Thursday, August 20, 2015

Pengalaman Sepanjang Kehamilan - Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini kita nak share psl pengalaman sepanjang kita hamil. Kalau entri sebelum ini boleh click penantian-selepas-3-tahun-part-1. 

Waktu kandungan usia 6 minggu mmg x de masalah apa2 tapi nak masuk 1 bulan lebih berlaku pendarahan. Masa berlakunya pendarahan tu kita kat Bali pulak tu mmg cuak juga ler, dah ler ms dpt kesan ada bleeding tu kami on the way nak naik flight balik ke Malaysia. Sebelum check in tu la kita pi tandas dulu, skali tgk ada bleeding terus berdebar-debar je jantung ni, dalam hati kata 'aku keguguran ke ni ya Allah...'. Keluar je tandas terus pergi cari asben bgtau kita bleeding, dah tu mcm byk je bleeding, ms tu beg suma dah anto kargo. Hand carry pulak x de bwk spare pad, hanya bawa pantyliner je. Risau pendarahan byk kita mntk asben carikan kedai or farmasi yg jual pad.

Sampai je Malaysia igt nak terus pi klinik check tp sampai pun dah mlm so pergi esok paginya aje. 

Keesokan harinya, pagi2 lagi da bangun, tak payah tunggu alarm enset berbunyi sbb tido malam pun mmg dah tak lena. Sampai je klinik area Bandar Tun Hussein Onn, dokter pulak x masuk lagi. Bila dokter dah masuk dpt dokter ganti pulak, dah tu dokter ganti tu tersilap tgk patient lain punya report, nasib baik x dpt ubat yg salah. Lepas scan janin dokter ckp kandungan kita selamat x de tanda2 keguguran. Dokter bg ubat dushpaton utk stop kan darah dr keluar. 

Masuk je usia kandungan 10 minggu kita da start buat pendaftaran buku merah kat KKIA Batu 9, Cheras. Sekali lagi kita diuji, lps amik tekanan darah, amik darah dan urin kita jumpa nurse dulu. Oleh kerana ini first time check up, lps jumpa nurse kena jumpa dokter pula utk buat ultrasound. Masa ni perasaan kita seronok ler sbb dokter nk wat scan, kita rs x sbr2 nak tgk perkembangan baby dlm kandungan da bsr mana. Tp tiba2 perasaan tu mati lps dokter bgtau kita didapati menghidapi cyst, siap tunjuk lg kedudukan cyst tu betul2 sebelah janin. Perasaan kita ms tu bercampur-baur la, mula la fikir yg negatif je, fikir aku dah nak mati ke, nanti cyst tu membesar effect kt baby ke, bila cyst tu membesar mesti aku asyik rs sakit je ke, lps tu msti rambut aku byk gugur mcm dlm drama tv tu. Masa tu bdn rs mcm dah lemah je, keluar je dr bilik dokter terus pi kt asben bgtau yg kita penghidap ovarian cyst, dan dokter tu suruh refer Hospital Kajang. Adoi...ms tu fikir kalau la kena buat operation buang cyst tu biar la kandungan aku selamat, kalau effect ke baby aku rela tanggung sakit sampai baby lahir dulu, lps tu apa nak jadi, jadilah. Kita dah redha  je. On the way balik rumah tu mmg dah termenung je kita dalam kereta sambil melihat ke luar jendela, terkenangkan nasib diri, 3 tahun tak hamil, bila dah hamil macam ni pula dugaannya. Suami pula dok ckp perkara2 yg menakutkan kita, asben ckp "mesti ada sbb kenapa sayang diduga begini, mungkin Allah nak bgtau sayang boleh mengandung cuma tu la DIA bg dugaan kt sayang mcmni. Mungkin Allah nak sayang sentiasa igtkan DIA, dekatkan diri dgn DIA, byk berdoa lps solat". Fikir punya fikir ketika itu ada betulnya asben ckp tu, kita pun redha jela misal kata kandungan kita tak jadi nnt.

Kadang2 rasa menyesal pun ada, yela masa check up appointment dgn pakar sakit puan dulu dokter suruh buat X-Ray utk check samada tiub Fallopian kita tersumbat ke idok x nak buat. Skrg nak menyesal dah terlambat.

Report dokter lps kita didapati menghidap cyst. Kalau uolls perasan bwh sekali tu ada tercatit size cyst 2.5 x 2.2cm. 


Pada 21/1/2015 kita refer Hospital Kajang seperti yg diminta oleh dokter KKIA Batu 9. Masa tu suami x dpt nak temankan so pergi sendiri je sorang2 dgn hati yg berdebar2. Tapi suami ada juga mesej tye keputusan macamana. Alhamdulillah keputusannya seperti dibawah.

Hasil keputusan ultrasound didapati 'no ovarian cyst seen'. Jikalau sebelum ini scan boleh nmpak cyst tapi kali ini 'disappeared'.  Dokter ckp cyst yg ku hidapi ni cyst normal bg org mengandung. Beberapa  peratus wanita hamil akan ada yg menghidapi cyst sewaktu hamil dan ianya normal jika kita x de rs sakit dan ianya akan hilang begitu sahaja bila kandungan makin membesar.


Masuk usia kandungan 17 minggu sekali lagi diriku didapati 'bleeding', masa tu time keje. Rasa x sdp hati kita mintak half day kat bos. Dalam pukul 11 macamtu kita terus pergi ke KKIA Batu 9, sepatutnya kalau bleeding terus refer hospital, tapi entah la kita lupa nurse tu ada ckp kalau bleeding terus refer hospital. Bila buat ultrasound dokter ckp baby ok x de masalah, malahan nmpk aktif sgt sampai dokter nak ukur size kakinya x dpt sbb dok menendang2. Tapi...dokter ckp uri kita kat bawah(pulak dah..) sepatutnya uri kena kat atas, sbb tu la kita bleeding. Tapi dokter pesan juga jgn risau sbb uri akan naik ke atas bila usia kandungan 5 bulan, masa tu nnt kena scan blk tgk cmne, kalau still kat bwh sampai time nak bersalin maybe kena cesarean. Lps da setel tu dokter bg MC sehari, dokter pesan supaya kita kena byk berehat dan jgn angkat benda2 berat. 

Ketika usia kandungan masuk minggu ke-25 kita da start check up kat Hospital swasta. Awal2 kehamilan dulu mmg dah buat survey nak bersalin kat mana. Ada juga tanya pendapat sorang kakak kat opis kita ni, dia pernah bersalin kat Hospital An-Nur Bangi, katanya dokter2nya bagus. Dengar pengalaman kakak tu bersalin kat An-Nur macam best jek terus bgtau asben nak bersalin kat situ. Mula-mula tu suruh asben tanya je dulu tp tak sangka pula asben terus set appointment dgn dokter Fatimah. Sebelum tu pernah berbual-bual dgn asben nak dokter Khamsiah seperti yg cadangkan oleh kakak kat opis tu. Dah tu asben kata time tu dia pun tak igt dan tak sure nak pilih dokter mana so dia main pilih je la dokter Fatimah. 

Setakat ini Dr.Fatimah adalah diantara dokter yg berpengalaman dan famous dikalangan patient2 yg dah pernah guna consultation dan service beliau, tak kira la patient tempatan @ luar negara yg dtg bekerja disini terutamanya dari Timur Tengah. Fisrt time check up dgn beliau mmg nampak professional, kira berpuashati la dgn consultation beliau. Kadang2 kita tak sempat nak tanya apa2 dia da explain very detail.  

Masuk minggu ke-35 kehamilan pula, masa tu bulan puasa, air ketuban kita didapati hampir2 border line, around 6 ke 7 macamtu. Dokter ckp ianya tak bagus takut baby lemas, dokter suruh kita banyakkan minum air, kemudian dokter bagi MC seminggu utk berehat. Nak tak nak terpaksa la ku korbankan puasaku. Bila dah tak puasa mmg byk la minum air lagi2 bulan puasa cuaca mmg panas.

Lps seminggu MC kita dtg semula check up utk scan balik, on that time scan tgk air ketuban dah ok tak menghampiri border line, masa tu rasa lega lah. 

Masuk minggu ke 38 check up pula dgn dokter ganti tiba2 dia kata kita kena bersalin awal sbb air ketuban dah border line. Masa dokter tu ckp yg air ketuban kita border line tu nmpk mcm cool je muka dia lps tu dgn selamber dokter ckp "puan kena masuk ubat 27 haribulan ni". Korang boleh bayangkan tak utk org yg x de pengalaman bersalin lagi tiba-tiba dokter ckp kena masuk ubat tu dia bajet kita faham ke. Muka kita dgn asben mmg blur habis ler...then kita ternampak borang kuning ats meja dokter tu tercatit kepala form tu borang masuk ward. Terus kita tanya dokter tu mcmni "maksud dokter saya kena bersalin 27 haribulan ni ke?!!". Dokter tu jwb begini "Ya, sbb air ketuban puan dah border line, nnt hari isnin kita akan masukkan ubat yg pertama dan akan tgk berapa cm buka, kalo dalam tempoh beberapa jam masih tak buka jalan kita akan masukkan lagi satu ubat, so esok Jumaat sampai Ahad puan kena dtg sini utk buat CTG sebelum bersalin". Pergh...tak memasal lagi 4 hari dah nak kena bersalin awal. Lepas setel check up petang tu dlm pukul 3 terus bergegas masuk opis apply cuti bersalin dan setelkan keje2 yg kena handover kat colleague. Semuanya last minit, nasib baik masa nak apply cuti bersalin tu bos ada, itu pun bos da jegil-jegilkan mata terkejut tgk aku apply cuti kat leave form tu sampai 2 bulan. Eh...bos ni mcm la staff perempuan yg lain-lain tak pernah apply cuti bersalin, apa igt kita ni beranak mcm kucing ke lps beranak x yah pantang, terus sihat.

Pada 27/7/2015 kita pun daftar masuk ward bersalin di Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi. Mula-mula kita masuk ward satu bilik share 4 org tp kita rasa x selesa la sbb nak berbual-bual pun susah, org lain boleh dgr, dah tu katil kita betul-betul depan tandas dan bersebelahan dgn pintu masuk bila nurse dok berborak-borak a.k.a GOSIP kita jadi rimas, dah tu kontraksi makin kerap dtg ms tu lg la kita stress. Masa awal-awal register masuk tu mmg dah tanya nak bilik single tp xde kosong masa tu, mamat kat kaunter tu pulak sibuk dok promote pakej bilik 4 org tu jugak, eh...kita ni nak bersalin tak yah nak pakej sgt la...kita ni bukan nak holiday, nak bersalin perlukan keselesaan. Akhirnya nasib menyebelahi ku jua, bila dah ptg sikit br ada kosong so kita pun pindah la kat bilik Orchid 4. Kalau bilik single ni asben @ family kita boleh masuk, kalau bilik share 4 org ni bila pukul 11 mlm asben tak boleh temankan. Memang kita tak nak ler...susah kalau kita nak apa2 suami x de kat sisi, dah la first time nak bersalin masa tu.

Sebelum kita tukar bilik sempat la nurse bidan bersalin datang dan masukkan ubat dulu, ahh...benda yg paling kita tak suka apabila kena seluk-seluk ni. Masa tu kontraksi tak kerap sgt, setiap sejam jek kontraksi dtg tp lps 2,3 jam tu setiap 30 minit juga la nak menanggung derita sakit kontraksi tu. Lepas tu bleeding tak usah ckp la, makin byk pulak keluar. Dah tu kita igt kalau kita masuk wad pagi, petang tu bersalin ler, tak de maknanya, sampai pukul 7 mlm pun air ketuban tak pecah lagi. Kita pulak asyik suruh asben panggil nurse je sbb da sakit sgt, bila nurse dtg dia ckp kena tunggu air ketuban pecah dulu, bila dah pecah dia suruh tunggu dokter habiskan check up patient pulak. Patutnya nurse bidan bersalin kena dtg balik check jalan dah buka berapa cm, kalau perlu dia kena masukkan lagi satu ubat tapi bila difikir-fikir balik elok la dia tak dtg check, seksa je kena seluk-seluk ni, cukup la sakit kontraksi ni dah buat aku rasa seksa. Nasib baik la asben sentiasa berada disisi tolong urut-urutkan belakang pinggang yg sakit ni walaupun sakit tu tetap takkan hilang.

Pukul 7.45pm macamtu baru dokter Fatimah datang nak check jalan. Igt jalan da bukak 8-9cm ler tp rupa-rupanya baru 5 cm. Adeh...mmg lmbt lg la nak bersalin ni. Dokter suruh kita solat maghrib dulu sbb dia kata darah yg keluar tu belum darah nifas lagi so boleh solat. Asben pulak mcm kesian sgt dah tgk wife dia dok menahan sakit siap tak bagi kita bangun ambil wudhuk kat tandas, dia suruh kita tayamum je. Kita pulak berdegil nak bangun juga ambil wudhuk kat tandas.

Selesai je ambil wudhuk kita pun bersolat secara baring diatas katil, punya la tak kusyuk nak solat sbb nak menahan sakit kontraksi yg teramat sakit. Selesai je solat nurse pun datang nak masukkan ubat kasi buang air besar, adeh...kena seluk lagi. 

Around pukul 8.30 macamtu kita telah di bawa ke labour room, sebelum CTG dipasang dtg sorang nurse ni tanya nak cucuk epidural ke, eh...rasanya dokter pun x de bgtau or bg cadangan nak bersalin kaedah macamana cuma bgtau kalau nak bius ms kat labour room tu nnt boleh bgtau tu jek. Dah la tgh sakit, tak boleh nak fikir sgt, nasib baik asben ada kita minta pendapat dia. Bila asben baca syarat-syarat dan kesan epidural tu terus bgtau kita better kita bersalin normal je ler, biar la sakit katanya daripada kita dpt effect dikemudian hari, lagipun suami ckp bila kita sakit melahirkan anak secara normal ni maka keluarlah dosa-dosa kita sepertimana keadaan ibu melahirkan kita. Ha...gitu katanya.

Lepas tak jadi nak amik epidural tu terus je nurse cucuk belakang tapak tangan kita utk masukkan air, memandangkan sebelum ni pernah masuk air so ada bekas parut kat situ so senang la sikit nurse tu nak cucuk. Lps tu kontraksi pun makin dasyat la sakitnya, aduh...kalau ikutkan mmg da tak tahan rasanya, kejap mengiring, kejap terlentang, kejap duduk je keje kita. Suami kat sebelah sambil-sambil usap belakang pinggang kita dia dok berzikir dan bernasyid. Alhamdulillah...ada la rasa tenang sikit, nak tertidur pun ada sbb da pnt sangat tahan sakit seharian kot. Sambil-sambil menahan sakit tu ada juga kita ckp kat asben mcmni "Kalau macamni la rasa sakitnya nak bersalin syg rasa cukup la sekali syg beranak abg...". Mmg kita tabik la mama kita boleh beranak 4 kali normal dgn rasa sakit macamni.

Dalam pukul 11 malam macamtu nurse yg agak senior dtg check kita, sambil-sambil tu dia cakap semua dah bersalin tinggal awak je ni. Adoi...ko nak bg aku stress ke hape, ke saje nak psycho bior kita cpt bersalin. Lepas tu dia ckp dia nak masukkan tiub nak keluarkan air urin aku supaya senang baby nak keluar. Adoi...apa lagi la yg nurse ni nak buat, beranak tak juga lagi kita ni. Sampai satu tahap bila kita betul-betul rasa sakit nak bersalin nurse tu dok seluk lagi nak check jalan, time tu dengan tak sengajanya kita tepis tangan nurse tu sampai dia ckp "awak marah kat saya ke", kita ckp la mana ada kita marah. Mana taknya, udah ler kita terseksa rasa sakit sembelit yg teramat sangat ni, lagi dia nak main seluk-seluk je kejenya. Sampaikan rasa sakit nak beranak dgn nak buang air besar pun kita dah tak tahu nak beza, maklum la first time beranak. Nurse tu siap suruh teran je kalau kita rasa nak buang air besar. Tak ke gila kalau kita membuang kat atas katil tu, nak tak nak dah nurse tu suruh teran kita teran je la, ha masa tu la dia seluk lagi, sekali dia ckp "dah buka 8cm ni, awak da nak beranak ni". Terus je dia panggil nurse junior dgn dokter datang. Masa tu kita rasa lega sgt bila dia ckp dah sampai masa kita nak melahirkan baby dalam perut ni. Dalam masa yg sama juga kita tak tahu masa bila asben kita udah tak de kat situ. Kita perasan pun lps dokter dtg tanya kat nurse suami kita mana, nurse tu bgtau asben kita pergi solat dulu. 

Beberapa minit kemudian suami kita pun sampai, Jam kat dinding labour room pun dah menunjukkan pukul 12 tgh malam. Dokter pula ada tanya kita nak bius ke tak, kita ckp nak aje sbb dah tak tahan rasa sakit, at least kurang sikit rasa sakitnya. Lepas bius dokter dah start suruh teran bila rasa kontaksi tu dtg. First teran kita ok lagi, bila second time nak teran kita mcm da lalok je maybe kesan ubat bius tu, masa tu dokter tegur tak bagi kita tidur. Bila dokter tegur macam tu kita risau juga, bantainya kita tidur tak lemas pulak baby kat dalam perut tu. Kali ketiga nak teran tu kita tarik nafas panjang-panjang, sambil2 tu nurse, dokter dan asben dah macam pasukan sorak je aku rasa kat depan tu dok bagi semangat "sikit lagi..sikit lagi dah nak keluar dah tu". Around 10 minit macamtu kita dok meneran sepenuh tenaga akhirnya keluar juga my 'little caliph', nurse terus angkat letak atas riba. Masa tatap muka baby tu kita rasa segala kesakitan tu hilang macamtu jek even dokter tgh jahit bawah tu tak rasa apa dah. Lepas nurse angkat baby dan panggil asben kita utk azan dan tahnik kan baby kita bantai tidur kt labour room, ada la dekat sejam lebih tertidur. Penat kot.

Lepas dah sedar tu nurse dtg bwk kerusi roda hantar kita naik ke bilik. Sampai je bilik kita ucapkan terima kasih lps tu nurse senior tu salam kita sambil laga pipi kanan dan kiri, masa tu kita rasa terharu dan serba salah pun ada sbb kes kita tepis tgn dia tu huhuuu.

Begini la gambaran wanita yg bersalin normal, kita yg tgh meneran mmg x nmpk macam mana rupanya baby keluar. Tanya asben dia kata biasa je x ngeri pun, kita pulak yg rasa ngeri bila tgk foto ni.


Masa ni baby tak mo menyusu lagi. Susu badan pun tak mo keluar.




Lepas check out kami diberi beg ini. Dalamnya ada mcm2 produk bayi dari pelbagai brand. Diantaranya adalah seperti dibawah;

Dapat pampers dan baby wipes dr Mamy Poko, dpt nappy cream(cream alahan) utk sapu kat punggung baby dan bekas makanan baby yg kecil dr Tupperware siap dgn buku resipi mknn bayi.

Dapat disposable breast pad dgn baby wipes dr Pigeon & pampers brand Pet Pet, sabun serta sanitizer dr Dettol dan cream ulser mulut.

So far dah try pampers & baby wipes Mamy Poko, pampers dr brand ni ok cuma wipes dia tak wangi. Manakala pampers Pet Pet da try tp x berapa bagus. Akhir sekali yg kita dah cuba disposable breast pad dr Pigeon ni, kita rasa bagus terus suruh asben cari kat Guardian dan Watson. Selebihnya kita belum cuba lagi. 


Kesimpulannya, lepas dah bersalin ni bila difikir-fikirkan secara rasional, bila Allah dah bagi kita peluang untuk hamil ni takkan la sekali ini aje nak beranak ye tak. Walaupun sakit nak beranak tu mmg sakit sangat-sangat tp Insyallah ada rezeki lagi mau hamil lagi. 





3 comments:

yoorin melacolea said...

tahniah asha.. baca cerita ko ni aku yg ngeri..hahaha.. betul2..aku pon masa dalam labour room tu gjul tanya nak beranak lagi tak..? memang tak laa aku jawab.. macam serik..ngandung boleh lg..tak tahan nak beranak tuu..haaa..seksa..seluk2 tu yg tension hehehe...

Ashmira said...

Yan..part paling seluk2 tu yg paling tension kan...semua bnda dan alatan nak dimasukkannya.

nieja said...

aku bc mcm ngeri plak.. aduii..
alhamdulillah ko n bby semua ok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...