Wednesday, September 30, 2015

Cat Lovers - Makanan Kucing Terbaik
























Di atas adalah antara 10 senarai makanan kucing yang terbaik dipasaran setakat ini yang Asha pernah cuba dan tahu la.  So far dah pernah cuba Blackwood, Equilibrio, IAMS, Vita Cat dan Taste of Wild.

Mula-mula bela kucing dulu igt brand Whiskas, Friskies, Pro Diet dan Smart Heart je yg bagus tapi rupa-rupanya ada byk lagi brand makanan kucing yang takde keluar kat iklan-iklan di television tapi ianya lebih bagus dan berkualiti.

First time bwk kucing pergi vet utk vaksin dulu ada la tanya doktor makanan kucing brand apa yg bagus. So doktor cadangkan yg paling terbaik adalah Blackwood, Sportsman's Pride & Equilibrio. Untuk pertama kalinya kami try Blackwood tapi kucing-kucing kat rumah tak suka mungkin baunya kurang menyengat.

Second time try beli Equilibrio kucing-kucing kat rumah suka, badan semua naik gemuk-gemuk dan najis pun kurang bau. Yang paling best beli pek besar anggaran 7-8 kg mcm tu boleh tahan sebulan.

Pernah cuba tukar brand lain seperti IAMS, kucing-kucing suka je makan tapi cpt habis, tak sampai sebulan pun. Lepas tu ada try Vita Cat, yg ni pun bagus tapi susah nak dapat kat pet shop, hanya ada jual kat pasaraya Tesco jek. Kemudian cuba Taste of Wild tapi bulu kucing banyak gugur pula , mungkin tak serasi. Akhirnya kembali kepada Equilibrio semula.

Sampai sekarang dah dekat 2 tahun bela kucing still bagi makan Equilibrio jek yg serasi. Dan lagi kami bagi makan Equilibrio for kitten pulak tu even kucing-kucing semua dah dewasa, oleh kerana ianya byk protein. Pernah tukar Equlibrio for adult cat tapi berat badan kucing turun, bukan tak bagus tapi kami lg suka kucing kami montel-montel, best nak peluk.

Jadi, bagi kita brand Equlibrio mmg terbaik untuk kucing walaupun harganya agak mahal tetapi ianya berbaloi. Sebabnya, kucing hanya makan sikit sahaja dah kenyang, tak perlu selalu topup makanan. Selain itu, najis kucing pun kurang berbau dan ianya amat sesuai untuk kucing indoor. Bulu kucing pun kurang gugur. Kalau nak kucing-kucing anda sentiasa gebu dan montel anda boleh try bagi Equlibrio for kitten.

Ada pendapat Pet Shop yg lain pula mereka tidak suka bagi kucing makan EQ, katanya nnt mulut kucing berminyak. Mereka lebih suka beri kucing makan brand Sanabella. Sanabelle pun bagus juga. Ha...sebenarnya memang ada banyak lagi makanan kucing yg terbaik kat luar sana tu. Kena rajin join event Pets Fair memang anda akan jumpa pelbagai jenis produk makanan kucing yg terbaik, yang tak pernah dengar pun ada. Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat sample makanan kucing.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...