Monday, March 21, 2016

Reunion Crazee Team

Sabtu yg lepas (19/3/2016) telah berlangsungnya acara perjumpaan kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih utk tahun 2002-2003. Kiranya tahun2 sebelum tu kita sekolah lain.

Perancangan telah dibuat dua bulan sebelumnya kalau tak silap kita. Dari perancangan tarikh, masa dan tempat seterusnya kami merancang menu apa yg perlu dibawa oleh setiap ahli. Tak lupa juga seminggu sebelum perjumpaan itu ada dikalangan ahli telah mencadangkan untuk pemakaian tema warna pada hari tersebut.

Ini la menu-menu kami, nampak macam simple dan sikit tapi bila dah letak atas meja, amik itu ini sikit2 jadi kenyang juga dan siap semua ahli boleh tapau bwk balik lagi tu.




Diantara yg membuka selera kami pada perjumpaan tempohari opkos la Spaghetti Carbonara cheff Romi. Harus cuba sedap, itupun sbb ada ahli yg request, lepas la hajat mak buyung tu nak makan ni.

Lain-lain menu yg ditunggu2 oleh kami sudah tentu masakan kampung-daging salai masak lomak cili api dgn pisang pergh...berapi mkn tapi sodap. Resipi asli air tgn org negeri sembilan ni tau. Tuan eh salai sendiri tau daging tu.

Ni buktinya, tuan eh siap send gmbo daging tgh disalai kt wassap group malam sehari sblm perjumpaan kami tu.


Acara seterusnya selepas kami makan-makan, acara tukar-tukar hadiah dikalangan ahli. Yang ni kami plan seminggu sblm perjumpaan, sempat juga la pi cari hadiah.








Berfoto sebagai kenang-kenangan sebelum pulang. Masing-masing dah beranak-pinak. Yang paling kiri tu anak dia yg paling besar diantara kami, dah nak jadi anak dara dah tu.


Last foto kami Welfie.


Ni la hadiah kita dapat.

Thanks sahabat


 Actually ni kira reunion kami buat kali kedua. First reunion dulu tak ramai macamni even yg kali ini punya perjumpaan pun still ada 4 org ahli lagi yg tidak dapat hadir. Insyallah next time hope semua dapat hadir.




Thursday, March 17, 2016

Sago Fruit Koktail






















Ni la dessert yg paling aku suka buat selalu sbb sedap, mudah dan ringkas.


Bahan-bahan;

1-Sago putih
2-Susu sejat cair
3-Gula Melaka
4-Tropical Fruit Koktail


Sago ni kita guna separuh paket je. Dibasuh dulu kemudian ditoskan.

Gula melaka kita pakai 4 ketul. Cairkan

Bila gula melaka dah cair kita masukkan sago.

lepas tu terus masukkan susu sejat cair.

kacau-kacau rata dan masukkan gula untuk tambahkan rasa manis tu lagi, kita suka guna gula perang. Lepastu tunggu sampai menggelegak sikit lalu ditutup api. Selepas 3 jam baru boleh makan sbb masa ni sago dah kembang. Nak lagi sdp selepas masak tu tunggu sejuk sikit lepas tu baru boleh simpan dalam fridge untuk disejukkan sebelum dimakan bersama fruit koktail.

Selepas 3 jam anda dah boleh nikmatinya dgn fruit koktail anda.


Tips: Kalau suka gula merah lebih boleh kurangkan susu cair tu dari guna setin boleh guna setengah tin shj.









Thursday, March 3, 2016

Resipi Ketam Bercili


Salam readers...kali ini kita nak share resipi Ketam Bercili. Bahan-bahannya;


Bahan A-Ketam
  • 4 ekor ketam (size sederhana)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit/lebih(terpulang pada anda)
  • Minyak masak (utk menggoreng)
  • 1 helai daun kunyit dicarik

Bahan B-Sambal Cili (Dikisar)
  • 5 biji cili merah(Kuantiti boleh ditambah)
  • 5 biji cili api (kuantiti boleh ditambah jika suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang serai

Bahan C-Perasa
  • 1 sudu kecil asam jawa(kita pakai asam jawa Xtra yg tiada biji)
  • 1 sudu teh garam(boleh ditamabah jika kurang masin)
  • 1 sudu gula(boleh ditambah jika sambal terlalu pedas)


Cara-cara Memasak;

Basuh ketam bersih-bersih lalu ditoskan.

Perap ketam dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit atleast.

Panaskan minyak dan goreng ketam - boleh pilih nak goreng garing-garing seperti diatas atau separuh masak.

Sementara menggoreng ketam tu boleh la prepare bahan-bahan sambal utk dikisar.

Keluarkan setengah minyak gorengan ketam bagi menumis sambal. Tumis sambal sehingga pecah minyak.

Masukkan ketam, gaul rata dan bahan C tadi iaitu bahan perasa-garam, gula & asam jawa jgn lupa letak yek. Setelah itu barulah dimasukkan daun kunyit yg telah dicarik-carik sebelum dihidangkan.
Setelah siap dimasak boleh la dimakan bersama nasi panas-panas yek.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...