Friday, September 11, 2015

BALI Day 2 - Kintamani

Hari kedua di Bali - Lepas sarapan kami tunggu tour guide kami di lobi dan bertolak ke Kintamani around jam 11 pagi, sepatutnya tour kami start pukul 8.30am tapi entah kenapa tour guide kami agak lewat tiba. 

Lawatan pertama kami bermula di kampung Batu Bulan, disini kami menonton persembahan tarian dan sketsa Barongan. Ianya mengisahkan pertarungan yg jahat melawan yg baik. Barong diceritakan sejenis binatang purbakala yg sgt jahat.

Kami tonton persembahan ni pun tak lama sbb kami sampai pun dah lambat, so half way je dpt tgk.

Foto kanan bawah-suami berfoto dgn ikon Barong. Nak amik gmbo kena bayar tau even pakai camera sendiri.

Kemudian kami dibawa pula ke pusat industri batik dan kraftangan untuk melihat sendiri bagaimana batik dihasilkan. 


Proses mencanting batik yg dilukis oleh mereka sedikit berbeza dgn negara kita. Steady je kain tu letak atas tgn lps tu canting, tak melecur pulak yek.


Selepas itu kami dibawa pula ke kampung MAS untuk melihat hasil ukiran kayu. Disini tak ramai pelancong yg datang.



Bila dah masuk tengahari kami dibawa pula melihat keindahan panorama 'Tegallalang rice terraces' di daerah Ubud. Sebenarnya dah lama teringin nak kesini.





Rasa tenang dan damai je tgk pemandangan yg hijau begini.
  



Selepas itu kami dibawa pula makan tengahari di restoran berdekatan dengan Gunung Berapi Batur.

Syok sgt sambil makan dapat tgk pemandangan yg cantik begini.  Dgr cerita gunung berapi ni da tak aktif.


Menu tengahari kami ala buffet - Appetizer sup telur hancur(sedap), sate ikan dan nasi campur.



Lepas makan berfoto dan menikmati pemandangan puas2. Seriously tempat ni mmg cantik sangat. 


Sudah puas menikmati pemandangan gunung berapi Batur kami dibawa pula ke Kuil Tirta Empul, Tampak Siring.  Sebelum masuk, pengunjung yg datang kesini diwajibkan untuk memakai kain sarung bagi mereka yg pakai short pants or mini skirt. Ha...igt masuk surau dan masjid je ke kena berpakaian sopan, masuk tempat ibadat agama lain pun kena berpakaian sopan juga tau.

Nampak tak pelancong-pelancong kat belakang tu pakai kain sarung. Yang kami pula hanya diberi pakai tali kuning ikat kat pinggang je.


Berfoto di area pintu masuk temple.


'Holy Spring Water'-tempat mandi menyucikan diri a.k.a membuang dosa bagi mereka yg menganuti agama hindu atau mempercayai amalan ini. Rata-rata pelancong yg datang mmg mengambil peluang mandi disini.


Last berfoto sebelum keluar.


Sebelum kami dibawa makan malam, kami dibawa singgah ke 'Ubud Traditional Art Market'. Disini pelbagai barangan kraftangan dan cenderamata boleh dibeli untk dibawa pulang. Harganya pula nak kata mahal tak nak kata murah pun tidak(standard harga mcm kat Central Market kita).

Kalau u olls perasan ler dalam foto diatas ni ada cenderamata 18xx warna hitam sebelah kanan bawah hehehe. Kita tak tau ler kenapa byk sgt jual benda ni, pergi mana-mana kedai pun ada.


Tempat terakhir sebelum pergi dinner, kami dibawa ke kampung Celuk untuk melihat kraftangan silver pula.

Kami tak de beli apa2 pun kat sini.


Tempat terakhir sebelum pulang ke hotel, makan malam di restoran Kemangi. 

Menu makan malam kami- Appetizer-sup taugeh(rasa mcm kuah mee soto jek). Sate ikan/ayam masak kuning/sayur campur/telur dada. Dessert-nenas, betik dan tembikai merah. 

Mak buyung yg kelaparan hehehe. Sambil makan sambil tgk dance performance.




Nota Kaki: Next entri day 3 punya tour kita akan cerita psl kenikmatan minum kopi luwak a.k.a kopi musang.



3 comments:

yoorin melacolea said...

aaa..gilaa laaa..hafal tuu setiap tempat..aku agaknya kalau tak up seminggu dah lupa..huhu... kat thai pon keychain bentuk tu banyak...huhu..kelakar.. sapa tah yg nak beli kann...

Ashmira said...

idoknyeler aku igt suma yan..ni tgk blk itenary ada smpn lg hihihii. Org Korea dgn Jepun tgk menda tu suka yan...huge katanya hikhik.

Ani ahmad said...

Cantiknyaaa permandangannn...

Happy2 jom g blog saya. Hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...