Friday, February 5, 2016

TAWAS - Tabung Warisan Anak Selangor

Dua hari lepas collect sijil beranak yg baru, lepas da collect tu terus je terjah kaunter TAWAS ni kat luar JPN Kajang.

Sebelum nak apply TAWAS ni kena la bawa dokumen-dokumen yg diperlukan seperti;

1- Salinan IC Bapa
2- Salinan IC Ibu
3- Salinan myKid anak/surat beranak (Utk Syarat 1).

Sebenarnya ada syarat-syarat nak pohon TAWAS ni. Boleh refer pamphlet dibawah ini;

Terbuka utk anak-anak yg lahir di Selangor (bawah 3 thn je tau).


Syarat-syarat permohonan seperti diatas. Untuk kes kita ni syarat permohonan adalah 'Syarat 1', sebab kita mmg lahir di Selangor dan anak pun sama, kecuali bapa lahir kat Perak.




Lepas dah serah dokumen-dokumen salinan yg diperlukan, pegawai yg bertugas akan beri satu borang utk diisi, cth seperti dibawah;

Begini la rupa borangnya. Bahagian bawah sekali(Slip Penerimaan) akan dikoyak dan kita simpan utk semakan melalui on9 nanti samada permohonan kita lulus atau tidak. Contoh yg lebih clear seperti dibawah;


Masa nak buat semakan tu nanti masukkan nombor myKid anak yek. Macamana nak semak, kena pergi layari website yg tertera bwh slip tu.

Kalau dah lulus nnt kena ambil kad keahlian Si Manja Tawas ni kat HQ ataupun mereka akan sms untuk collect masa acara pelancaran TAWAS nnt di Semenyih.


Banyak lg sebenarnya kelebihan-kelebihan TAWAS ni selain anak anda akan dapat RM1500.00 selepas usianya mencapai 18 tahun nanti. Nak tahu lebih jelas boleh la layari website tawas.org.my




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...