Sunday, December 13, 2015

Dapur Ashmira : Ice Cream Goreng

Weekend tak tau nak buat apa selain dari mengasuh anak dan tambahan pula suami outstation, lepas setelkan anak dan kemas rumah terus je google resipi ice cream goreng. Memandangkan bahan-bahan nak buat ice cream goreng pun mmg dah ada je kat dapur jadi kita try la buat.

Mula-mula kita keluarkan ice cream dari dalam fridge

Lepas tu ambil sekeping roti putih dan sudah pasti saya memilih brand Gardenia. Skopkan ice cream dan letakkan kat tengah2 roti. Jangan letak padat sangat. 

Lepas tu tindihkan lagi sekeping roti pada permukaan atas ice cream tadi.



Ambil la cawan ke mangkuk kecil ke yang ngam2 nak dilubangkan pada roti. Pastikan anda press sekuat tenaga anda yek.

Lepas da press kuat-kuat tapi masih tak berjaya bulatkan ice cream tersebut, jangan bimbang, anda boleh potong mengikut acuan mangkuk tu dgn menggunakan steak knife.

Tara...da siap empat biji ice cream goreng untuk di bekukan terlebih dahulu. Pastikan tepi2 tu dikelim kemas2 takut terbuka nanti masa menggoreng.


Da siap kita masukkan dalam plastik atau korang nak masuk dalam bekas lain pun boleh, cuma kita guna plastik ni sbb tak nak ice cream ni bertindih dan melekat antara satu sama lain. Lepas tu kita bekukan dulu sebelum digoreng.


Balance roti yang telah ditekap-tekap tu kita tak buang, kita gunting kecil-kecil lepas tu gaul dgn wet food then bagi kucing makan. Anda jgn pelik pula, kita mmg bagi anak-anak bulus kat umah ni makan wet food dgn roti selain nasi tau. Lagipun takdela membazir.

Selepas beberapa jam dibekukan, maka dah boleh la goreng ice cream ni dalam minyak yang betul-betul panas. Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas, anda kena tunggu sampai tahap kuali or fry pan anda berasap yek. Anda perlu goreng beberapa saat je, terpulang la pada anda nak garing yg macam mana yang anda mahukan tapi jgn sampai hangit dan ice cream cair pulak yek.

Sedia untuk dimakan.



6 comments:

YieN said...

Wahhh, balik ni nak try lah :)

nieja said...

dah lama x buat eskrem goreng..
mentang mentang la skrg nestle dah ada jual
main beli je hihii

Ashmira said...

Nieja: Sama la aku selalu beli je tak pernah buat. Ni saje la nak try buat nak rasa mana lg sedap, beli ke buat sendiri lg sedap hehehe.

Ashmira said...

Yien: Terima kasih sbb sudi singgah blog saya.

yoorin melacolea said...

aa..rajin nya buat frozen.. aku buat terus goreng..ghahahah..x sabar sgt kan

Ashmira said...

Yan: hahahaha ko memang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...