Thursday, February 11, 2016

Resipi Bubur Fateh - Nasi+Bayam+Ikan Bilis

This week Fateh dah start makan bubur nasi campur lauk seperti sayur dan ikan bilis. Sebelum ni start makan bubur nasi kosong je just campur susu - Bubur Nasi+Susu 
Bila Fateh dah boleh terima makan bubur nasi kosong barulah umminya tambah lauk pula.

Kali ni kita buat stok ikan bilis dulu. Stok ni boleh simpan utk buat byk kali, so tak perlu la tiap kali nak masak bubur nak kena buat stok bilis dulu.


Mula-mula basuh dan rendam ikan bilis dulu bg buang rs masin. 

Lepastu ditoskan.

Dan...kita sangai ikan bilis ni tanpa minyak dgn api yg perlahan.

mcmni la rupanya bila da agak masak disangai. Tunggu sejuk sikit baru boleh kisar.

Ini la rupanya bila dah dikisar halus. Baunya sebiji mcm keropok goreng. Kita buat sikit je dulu sbb nak test Fateh suka ke idok, kang buat stok byk2 x mkn pula. Seelok-eloknya stok bilis ni disimpan didalam bekas kedap udara.


Now, dah boleh prepare bubur nasi pula.

Mula-mula kita tanak nasi dulu sampai jadi bubur. Tapi sebelum nak jadi bubur tu, agak-agak dah menggelegak sikit kita masukkan daun bayam.


Lepas tu kita masukkan pula stok bilis dalam 2 sudu kecil. Masak sampai jd bubur then tutup api, tunggu sejuk sikit baru kisar halus yek.

Ni la rupanya selepas dikisar. Boleh makan dua kali. Mula-mula bagi makan campur sesudu kecil susu sbb Fateh tak biasa lg mamam 'pure' bubur nasi macamtu je. Tapi bila second time buat Fateh dah boleh terima makan tanpa campur susu.


"dapnyer ummi masak...nyum...nyum.."



Nota Kaki: Next week nak try bg puri buah-buahan pula.




2 comments:

yoorin melacolea said...

nice try asha.. x pernah pulak buat buat stok ikan bilis macam tu.. tunggu adik irine nanti lah baru buat.. hehehe

Ashmira said...

Senang skit kalo stok da ada jimat ms.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...