Friday, February 19, 2016

Shoppe My - Aplikasi Shopping On9 baru di Smartphone



Kalau korang perasan kat Instagram (IG) dok promote aplikasi baru shopping on9 'Shoppe My' ni tau. Mula-mula kita tak heran sgt tapi setelah nampak Shoppe My ni dok promote hrga murah utk produk magic Hair Comb ni terus click page IG tu sbb mmg tgh tercari2 produk tersebut.

Mula-mula igt barang tu dijual kat page IG je tapi rupanya kena la install apps tu dulu.

Lepas da install kena la buka akaun anda kat sini. Boleh letak gambar anda sekali kalau mahu.


Lepas da sign in tu boleh la usha-usha barang-barang yg hendak dicari tu.


Oleh kerana dah tau barang apa yg hendak dicari tu terus la search produk yg berkaitan dgn barangan penjagaan rambut yg kita cari-cari tu.


Keluar la pelbagai produk penjagaan rambut.


Lepas tu kita pun click la barang yg dicari-cari tu kan. Akan keluar harga barang beserta yuran penghantaran kat situ.


Sebelum click 'Buy Now' tu kena la baca dulu description product.


Boleh scroll bwh lagi dan anda boleh nampak kat bawah tu ada produk yg sama juga  yg dijual oleh penjual lain dgn harga yg berbeza. Kat sini kelebihannya kita boleh pilih produk yg sama tapi pada harga yg berbeza. Jadi...buatlah pilihan yg tepat.



Setelah berpuashati dgn description product yg tercatat kat situ baru boleh click 'Buy Now' lepas tu akan keluar kuantiti stok yg tinggal dan boleh tambah kuantiti jika mahu dgn hanya click pada logo (+) .


Selepas setel buat pembayaran secara on9 di 'To Pay', akan keluar paparan 'To Ship' pula. Bila si penjual dapat mesej dr sistem Shoppe My bahawa ada pembeli yg dah buat payment nnt akan keluar paparan 'Product will be shipped out by date' (seperti yg tercatat di atas). Boleh click 'Contact Seller' utk bg dia alert yg kita dah beli brg dia.


Akan keluar paparan seperti diatas. Kalau si penjual rajin nak follow up customer dia akn reply mesej kita.


Kena rajin check aplikasi korang tau utk dapatkan maklumat ketibaan barang yg telah di order tu. Kat ats ni si penjual assume barang kita akan tiba pd date sekian...sekian tapi alhamdulillah kita dapat awal dr date yg diberi. Bila barang dah sampai tu silalah check kondisi barang dulu lepas tu baru click 'ORDER RECEIVED'.


Keluarlah paparan seperti diatas. Click 'CONFIRM' jika setuju barang yg diterima dalam keadaan yg baik.

Langkah seterusnya keluarlah paparan 'Completed'. Silalah click 'RATE'


Rate la mana satu yg korang rasa sesuai.


Courier services yg 'Shoppe My' gunakan adalah Pos Laju, kita mmg suka courier Pos Laju ni sbb sampai kat umh lagi-lagi stay kat kwsn kampung tak macam courier services yg lain sampai kena ambil barang kt branch pulak.

Ini la Magic Hair Comb kita

Menggunakan paparan LCD utk monitor suhu.

Button tepi tu boleh laras suhu tinggi dan rendah.

Hasil setelah menggunakan produk ini biarlah encik bosh aje yg lihat dan menilainya hehehe.







 Nota Kaki: Untuk mereka yg nak cepat lariskan produk boleh la guna aplikasi ini, lebih cpt terjual barangan anda.

1 comment:

Vô Thường Hoa said...

Shopee My APK contains an over all score of four over the Google Play keep with nicely over 500000 installations to this buying app that still acquired superb critiques originating from 8053 customers.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...