Tuesday, February 23, 2016

Eco Majestic - Floral Expo

Semalam pergi Floral Expo Eco Majestic dekat Beranang sempadan dengan Semenyih. Dari rumah nak kesana ambil masa 10 minit je.

Sebelum ni dah pernah datang kesini tapi masa tu takde event macamni pun. Datang sini dulu pun dengan asben sbb nak survey rumah, masa tu kita dalam pantang, siap bawa Fateh lagi. Memamg tak dan nak ambil gambar masa tu, pusing-pusing tgk landskap pun naik buggy car je. Masa tu rasanya takde lagi Eiffel Tower, kincir angin dan lain-lain arca, hanya landskap bunga je. Itupun dah rasa kagum sangat, macam berada di Taman Larangan Istana pula. Boleh bayangkan cerita Cinderalla la, Snow White la time tu.

Kali kedua datang kesini kita bawa mama pula, sbb tahu mama memang suka tgk bunga-bunga ni. Saje bagi mama idea untuk buat landskap kat rumahnya nanti.

Pintu masuk Taman Larangan Eco Majestic. Boleh pilih nak pergi mana dulu, London, Shanghai, Paris or Amsterdam

Kami berfoto di Swan Lake. Teringat cerita Fantaghiro pula.

Fateh dan nenek.

Cuaca agak panas juga walaupun pagi.

mama pun suka berposing macam I hehehe.

Tak dapat pi London ala-ala macam London pun okey ;) 

Banyaknya payung.  

Fateh memang suka ralik ke benda lain hurm...

Berfoto dengan Eiffel Tower je tak sempat sbb time ni Fateh da meragam. Mama kita je yg sempat berfoto.

Ungkapkan kata-kata cinta anda disini.

Fateh da boring sangat dah time ni.

Last foto sebelum pulang.


Masuk adalah percuma sehingga 6 Mac 2016. Cepat-cepat pergi tau.



2 comments:

yoorin melacolea said...

lepas 6hb masih boleh masuk ea sha..tp kena bayar la kan?

Ashmira said...

Eh tak la...selagi rumah kat situ tak siap boleh masuk tapi sebagai pengunjung yg konon-konon nak beli umah ler. Buat-buat ler konon nak survey rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...