Saturday, June 6, 2015

Wedding Adik Ipar + Jadi Mak Andam

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers. Agak lama juga x hupdate blog. Byk entri dlm draft terperap aje. Sejak-sejak hamil ni mmg x de feel langsung nak hupdate blog.

Pada 31/05/2015(Ahad) yg lepas telah berlangsungnya majlis perkahwinan kedua-dua adik ipar. Sorang perempuan, sorang lagi lelaki. Kira naik pelamin sekali ler.

Sebelum majlis besar, opkos la majlis akad nikah dulu dan ianya telah berlangsung pada hari jumaat (29/5/2015). Pada sebelah petang majlis akad nikah adik ipar perempuan dulu, malam baru majlis akad nikah adik ipar lelaki pula. So, untuk majlis akad nikah adik ipar yg perempuan ni kita telah diberi mandat untuk menyolek dan menyiapkan pengantin. Katanya nak makeup simple2 je untuk nikah so tak amik mak andam professional.

Majlis nikah start lps Asar so start siapkan pengantin dalam pukul 3 petang gitu. Dengan segala ilmu yg ada eceh....mak andam yg x berapa nak pro ni pun memulakan aksi. Berbekalkan peralatan make up yg dibawa kita pun memulakan acara mengoles mekap di wajah pengantin. Mula-mula kita pakaikan foundation dulu, memandangkan skin adik ipar kita ni kering sikit so kita pakaikan foundation brand dari Korea yg dlm bekas warna biru mcm compact powder tu, foundation ni sgt2 bagus sesuai utk semua jenis kulit tau. Lps tu kita tepekkan loose powder brand Naked 3 kat bawah mata. Next, kita buat contouring kat rahang muka, atas dahi dan sisi kiri dn kanan dagu. Lps tu baru buat shading kat hidung hanya menggunakan eye shadow brand MAC warna coklat gelap skit dr skin pengantin. Untuk bentukkan kening kita gunakan Naked 2 warna kelabu, sebelum tu kita lakarkan kening dulu menggunakan celak kening dari brand Silky Girl. Agak mencabar juga nak buat part kening ni sebenarnya. Bahagian mata pula kita gunakan palette dari Naked 3 dan kita mix kan dgn lain2 eye shadow utk blend. Selepas itu kita gariskan eye liner dari Silky Girl dan Maskara pula kita pakai 2 jenis, utk bulu mata atas kita pakaikan maskara brand Naked, dan yg bwh kita pakaikan maskara dari Silky Girl, kalo pakaikan fake lashes tentu lebih menyerlah. Setel part mata kita sapukan compact powder dgn menggunakan brush power Naked 3 pada keseluruhan wajah. Lps tu kita gunakan eye shadow warna putih silver dari MAC utk buat highlight kat hidung, atas bibir, atas dahi sikit dan atas pipi bwh mata. Pemerah pipi pula kita oleskan menggunakan pemerah pipi dari MAC. Last sekali part bibir kita gariskan bentuk bibir menggunakan penggaris bibir warna pink lembut dari brand Secret lps tu baru kita oleskan lipstick. Pada mulanya kita oleskan lipstick pink lembut dari barnd Naked tapi lps tu atas permintaan mertua dia minta kita pakaikan lipstick kaler terang. Nasib baik kita spare lipstick kaler terang sikit, brand dari In2 it.





















Ini la  antara barang-barang mekap yg digunakan. 









Wajah sebelum dimekap.








Wajah selepas dimekap dengan menggunakan lipstick pink lembut.


Selepas tukar kaler lipstick yg lebih terang skit. Lepas da setel mekap pakaikan tudung, shawl dan veil serta hiasan kat kepala tu kita pakai kita punya masa bertunang dulu.





Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Kesimpulannya masih byk lg teknik mekap yg perlu dipelajari. Maybe lps bersalin ni nak pi kelas mekap dn andaman Insyaallah.


Selepas selesai majlis nikah petang tu, kami berehat kejap then lps maghrib kami bergerak ke majlis akad nikah adik ipar lelaki pula di IPD Seri Iskandar.





Selesai je upacara akad nikah pada malam tersebut, kami dijemput untuk menjamu selera di rumah pengantin perempuan.


Majlis bersanding pula telah diadakan pada keesokan harinya.























Majlis besar sebelah kami pula diadakan pada hari yang berikutnya iaitu pada 31 Mei 2015.




Pasangan pengantin belah adik ipar lelaki tiba dahulu.

Kemudian diikuti pengantin belah adik ipar perempuan tiba.

Majlis berlangsung dengan meriahnya, sbb naik pelamin sekali dua beradik. DJ pun best, pandai memeriahkan lagi majlis. Cuma gambar bersanding atas pelamin je x de amik sbb masa tu kita tgh layan parents kita makan, kebetulan sampai saing sekali dgn pengantin. Menu kenduri pun macam2, ada cendol dan apam balik, da mcm pasar mlm pula meriahnya.


Sebelah malam pula acara membuka hadiah. Hanya kami sekeluarga sahaja.






Setel sudah majlis kedua-dua pasangan. Tinggal lagi sorang je adik ipar yg x kawen lagi.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...