Wednesday, October 21, 2015

Cat Lovers - Rumah Kucing Budget

Harini genap seminggu rumah kucingku ini dirasmikan. Alhamdulillah...tercapai jua hasratku untuk menyediakan rumah kucing ini untuk anak2 bulusku. Since dah duduk kampung ni, automatik kucing-kucing ku dah jadi kucing outdoor. Hampir 2 tahun juga si bulus-bulusku ini jadi kucing indoor. Masa mula-mula bawa bulus-bulusku ini blk kampung, kita terus je letak dalam sangkar ni then kuarantinkan selama dua hari. Kalau lepaskan macam tu aje, jawabnya kucing-kucingku lari hilang entah kemana ler. Sebab tak biasa dgn environment luar lagi. Pernah dulu bawak balik kampung sesekali, bila lepaskan terus hilang, ada yang masuk dalam enjin kereta, tu yang risau.

Seminggu sebelum nak pindah tu kita minta abah kita buatkan rumah kucing yang simple2 je. Mula-mula kita mintak abah buatkan kira-kira anggaran kos bahan-bahan untuk membuat rumah kucing ni. Kos untuk membeli bahan-bahan seperti kayu, papan, jaring, papan ceiling untuk buat lantai, paku, atap, cat spray dan lain2 je adalah lebih kurang RM350.00++ tidak termasuk upah.


























Mula-mula bina rangka rumah dulu, kayu kena kasi ketam dulu. Lepas tu baru letak lantai dan pasangkan jaring.



























Kemudian buat rangka pintu dan atap




























Bila dah siap jadi la macamni. Masa ni kita baru je lepas cuci dan bersihkan rumah kucing.



























Dah siap bersihkan sangkar baru boleh letakkan pasir poo poo, makanan dan minuman si bulus-bulus nih.



Boboi protes tak mo makan, dia sibuk nak keluar jek. 




























Buat masa ni bawa dua ekor kucing jantan je dulu. Lagi 2 ekor kucing betina hujung bulan ni baru bawak, itupun setelah dimandulkan baru boleh bawak ke sini. Kucing-kucing kita ni malam kena kurung sebab tak nak bagi dia merayap sampai ke jalanraya dan lagi satu, kat sini waktu malam banyak anjing liar merayap, nanti tak pasal-pasal jadi makanan anjing liar pulak.

 P/S: Kucing yg warna coklat tu bukan kucing kami, tu kucing mak kita, tapi asalnya kucing kami, bawa balik kampung dari kecik sbb mak nak bela.  Datang join nak makan je, kadang2 jadi guard tidur bawah sangkar ni. Reason lain maybe dia tau 2 ekor ni ada pertalian darah dgn dia haa gitu.


3 comments:

thaqifah halim said...

Assalamualaikum, a boleh tanya ? Agak agak berapa harga ya termasuk upah terimakaseh.

thaqifah halim said...

Assalamualaikum, a boleh tanya ? Agak agak berapa harga ya termasuk upah terimakaseh.

izzuhairi ishak said...

Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...