Wednesday, January 20, 2016

Cat Lovers: Good Meowning Cafe

Petang semalam takde aktiviti apa-apa nak buat kat rumah so ajak mama pergi cafe kucing. Sebenarnya da lama nak pergi sini, nak kata lama sangat pun tak juga, lagipun cafe ni baru je buka pada 4 Januari 2016 yg lalu tapi masa tu opkos la ramai orang terjah kan so plan pergi lepas seminggu dua dari date opening GM ni ler. Biar reda sikit baru seronok nak gomol-gomol kucing kan. Pergi pula hari biasa ok sikit tak ramai orang.

Sampai je pose dulu kat tepi cafe ni. Hurm...Fateh mmg tak pandai posing.

Badang - mula-mula masuk cat area ni dia melepek je macamni, tido kat tengah-tengah jalan, betul-betul depan pintu masuk. Dia yang paling besar kat sini tau.


Jaguh - sangat lincah dan bijak, pandai dia pilih mainan dia sendiri. Entah bila la dapat bela kucing baka macamni yek.


Satu-satunya stray cat kat sini, mesra dengan orang tp suka sgt menyakat Badang. Kes jeles la ni...Badangkan gagah, ensem pulak tu hehehe.


Bunga Cengkih -Very playful. Mula-mula kita agak umurnya 7 bln ke atas, biasanya umur mcm ni mmg lincah nak main je. Tapi bila baca info pasal  Bunga ni kat facebook GM, anggaran umurnya 4 thn dah, sbb giginya banyak dah x de. Memang kuat main dia nih.


Benda menarik kat sini selain kucing-kucing yang super comel - meja makan kat tepi tu asalnya mesin jahit lama brand Singer telah diolah menjadi meja. Kreatif owner cafe ni, sambil makan boleh pijak pemijak kaki tu sambil gerakkannya ala-ala mcm nak menjahit. Mak den lak berkenankan lantai purple ni, katanya cantik berkilat, hahaha pulok.


Yang muka garang ni namanya Labu kalau tak silap, kojo eh nak tido je, bila kita usap-usap badannya marah, lagi dia marah lagi suka kita sakat hikhik.


Macm biasa la, Fateh tak pandai pandang camera huhuuu...


Selfie dulu la dgn Jaguh.  


Badang suka main handbeg kami, barangkali ada bau kucing-kucing kami kot.


Mula-mula si Badang ni masukkan kepala dia dalam beg kita hihihiii cr apa pun x tau la. Perangai sebiji macam momo kucing kami.


Yg gelap tu namanya Arang.

Tempat ambil order. Order hanya diambil kat kaunter sahaja, lepas tu bayar. Yang baju pink tu la owner GM ni.


Buat masa ni, ini sahaja menu yang ada kat cafe ni, tapi ada la satu dua menu baru yg x masuk dlm list ni lagi, antaranya Laksa. Harga makanan bagi kami berpatutan, tak mahal sangat. Hope next time GM ada buat menu snack yg simple seperti waffle, sweet corn dan ice blended, mesti lagi ramai yang datang.



Kami order Spagheti Ariffia, yang ni memang sedap, org yg tak makan spageti macam aku ni pun boleh jadi suka makan. Rasanya macam makan mee hailam versi kuah putih gitu. Kebab ayamnya pula bagi kita kureng la maybe kita tak suka sayur carrot dgn kacang merah tu kot.


Air minuman pula kami order Kopi dan White Coffee, airnya memang kami puji la sedap, cukup rasa, tak terlebih manis, tak terlebih kopi dan creamer means ngam2 la rasanya. Sedap. 
So far, foods kat sini semuanya owner GM yg masak, sbb kami sempat juga berbual-bual dgn owner GM ni, dia sendiri yg bagitau dia masak semuanya pagi-pagi.



Waktu operasi;
Hampir setiap hari kecuali hari Isnin & Jumaat tutup.
10.30am-10.30pm

Tempat;
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras(Belakang McD).

Harga tiket enter cat area;
RM5.00per person.(30minit)


Bagi mereka yang gemar dan sukakan haiwan yang comel ini boleh la luangkan masa anda di sini. 




Foot note: ada angan-angan nak buat rumah kucing macamni suatu hari nanti.




8 comments:

YieN said...

Amboii, kemain tau, hehe! Comey2 meow tu :)

Akito Boron said...

comel je cafe ni

Ashmira said...

Yien:comel dn gebu sangat.

Ashmira said...

Akito: try la dtg sini jika anda sememangnya penggemar haiwan comel ini.

nieja said...

mcm best je.. kat s.alam pon ada kedai
cmni tp x pegi2 pon lagi ntah wujud lagi ke x
pon xtau hahaaa

Ashmira said...

Nieja: yg kt Setia Alam tu ke. Kat Seremban pun ada gak.

meyharhansh said...

Bunga cengkeh pun stray cat kak hehe. N labu tak sihat. Yg itu melur 😁😁😁

Ashmira said...

Meyharhansh:Labu yg mana, melur yg mana? Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...