semua tutup awal sgt.

Sempat juga merasai ice-cream funny egg. Teksturnya bukan berkrim mcm ice-cream mangkuk tu tau tapi macam ice-cream stick tu. RM3 sebiji tuh.

Makam Hang Kasturi dalam area Jonker Walk.

Berfoto di Heritage Trail.

Sepanjang berada disini kami tak sempat nak naik River Cruise serta masuk rumah terbalik. 


Keesokan harinya before packing barang dan check out kami breakfast dulu.

Masa 2nd day breakfast tak jumpa nasi lemak. Last day br dpt mkn tp rasanya biasa shj. Bagi Fateh mamam bubur nasi pun x sedap sgt, Fateh sendiri yg tolak tak mahu makan. Tak sedap le tu.

Ha..nampak muka Fateh herot-herot tanda tak sedap hahaha.

Lepas tu bawa Fateh mandi kat swimming pool. Mula-mula takut, lama-kelamaan seronok smpai tak nak balik. 


Setel je packing dan check out kami singgah ke Taman Rama-rama dulu sebelum pulang.
Taman rama-rama & reptilia. Harga tiket pun dah mencanak naik. Dulu-dulu RM5 je skrg RM22 dah uolls. 

Rama-rama tgh lunch.

Agak lm juga kami duduk dlm sangkar rama-rama ni sbb rs nyaman je duduk dlm tu. Org pun x ramai jd nak duduk lama-lama sambil menikmati pemandangan rama-rama terbang pun selesa.


boleh la amik foto banyak2 dalam ni tanpa gangguan org lalu-lalang.





























spesis biawak yg paling ganas yg tgh menganga tu, dia sekor je kat dalam tu tak campur dgn spesis biawak yg lain sbb kuat menggigit.

Sampai je area sini sepatutnya mcm da habis je journey kami. Tapi rupa-rupanya ada lg binatang-binatang reptilia yg baru dibawa masuk letak kat sini tau. 



 Nah...dulu mana ada buaya, skrg sudah ada buaya, patut la tiket masuk dah mahal. Tapi tak pe la kan kira berbaloi dgn harga sbb kita rs mcm pnt juga pusing2 dlm ni, nampak mcm kecik je tempat ni. Ha...yg atas tu telur buaya, nmpk kecik je telur tu sm saiz dgn telur itik. Yg sebelah tu baby on board hahaha br menetas.

Spesis ular pun makin byk dah ditambah, anaconda la cobra semua ada dah. Rezeki pulak time dtg tgk ular tgh bertelurkan. Lagi satu attraction yg menarik kat sini, kalau korang berani lalu bawah ular ada sangkar khas utk masuk kesitu tau. Kita x berani la, intai2 dr luar tgk sekor ular tu tgh bergulung je kat dahan betul2 kalau lalu mmg ats kepala la. Kebetulan pula masa intai-intai tu nampak ada ikan dlm kolam tu pun mcm mintak tolong je berenang-renang nak naik ke darat sbb takut.

Lain-lain spesis yg ada disini, katak, belalang, kura-kura dan lain-lain spesis reptilia yg pelbagai. So berakhir sudah percutian pendek kami. 


Nota kaki: kalau ada rezeki kami lagi Insyallah bulan 11 ni pergi bercuti lagi. Dalam Malaysia je.



Melaka- - Thousand Tales of Adventure

Last weekend pergi bercuti ke Melaka, itupun planning last minit last month. Tiba2 asben ajak bercuti, sepatutnya pergi last week tp sbb asben ada team building pulak so postponed. Itu yg akak mogok pi zoo negara tu hehehe.





























Kami menginap di Hotel Mahkota Melaka, betul2 berhadapan dgn Mahkota Parade. Harga 1 malam around 200++ termasuk breakfast. Facilities yg ada mcm biasa la standard hotel ada swimming pool, gym dan lain-lain lg. Tapi kami dpt booked bilik jenis service apartment, ada ruang tamu, dapur dn 1 bilik tidur. Tapi best jugak bilik macamni, bila anak tak nak tdo boleh lekakan dia tgk tv ke kartun ke kat ruang tamu, so kita boleh rest dlm bilik jap tanpa gangguan. Cuma tu la, brg2 spt perabot je mcm da lm skit. Dari segi keselesaan lain spt parking ok la parking under hotel punya tak payah nak berebut mcm hotel jenis kat kedai tu, dah la kena berebut lps tu kena byr pulak parking.

So, first day(sabtu) sampai pun da agak lewat ptg gara2 terkandas dlm highway ada eksiden pulak, mmg rest je la sampai kul 9mlm. Ikutkan hati mls nak keluar dah sbb pnt, tapi perut dah berkeroncong makanya keluar juga la mlm tu cari mknn then ada pulak uptown depan menara taming sari tu jln2 jap.

Keesokan harinya, hari ahad tu br la jln2 1 bandaraya Melaka. Before round satu Melaka tu kami pi masuk 'Melaka Thousand Tales of Adventures' dulu. tempat ni berdekatan dgn menara Taming Sari tu.

Kiranya ni salah satu newest interactive attraction kat Melaka. 
Waktu operasi: Isnin-Khamis(10am-7pm)
Jumaat-Ahad(10am-9.30pm)

Harga Tiket: Dewasa-RM25
Kanak2 4-12tahun-RM20

Sebelum bermulanya pengembaraan kami diberikan sedikit penerangan.

Lembah Cactus-pengembaraan pertama kami kena lalui lembah cactus ni dulu dan cari jwpn pd soalan yg tertera pada pintu utk ke next pengembaraan. Kalau tak dapat jwb boleh je tekan keylock door tu utk pengembaraan seterusnya. Utk yg first ni kami x dpt jwpn padahal jwpnnya ada pd pamplet yg kami dpt huhuhuu. 

Next pengembaraan kami ke penjara tengkorak. Yg ni belum rs seram lg sbb tengkorak je. Kat sini kitorang dpt la jwb soalan yg diberi walaupun agk lm jg nak dptkn jwpn tu, dok kelek2 tengkorak tu utk dptkn clue. Rupa-rupanya jwpn ada pd jam dinding yg byk2 kt situ.



Da lps dari penjara tengkorak kami lalui persimpangan obor-obor pula, kat sini just amik foto je.




Lepas tu kami masuk ke kamar labah-labah dan cari jwpn utk next pengembaraan. Kat sini pun kami agak lm juga mencari jwpn, tak susah pun jwpnnya sbnrnya cuma nak cr dlm keadaan kelam mmg payah skit.

Akhirnya kami masuk ke sarang raksaksa. Kat sini kita rs seram skit even mayat-mayat patung ni tak bergerak pun hanya digantung aje pun da rs x selesa nak berlama-lamaan kat sini. Siap suruh asben cpt2 pi cr clue kt kepala yg bergantung-gantungan tu sendiri, kita seram la nak kelek-kelek kepala tu huhuhu. Nasib baik Fateh rileks je tak takut.


The Final Combat. Di sini kami bertarung secara 7D pulak. Main tembak2, siap ada air sembur-sembur habis basah kepala Fateh. Tapi rs mcm over sgt effect airnya tu, pi tgk 7D kat Universal Studio Singapore & kat Bukit Tinggi pun x mcmni huhuu. Walauapapun Fateh seronok sgt, tak takut pulak dia sbb sound effect nya agk kuat dan kerusi tu bergerak-gerak agk ganas juga.

Next place kami pergi ke Malacca River. Tiada yg spesel disini, nak berfoto pun tak de selera gara-gara mamat 'B' ramai sgt kat sini. Deme je nak berfoto-foto.

Sempat amik gmbr 2, 3 je.

Lps tu kami tour 1 Bandaraya Melaka dgn mengambil pakej berbeca pada harga RM50. Mahal ke murah tu uolls, tp bg kita utk pglmn yg berharga bersama keluarga lagi-lagi inilah pglmn pertama Fateh kira berbaloi la.

Beca kami Hello Kitty tue.../ Menara Taming Sari, tak dpt nak naik sbb rosak.

Berfoto disini, Fateh takut pulak tiba-tiba, dia igtkan kami nak tinggalkan dia kat sini hihii.


Alahai...susah betul anak ummi ni nak senyum.


Berfoto di Kota A'Famosa.


Ramai pelancong Philippines dtg sini dah skrg.


Last tour kat sini. Berfoto diluar kapal je, mls nak masuk dlm sbb kena buka kasut.




 Nota Kaki: Ok, finished part I, tggu part II pula.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...