Tuesday, November 17, 2015

Majlis Akikah & Cukur Jambul

Alhamdulillah...selesai sudah majlis Akikah dan Cukur Jambul Putera kami pada 15 November 2015(Ahad) yang lalu.


Part 1 - Persiapan sebelum Majlis.

Dua minggu sebelum majlis kita pergi mencari barang2 persiapan seperti goodies bag dan hiasan untuk berendoi. Itupun cari kat Nilai 3 je sbb dah dekat dgn umh. Kita pergi dgn mama kita je masa cuti Deepavali hari selasa yg lalu, anak pula kita tinggalkan dgn suami kat umah.


Mula2 cari paper bag dekat kedai atas ni. Dapat la paper beg yg mengikut tema warna biru dan kuning masing2 kuantiti 50/50. So kira kita buat goodies dlm bag ni 100 je even jemputan kita anggaran dalam 150 org termasuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak kita tak buat goodies cuma letak lolipop je dalam balang. Lepas tu kita beli handkerchief utk gift selain daripada kita letak makanan dalam goodies. Mula2 rancang nak letak 4 item dalam goodies tu makanan saje, sekali ternampak handkerchief cute ni terus grab. Kalau letak semua makanan takde kenangan pula nanti.


                       
Kemudian masuk kedai ni pula, kononnya nak cari pot pouri tp x de jual, hanya jumpa plastik bungkus gula2 je dan terus beli. Tapi kedai ni bagus, sebelum masuk dia jamu air sirap dulu, mmg tekak tgh haus sgt time tu. Pandai tokey dia tarik pelanggan. Kedua-dua kedai ni mmg kita pernah masuk dulu masa cari barang2 kawen. 



Hari rabu malam tu kita buat tampal label kat goodies bag. Print kertas A4 biasa je. Nak tempah sticker/paper bag printed da terlambat. Semuanya buat last minit macamtu la jadinya. 

























    

Hari sabtunya pula misi mengisi goodies bag dengan barang2 seperti dibawah ini;
Plan mula-mula nak beli air mineral je tapi cari kat mydin Semenyih x de air mineral yg bersize mcm cup tu, tgk ada promosi air kotak kat ats ni murah so grab jek. Beli 4 carton air kotak perisa blackcurrent, mango, lychee & teh bunga + 6 kotak air soya dari brand yang sama Delite.   




Makanan seperti biskut koko ni pula mama kita tempah kat jiran sekampung. Mula-mula plan nak letak layer cake or swiss roll aje.


Item yang ketiga kita bungkus gula-gula kenyal ni dalam plastik kecil warna kuning yg kat dlm foto dibawah ni.



























Item terakhir kita letak handkerchief cute miut ni pula. Kita beli 3 jenis. Semua mesti mengikut warna tema biru kuning.



Selepas itu kami prepare 50 bungkus pot pouri utk ahli marhaban. Plan asal nak letak buat bunga rampai daun pandan tu, tapi kita bincang balik dgn mama kita pakai pot pouri aje senang sebab takde sape yg ada masa nak hiris-hiris daun pandan tu halus-halus. 




Part 2 - Hari Majlis Akikah Berlangsung .


Malam sebelum majlis semua goodies kita susun separuh kat atas meja dan selebihnya letak dalam raga.
Pagi-pagi sebelum majlis kita bersiap-siap dahulu, baby pula kita bg abah dia siapkan. Takde pula gambar kami lepas dah bersiap-siap tu huhuuu. 



Foto-foto sekitar majlis berlangsung. Buai berendoi tu kita bikin sendiri. Plan asal nak sewa je tapi dah last minit mana ada org nak amik lagi huhuhuuu. Kambing golek dua ekor digolekkan, anak lelaki kena kekah 2 ekor. Memang ngam-ngam untuk jemputan 150 orang. 



Khemah pula kita sewa 2 khemah je. Cukup utk 80 orang duduk dalam satu-satu masa.



Menu-menu lain selain kambing golek opkos la ada kan, takkan tetamu nak makan kambing aje. Menu-menu lain seperti nasi daging, kurma daging, ayam goreng berempah, sayur campur, buah oren, dan minuman seperti air teh 'o' panas dgn air oren. Semua menu ini termasuk kambing golek kita ambil dari katering 'Ras Sufi'. Memang terbaik. Sesiapa yang nak buat majlis akikah dan lain-lain majlis boleh hubungi nombor seperti yang tertera di bawah ini. Harga berpatutan.


Menu-menu tambahan lain mama kita masak sambal tumis ikan bilis dgn petai, laksa, dan agar-agar. Kuih muih pula kami tempah kat jiran-jiran kampung je, ada karipap, kuih talam 3 jenis - talam keladi, seri muka dgn talam gula merah. Lain-lain kuih-muih seperti kuih tepung pelita, agar-agar batik dan cheesecake di sponsor oleh saudara-mara dan kawan-kawan yang hadir. 


Fateh kena gunting rambut dgn mak usu dia.



Giliran opah pula gunting rambut Fateh.

























Mama berfoto dgn geng-geng marhabannya. Geng-geng marhaban yang kita ambil ni didatangkan khas dari Cheras. Actually kawan-kawan mama masa join group marhaban kat Cheras dulu before moving duduk kat Semenyih.


Masa ni jemputan marhaban je yg datang dulu. Marhaban start pukul 10.30 pagi sampai pukul 12pm. Memang tak nak clash dgn jemputan yang lain.







Jemputan nampak macam tak ramai sebab mmg kami asingkan jemputan marhaban datang dulu kemudian baru jemputan dari saudara-mara dan sahabat handai.

Ooh ya, gambar kami tiga anak beranak je yg takde sbb terlalu sibuk melayan tetamu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...