Tuesday, December 29, 2015

Family Vacation : Port Dickson - Genting Highland - Bukit Tinggi


Cuti Maulidur Rasul dan Christmas baru-baru ni me and my family in law pergi bercuti ke Port Dickson-Genting-Bukit Tinggi. This year bercuti dalam Malaysia je dulu memandangkan si kecik      kami ni tak boleh nak behave sgt bila bwk berjalan.

   Hari khamis kami bertolak ke PD pada pukul 4 ptg macamtu, sepatutnya nak bertolak awal sikit tapi      memandangkan keretaku mengalami kerosakan pada tayar maka encik asben gi bawak tukar tayar kereta dulu.

 Kami tiba di homestay Nafisah (area Politeknik PD) lebih kurang jam 6 ptg. Berehat sebentar sebelum kami keluar utk makan malam. Ooh ye, foto homestay tak sempat nak snap pulak. Actually homestay Nafisah ni ada 3 bilik je, family kecil yg join trip ni ada 4 so salah satu family kena beradu di ruang tamu huhuhuuu.

Keesokan harinya (Jumaat), the whole family except me and baby pergi mandi laut kat Teluk Kemang. Kita tak join sbb baby meragam since dari malam semalamnya. 



Ini jela group yg join mandi-manda kat laut. En.asben pun tak mandi juz bersantai-santai je.



Kami bertolak ke Genting Highlands pada pukul 11 pagi dan singgah ke Masjid UKM Bangi utk solat Jumaat bagi lelaki dan makan tengahari pula disekitar Bangi juga.

Kami tiba kat Awana Resort Genting Highlands ni pada pukul 5 petang. Actually asben hanya dpt booking Apartment ni 1 unit je, yg lain dah full.


Dalam apartment ni ada 2 bilik je, so yg stay kat sini mertuaku dan adik ipar perempuanku bersama suaminya dan tak lupa juga lagi sorang adik iparku yg bongsu hehehe.


ada jakuzi lagi tau

Pemandangan mengadap ke padang golf. So far, facilities kat sini ok cuma Astro je tarak.


Manakala penginapan kami pula di DZH Health Resort Club, asben booking 2 bilik utk kami dan adik ipar.



Bilik hotel kami boleh dikira selesa juga la, stay kat sini selama 3 hari 2 malam. Aktiviti malam takde buat apa cuma pergi ke bilik mertua utk makan malam dan rest. 


Keesokan harinya kami bersiap-siap utk naik cable car. Plan asal hanya kami je yg tak naik cable car sbb mcm leceh je nak bwk stroller baby naik cable car. Tapi lps tu nmpk org lain mcm relax je bwk stroller then lipat angkut bwk naik ke cable car so kami pun join gak la naik cable car akhirnya.

Sampai kat atas tu kami hanya pusing-pusing dalam mall je, sbb mmg da sedia maklum Outdoor Park tak siap lagi. Tapi nasib baik ada Indoor Park, boleh la round-round kat dalam tu je. Kami kat sini pun tak lama sbb masing-masing pun da pening-pening lalat akibat naik cable car kan. Balik je bilik hotel terus baring sbb tak tahan sakit kepala. Terpaksa la asben keluar ke kedai belikan kita panadol. 



Keesokan harinya, lepas je checkout kami pergi ke Bukit Tinggi pula, memandangkan tempat tu pun tak jauh dari Genting Highlands so why not kami tak singgah ke situ kan.
Tempat pertama, kami singgah ke Japanese Village. Omaigad, kena daki tangga yang byk serta bukit yg sedikit curam pulak tu hohoho.



Sempat gak berfoto walaupun masing-masing tengah mengah mendaki bukit. Sebenarnya kat Japanese Village ni kita boleh sewa Kimono utk berfoto tapi weolls tak try sbb mls nak tunggu lama-lama. Hanya dapat berfoto kat dalam rumah Jepun jek. 


Tempat Kedua, kami singgah ke Animal farm, kat sini hanya ada rabbit, rusa, pelanduk dan keldai je. Paling seronok tgk Fateh syok main dgn rabbit. Kalau kat rumah tu mmg kucing-kucing la jadi mangsa kena ramas dgn Fateh hikhik.



Tempat terakhir sebelum kami bergerak pulang sudah tentu ke Colmar Tropicale French Theme Resort. Kat sini building nya semua berasaskan French Theme.
Selain berfoto dan bersiar-siar sekitar bangunan ini, ada juga la kami join tgk 6D Motion Adventure. Kalau nak dibandingkan 6D Motion yg kami tgk kat Universal Studio Singapore mmg tak boleh lawan la, yg tu lagi best dn lagi real effect nya.

So, tempat ni sesuai utk bersantai-santai dan rest aje. Kalau malam lagi best kot, sejuk. Time ni kami pergi panas terik, tak sejuk.


Nota Kaki: Selesai sudah year end vacation kami. Many thanks to en. asben yg byk sponsor percutian ini. Next family trip kita pergi oversea pulak yek hihihii.



2 comments:

Sue Izza said...

suka bukit tinggi,best kat atas tu tenang,tapi penginapan agak mahal la hehehhe
salam kenal dari cik sue

Ashmira said...

Thanks cik sue sudi singgah blog kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...