Saturday, May 7, 2016

My New Toy - Sewing Machine

Plan nak beli mesin jahit ni dah lama, kita kumpul duit dulu baru beli. Sebelum nak beli tu opkos ler kena survey dulu kan. Nak jadikan cerita, kita ada la like satu page sewing machine ni tgh buat sale, at the same time kita mmg minta pendapat mama dgn abah dulu sbb mama kita mmg tukang jahit langsir dan abah pula technician barang2 letrik so diorang ni dah pakar la bab2 mesin jahit ni. Abah try tanya kawan dia yg pakar mesin jahit ni brand apa yg bagus dan mudah mencari spare partnya kalau rosak. So, kwn abah kata brand Singer & Brother so kwn abah tu suggest pi kedai kat Alam Damai, Cheras dan kedai tu mmg khas jual mesin jahit brand tersebut dan harga pun berpatutan. 

So, weols pun pergi la ke tempat tersebut, sampai2 je tgk signboard kedai tu mcm sama je dgn page yg kita like tu. Dalam hati pun berkata-kata 'eh..kedai ni punya nama macam sama la pulak dgn page yg aku like tu'. Masuk je showroon kita dah rambang mata, baru tgk tools kit menjahit je dah gila, lepastu tgk pulak bekas letak tools kit utk benang dan sekoci tu cantik2 pulak mcm beg mekap tak ke rambang mata. Bukan kita je rambang mata, mama pun sama hikhik. Mesin jahitnya pula macam-macam Brand yg ada rupanya.

Masa ni staff kat kedai tu tgh ajar kita bagaimana menggunakan mesin jahit ni. Rasa excited sgt tapi macam kena blajar sendiri blk tgk manual book or CD yg diberi.


Tarra...akhirnya my abah tolong pilihkan mesin jahit Brand Singer 4432, katanya kawan dia suggest brand ni baguih walaupun kita rasa berkenan kat mesin jahit brand Brother. Tetapi better kita ikut org2 yg dah berpengalamankan, karang rosak x de spare pasrt sendiri yg susah. Then, kita pun beli la sikit peralatan-peralatan menjahit spt benang, pensil, tracing paper, gunting, buku menjahit dan lagi satu tu tak igt namanya tapi akan digunakan sekali dgn tracing paper.

Ni la bekas simpan benang, gunting dan lain2 peralatan menjahit yg kita berkenan tu, macam bekas mekapkan?

yang ni mama kita punya, sbnrnya berkenankan yg ini tapi mama dah chop dulu huhuu.



Ni la page yg kita like tu. LSN Sewing Machine.



LSN buat sale sampai 8/5/2016. Memang bernasib baik datang sebelum tarikh sale berakhir.

Kalau uols nak tau, sepanjang kami kat sini ada la sorang pekerja kat situ dok amik gamba kami dan pengunjung2 lain, kita syak mesti diorang nak upload dlm FB. Memang sangkaan ku tepat, balik je umah check FB tgk ada gmbo abah kita dok angkut mesin jahit tapi malangnya gmbo kita, mama dan Fateh takde.. :(


Lepas dah setel beli mesin jahit, kita ajak abah dan mama makan tengahari. Tempat makan kita bagi abah yg pilih so pilihan beliau Bidor Station, katanya dah lama tak makan kat sini sejak berpindah dok kampung.

Oooh Jalan-jalan cari makan dah mai sini rupanya, dulu pergi lom ada pengiktirafan dari rancangan ni lagi.

Suasana dalam restoran. Ada banyak gambar selebriti2 yg pernah makan kat sini.


Minuman kami-Mango/watermelon/Jus Kedondong.

Makan tengahari kami order-1 set Nasi Kemangi(atas) dan 2 set(bwh) nasi goreng sambal udang petai. Untuk nasi kemangi kita bg 3/5 bintang sbb sambal bacangnya kurang mengancam. Untuk nasi goreng sambal udang petai pula kita bagi 4/5 bintang.





Foot Note: harap2 tak bersawang la mesin jahit hakak tu.... 





Wednesday, May 4, 2016

Review Buku: Sultan Muhammad Al-Fateh

Teringat kata-kata seorang ustaz ni di Facebook, 'Kalau nak letak nama anak se'glamour' mana pun biar ada maksud dan jika nama anak itu dtg dari nama pemimpin-pemimpin Islam yang terbilang adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak kita seperti pemimpin-pemimpin tersebut'. Rasa mcm besar sgt tanggungjawab nak didik anak jadi seperti itu.

Letak nama anak pun memang amik sempena nama Sultan Turki iaitu Muhammad Al-Fateh yg bermaksud 'Sang Penakluk'.

Kebetulan jalan-jalan kat Billion Seri Iskandar, Perak jumpa buku ni kat kedai buku terus beli. Harganya sebuah RM 24.00





Apa yg menarik didalam buku ini terdapat infografik-infografik bagi memudahkan pembaca memahami proses-proses dan strategi-strategi yg digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menakluki Kota Konstantinopel(Istanbul)

Sinopsis - Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan anak kepada Sultan Murad iaitu Sultan pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyambung hasrat ayahandanya dalam percubaan menawan Kota Konstatinopel yg kini dinamakan Istanbul.

Sultan Muhamamad Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453.

        Kesimpulannya, Sultan Muhammad Al-Fateh ni seorang pemimpin yg bijak bukan setakat di medan perang sahaja malahan bijak membuat dasar pembangunan, pendidikan, kesenian dan pemerintahan. Boleh dikatakan Sultan Muhamamd Al-Fateh ni seorang pemimpin yg berjiwa rakyat, beliau tidak suka menyusahkan rakyat, malahan beliau akan memastikan semua kanak-kanak di negaranya mendapat pendidikan yg sempurna. Manakala cukai yg dikenakan kepada rakyat pun tidak menyusahkan.

So lepas ni kena didik anak syurga ummi ni jadi Sang Penakluk ler. Jgn jadi Sang Penakluk Hati wanita aje udah ler.

Sang Penakluk hati ummi ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...