Tuesday, August 18, 2015

Penantian Selepas 3 Tahun++ (Part 1)

Alhamdulillah tanggal 28/07/2015, jam 12.15pagi telah lahirlah putera sulung kami yang diberi nama Muhammad Al-Fateh. Tiga tahun lebih penantian kami untuk mempunyai zuriat sendiri. Berkat kesabaran, usaha dan doa  akhirnya Allah kurniakan jua kami zuriat. 

Buah hati pengarang jantung Abah dan Ummi =)


Kronologi

Pada bulan 11 tahun lps (2014) my period cycle lewat lebih kurang 10 hari dan mcm biasa la ngadu kat asben yg kita lewat bln tu. Asben pula mcm biasa dia punya ayat 'ala syg kan mmg selalu lewat dtg bulan apa nak dihairankan'. Yup, 2 thn sblm tu mmg kerap lewat dats why la 3 thn kawen x lekat2. Tapi start awal thn lps mmg kita da berazam nak pantau period cycle kita tiap2 bulan siap tanda kat kalender tuh bila start dan bila habis period. 

Semua ini berlaku selepas kita wat last check up dgn dokter sakit puan pd akhir tahun 2013. Masa follow check up tu, kalau x silap check up utk kali yg ke-3 rsnya, dokter suruh kita buat x-ray kat mana2 hospital tp mesti hari yg ke-3 @ ke 4 period. Masa tu kita br tukar tmpt keje baru jadi mcm susah je nak ambil cuti or half day. Itupun bos da perli2 kata baru masuk keje da amik half day byk kali. Lastly kita stop check up macamtu jek sbb rs mcm stress pulak. Bila dah stress macamana nak dapat anak kan? Stress pun antara penyebab gangguan hormon.

Atas perbincangan dgn asben kami decide nak stop dulu daripada buat sebarang appointment dgn dokter sakit puan selama setahun. Biar kerjaya kami stabil dulu baru fikir nak continue check up.

So azam pertama kita selepas da stop check up tu adalah jogging. Masa awal2 tahun tu mmg rajin la jogging dgn asben even kita ni kurus jek tp kena la jogging juga, dokter pun prnh bg saranan begitu. Kurus tak bermakna kita sihat. Tp tula kan buat pun on off, on off jek(hehehe hangat2 taik ayam betul).

Kedua - stop ambil sebarang supplement seperti collagen ke vitamin ke atau hape2 jela yg asal ramuan ubat-ubatan tersebut ada mengandungi something yg katanya bagus utk dalaman wanita gitu. Sbb kita mne tahukan hormon kita ni sesuai ke idok amik bnda2 tu, elok2 hormon normal jd tak normal. So kita gantikan supplement2 tersebut dgn makanan2 yang berkhasiat aje mcm bila masak tu atau mkn diluar mesti ada lauk sayur. Selalunya kalau masak sayur ni suka msk sayur air @ bening je elok x de minyak2, x perlu tumis. 

Ketiga - kita kurangkan minum minuman bergas dan berais. Actually minuman berais mmg tak elok untuk wanita. Lagipun bila umur makin meningkat ni mmg bdn da tak thn sgt minum minuman berais ni, bila tido mlm je mula la bdn rs sengal2. Kita byk amalkan minum air suam dan air barli. Sesekali nak minum minuman sejuk kita letak ais setakat seketul dua jek. Manakala minuman bergas mmg kita pantang habis, lagi2 air Coke dan Pepsi. 

Keempat - kita kurangkan mkn makanan fastfood especially Mekdi tp KFC mcm susah skit nak pantang sbb boleh dikatakan tiap2 bln mesti makan KFC, tapi air mmg selalu order air pns seperti tea or milo. Air gas mmg tak ler...

Kelima - Berurut. Selain dari petua-petua di atas my mom suruh kita urut perut kasi sengkak. Mula2 tu x nak sbb tau berurut ni mesti sakit lagi2 kena sengkak perut. Nak tak nak mama dah call pun bidan ngurut tu. Hamik kau satu bdn kena urut, igt urut perut jek. Bila sampai tang nak sengkak perut tu m.cik urut ckp rahim kita bkn setakat dah kebawah/jatuh malah senget. Dia tye juga ada pernah jatuh ke sampai senget rahim ni. Bila igt2 blk mmg ada, jatuh kerusi kt opis, mungkin effect dari kejadian tu kot. 

Keenam - seperti yg kita mention awal2 td ler every month kita pantau period cycle kita samada lewat @ cpt. Alhamdulillah setelah kita amalkan semua petua-petua tersebut di atas mmg didapati period cycle kita semakin normal dan yg paling best sakit senggugut pun makin berkurang.

Selama tempoh 11 bln kita mengamalkan petua-petua kat atas ni, tanggal bln 11, 2014 period cycle kita didapati lewat seminggu, mula2 buat tak kisah je tp lps dah lewat seploh hari tu kita terfikir juga nak pi beli pregnancy test tp was2 juga takut keputusannya akn mengecewakan diri sendiri. Akhirnya dgn perasaan ingin tahu yg membuak2 pada hari ke-12 kelewatan period kita terus pi beli pregnancy test. Gerak hatiku kali ini sgt kuat. Sampai je umh terus cuba, tak dan nak tunggu test lps subuh ke apa ke kan. Skrg suma dah canggih nak test any time pun boleh. 


Mula-mula kita beli pregnancy test yg biasa2 aje sbb kalau beli yg digital krg bila dpt result (-) rs x berbaloi pulak. Lps beberapa minit tgk test tu mcm x caya, siap gosok2 mata, beso kan biji mata yg tak brape nak beso ni. Betui ka dua line ni. Siap baca kat kotak tu balik instruction tu kata dua line tu result nya apa. At the same time asben pulak balik dari kerja. Eh...cpt pulak dia blk hari tu, kita baru nk wat kejutan. Asben pun mcm pelik je tgk wife dia dok tersengih2 mcm kerang busuk sambil pegang benda alah kat atas ni. Bila kita ckp kat asben yg kita pregnant dia mcm x percaya jek, siap kata boleh percaya ke dgn benda ni huhuuu.

Lps tu terus wassap mama bgtau kita pregnant tp mama pula mcm x yakin dgn result pregnancy test ni. Mama suruh gi check kat klinik utk kepastian. Tapi kita pula rasa mcm awl sgt nak check kat klinik. 

Selang 2 hari mcm tu kita beli lg pregnancy test, kali ni yg digital pulak. Org kata yg digital ni lebih tepat. 

Keputusannya tetap positif hamil tp kali ni result nya kita boleh tahu berapa minggu dah hamil.


Lepas seminggu dari hari yg kita test guna digital pregnancy test tu, barulah kita pergi klinik utk buat scan. Alhamdulillah dokter sahkan kita hamil 6 minggu.


Org pertama yg kita bgtau selain family opkos ler BFF kita sorang ni ha. Memandangkan beliau ni ada pengalaman hamil jd mmg bgtau dia dulu ler. Dia punya la happy bila dgr berita kehamilanku ini. 

Lps je wassap dgn beliau terus je nmpk status dia spt di ats ni. Eceh...bajet mcm la status tu nak tuju kat kita kan hee.

Kemudian beliau up pulak foto masa dia hamil dolu2. Masih lagi perasan yg status tersebut konon-kononnya ditujukan ke kita hohohoo. Sebenarnya ms tu jari-jemari ni rs gatal jek nak meng 'like' foto instgram yg di 'up' kan tu tp tiba2 perasaanku ini rs mcm nnt msti org syak aku yg hamil. Sbb ramai juga kwn2 yg kenal kita ni tau kita belum hamil lg. So perasaanku ini takut org target aku, bukan berniat nak sorokkan berita kehamilan ini dgn kawan2 yg lain tp bila difikir-fikirkan masih terlalu awl nak annouce. Buatnya kehamilanku x jadi @ gugur time tu tak ke sendiri yg kecewa nanti.


So sepanjang kehamilanku 9 bln yg dilalui ini penuh dgn dugaannya juga seperti mana sebelum kita hamil. Kalau sblm hamil ni dugaannya nak kena hadap tohmahan org2 sekeliling, nak kena tahan telinga ni dari menjawab soklan2 yg sm tiap kali org tye kita 'Bila nak hamil'. Ada yg kata aku ni merancang la, itu la ini la tp mereka bkn x tau yg kita ni hye merancang tp Allah yg menentukan.

Masa awal-awal perkahwinan dulu mmg stress juga nak jwb soklan2 cepumas ni tp bila dah masuk tahun kedua perkahwinan tu mcm da lali. Bila org tanya je kita jwb 'kami nak hanimun puas2 dulu' habis cerita, tp mcm biasa la bila jwb mcmtu pulak mereka2 ni jwb blk 'buat pe nak merancang2 ni nnt dah tua anak2 x besar2 lg. Kadang2 tu ada yg sibuk dok merancang utk kita pulak, suruh try buat itu ini la, try mkn pil itu ini la, apa igt kita ni bahan kajian makmal ke. Kita ni dgr je dan kadang2 tu mls nak ambil pusing kita iya kan aje. Tapi tu la kan, sbnrnya diorng x sedar kata2 mereka itu la yg boleh membuatkn rumahtangga org lain runtuh @ porak peranda sbb diorang da bg pressure kat pasangan yg belum ada anak ni.

Nasib baik la kita dpt family dn suami yg memahami, tak desak2 kami untuk ikhtiar dptkn zuriat secepat mungkin. Org luar je yg lebih2 bg pressure kat kami.

Kesimpulannya, bagi pasangan2 yg belum dikurniakan zuriat terutama wanita boleh la cuba petua2 di atas ni. Kita pun sebenarnya ikut petua wanita2 lain yg lambat hamil mcm kita juga. Selain itu, kita jgn sesekali putus asa, sentiasa berdoa dan ikhtiar, cuba amalkan baca surah Yusuf. Banyakkan bersedekah samada pada manusia @ haiwan. Insyaallah suatu hari nanti pasti akan ada berita gembira buat anda.

Ok la, rsnya cukup la sampai disini dulu, nanti kita sambung part 2 - Pengalaman sepanjang kehamilan.


10 comments:

yoorin melacolea said...

awww..babe.. so touch!!!! huhu..sedih kot tetibeee... hehehe..tahniah dah dapat baby.... memang nak bagi chance hanimun dulu.. ^_^ kesabaran yg berbaloii..

Ashmira said...

Thanks sahabat =)

Ziera Rosly said...

Umira..kita baca sampai abis. Tahniah tau...
Best la story ni...nama baby best...

Ziera Rosly said...

Umira..kita baca sampai abis. Tahniah tau...
Best la story ni...nama baby best...

IQ = Iez Qis said...

tahniah!!

berkat kesabaran tu...Alhamdulillah =)

Ashmira said...

Thanks Jia sbb bc, aha...nm tu abah dia yg carikan.

Ashmira said...

Alhamdulillah...thanks Iez Qis sudi singgah blog kita =)

nieja said...

tahniah asha.. doakan aku jugakk..

Ashmira said...

Nieja - aku doa2kan ko dgn nina semoga cpt dpt zuriat. Insyaallah jgn putus asa. Paling penting jgn stress dn pedulikan apa org nak kata k.

nieja said...

tq sha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...